twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Misi Manusia Di Utuskan Ke Bumi

Allah s.w.t telah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh itu sudah tentu manusia ada tugas yang sangat penting untuk ditunaikan. Tiga misi penting kehadiran manusia ke dunia ini ialah:

1. Untuk menjadi khalifah yakni pemimpin kepada semua makhluk lain. Tugas yang paling besar bagi seorang khalifah ialah mendirikan agama dan menjalankan kehidupan dunia dengan agama, barulah kita tidak sesat sampai bila-bila. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Dan ketika Tuhan mengatakan kepada malaikat, Aku menempatkan khalifah di muka bumi. Kata malaikat: Mengapa Engkau menetapkan di muka bumi orang yang akan membuat bencana di situ dan menumpahkan darah, sedangkan kami tasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Kata Tuhan sesungguh aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui ." Surah Al_Baqarah, 30.


2. Tugas atau misi ke dua manusia diutuskan ke dunia ini ialah untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t seperti firmannya di dalam Surah Adz Dzariyat, ayat 56 yang bermaksud :" Ku ciptakan jin dan manusia hanyalah supaya mereka memuja kepadaKu."


3. Tugas atau tujuan ke tiga manusia di bawa kebumi ini ialah untuk diuji oleh allah s.w.t. Seperti firman Allah surah al-mulk ayat dua, yang bermaksud : " Yang menciptakan kematian dan kehidupan, kerana hendak menguji kamu, sesiapa antara kamu yang baik pekerjaannya dan Dia maha berkuasa. surah al-Mulk ayat 2.

2 comments:

FAO said...

alhamdulillah, ustaz selalu update blog, mudah-mudahan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar dan rakan-rakan pelayar internet semua ..

saidi said...

Insyaallah, kalau ada masa dan keizinaan daripada Allah s.w.t . Terima kasih c-fu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...