twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Oleh Seorang lelaki

Seseorang lelaki itu diharamkan berkahwin dengan perempuan-perempuan berikut:

1- Ibunya, termasuk nenek samada sebelah bapa atau sebelah ibu hingga ke atas.

2 - Anak-anak perempuan hingga kebawah yakni cucu hingga ke bawah.

3 - Adik beradik perempuan seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja sampai ke bawah yakni anak saudara, cucu saudara....

4 - Emak saudara  sebelah bapa sama ada seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja.

 5 - Emak saudara sebelah ibu sama ada seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja.

6 - Anak saudara perempuan dari adik beradik lelaki seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja.

7 - Anak saudara perempuan dari adik beradik perempuan yang seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja.

Permohonan Di Akhir Solat.


Kita disunatkan berdoa kepada Allah SWT setiap kali sembahyang iaitu di akhir tahyat akhir sebelum salam.
Empat perkara yang sunat dipohon kepada Allah iaitu:

*  Memohon kepada Allah SWT supaya diselamatkan daripada azab api neraka Jahannam

*  Memohon kepada Allah SWT supaya diselamatkan daripada azab kubur.

*  Memohon kepada Allah SWT supaya diselamatkan daripada fitnah kehidupan dan  kematian.

*  Memohon kepada Allah SWT supaya diselamatkan daripada fitnah al-Masihuddajjal.

Kebaikan Bersederhana Dalam Mengambil Makanan.

Sebaik-baik perkara dalam semua urusan adalah bersederhana. Begitu juga dari segi makan, kita mestilah bersederhana iaitu tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak. Ini kerana kedua-dua keadaan tersebut akan memberi kemudrathan kepada kita. Antara kebaikan yang kita dapat hasil daripada kita bersederhana dalam mengambil makanan ialah seperti berikut:

*  Mendatangkan kesihatan kepada tubuh badan.

*  Hati kita menjadi lembut dan bersih, sekiranya kita makan terlalu banyak menyebabkan keras hati.

* Kalau kita makan terlalu banyak ia menyebabkan fikiran kita menjadi tumpul, sebagaimana kata-kata Imam al-Ghazali : " Apabila perut kita dipenuhi makanan maka fikiran kita akan tidur, yakni tidak berfungsi".
Oleh sebab itu banyak berpuasa akan menajamkan akal seseorang.

*  Mengurangkan makanan atau bersederhana dalam mengambil makanan akan menyebabkan kita ringan tulang untuk melakukan ibadah.

*  Mengambil makanan secara sederhana juga memyebabkan kita boleh mengurangkan sedikit waktu tidur kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...