Dalam Suhuf Nabi Ibrahim ada menyebut. Bagi seseorang yang berakal, ia akan membahagikan masanya kepada beberapa bahagian seperti berikut:
1. Sesaat untuk bermunajat kepada Allah s.w.t.
2. Sesaat untuk muhasabah dirinya.
3. Sesaat untuk bertafakur atau memikirkan tentang kejadian Allah s.w.t.
4. Sesaat untuk mencari keperluan kehidupan seperti makan dan minum.
Oleh itu kita sebagai hamba Allah sepatutnya mestilah bijak menguruskan masa, kerana kata pepatah arab " Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. Kita hendaklah mengisi masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah kerana masa yang berlalu tidak mungkin akan kembali lagi. Setiap hari yang kita lalui dijaga oleh seorang malaikat dan setiap kali hari itu berakhir malaikat tersebut akan mengucapkan selamat tinggal dan tidak kembali lagi.
Seseorang yang berakal juga hendaklah memberikan tumpuannya kepada tiga perkara penting:
1. Mencari bekalan untuk akhirat seperti solat, puasa , bersedekah dan berbuat kebaikan.
2. Mencari bekalan untuk kehidupan di dunia seperti bekerja untuk mencari rezki tetapi tidak melupakan akhirat.
3. Bersuka-suka dengan perkara-perkara yang tidak diharamkan di dalam Islam seperti :
- Bergurau senda dengan isteri dan anak-anak.
- Membersih rumah, kenderaan dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment