twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Faedah Berkahwin Menurut Perspektif Islam


* Berkahwin dapat menjamin keturunan manusia di muka bumi ini terus bertambah dan tidak pupus dari masa ke semasa.

* Untuk menjaga kemuliaan keturunan , seorang bapa berbangga dengan zuriatnya dan anak berbangga dengan bapanya.

* Untuk mengelakkan berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat, ini kerana manusia dapat menyalurkan keinginannya mengikut saluran yang halal.



* Dapat memyelamatkan masyarakat dari penyakit yang sangat berbahaya seperti AIDS, kelamin dan sebagainya yang terhasil daripada hubungan sek bebas.

* Dapat mewujudkan kasih sayang ,ketenangan jiwa dan menyelesaikan banyak masalah dengan bersama keluarga.

* Dapat melahirkan semangat tolong-menolong dan kerja sama antara suami dan isteri dalam membina keluarga bahagia.

* Perkahwinan telah menyempurnakan separuh dari agama seseorang, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah s.w.t untuk menyempurnakan separuh lagi agamanya.

* Syaitan menangis apabila seseorang manusia itu berkahwin kerana peluang untuk mengoda anak Adam semakin sedikit.

* Dapat menjaga diri dari terjerumus kelembah maksiat.

* Mendapat pahala yang sangat besar kerana perkahwinan merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.

Lima Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Seorang Janda Masih Dalam Edah Kematian Suami


Seseorang perermpuan yang baru kematian suami ataupun janda yang masih dalam edah perlulah menjaga pantang larang ataupun larangan semasa dalam edah. Antara perkara yang perlu dipatuhi ialah:

* Mestilah tinggal di rumah yang suaminya meninggal  hingga habis edah.


* Mestilah menjauhi atau tidak memakai pakaian yang cantik-cantik atau berhias diri.






* Tidak memakai minyak wangi atau bau-bauan.



* Tidak memakai perhiasan atau barang-barang kemas.


* Tidak bersolek , bercelak dan berhinai.

Dikejar Dosa


Seseorang yang beriman dan bertaqwa menganggap sesuatu dosa kecil itu seperti sebuah bukit yang tidak mampu untuk ditanggungnya tetapi seseorang yang fasik menganggap sesuatu dosa besar itu sebagai seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya yang boleh dihalau atau dihilangkan bila-bila masa sahaja. Dosa yang paling tinggi ialah dosa syirik, yang kedua terbesar ialah dosa melakukan perkara bida'ah dan dosa yang ke tiga ialah dosa melakukan maksiat. Adapun dosa besar itu ialah dosa yang dijelaskan secara nyata di dalam al-quran dan hadith, tetapi dosa kecil pula ialah dosa yang tidak dijelas secara terperinci di dalam al-quran dan hadith. Dosa besar hanya akan diampunkan oleh Allah s.w.t melalui taubat Nasuha adapun dosa kecil boleh gugur dengan mengambil wudu', membaca al-quran, azan dan sebagainya. Dosa kecil pula boleh bertukar menjadi dosa besar dengan sebab-sebab berikut:.

* Dosa kecil itu dilakukan secara berterusan dan tiada niat untuk bertaubat.

* Memandang remeh dengan dosa yang dilakukan.

* Merasa bangga dan aman dengan dosa yang dilakukan.

* Memandang mudah apabila kesalahannya dilindungi oleh Allah s.wt dari pengetahuan umum.

* Melakukan sesuatu dosa dan memperlihatkannya kepada umum.

* Sekiranya pelaku dosa tersebut adalah seorang alim atau pemimpin yang memberi pengaruh kepada umum.

Nasihat Buat SaudaraKu Muslim

Nasihatku Untuk Semua:

* Bertaqwalah kita kepada Allah s.w.t sama ada ketika terang atau sembunyi.

* Ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w .

* Redhalah dengan pemberian Allah s.w.t  sedikit atau banyak.

* Terimalah qada' dan qadar Allah s.w.t  dengan hati yang terbuka.

* Kembalilah kepada Allah s.w.t dalam semua urusan dunia dan akhiratmu.

* Jauhilah sahabat atau kawan yang jahat .

Faktor Kemenangan Tentera Islam

Tentera Islam di zaman kegemilangan Islam memperolehi kemenangan kerana mereka:

* Mempunyai hati yang teguh dan tidak terpaut dengan fitnah dunia seperti harta , pangkat dan kesenangan dunia lain yang bersifat sementara.

*  Zikrullah yakni sentiasa mengingati Allah s.w.t di mana dan bila masa sahaja dengan hati , mulut dan anggota badan yang lain.

* Mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya tanpa syarat.

* Tidak berlaku perselisihan dan bantah - membantah antara satu sama lain.

* Sabar menerima dan mengharungi ujian Allah s.w.t.

* Ikhlas dalam perjuangan kerana  Allah s.w.t semata-mata

Kenapa Lailatul Qadar Itu Rahsia

Menurut Imam al-Razi Lailatul Qadar itu dirahsiakan kerana beberapa sebab:

* Supaya umat Islam membesarkan seluruh malam dalam bulan Ramadhan.

* Dibimbangi umat Islam tidak beramal dan melakukan kebaikan walaupun sudah tahu malam al-Qadar.

* Dibimbangi umat Islam akan melakukan maksiat di Malam al-Qadar walaupun mengetahui dosa pada malam itu lebih besar daripada malam biasa.

* Dibimbangi orang akan mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat dan bertaubat pada malam al-Qadar.

* Agar umat Islam bersungguh-sungguh untuk mencari malam al-Qadar dengan memperbanyakkan ibadat sepanjang bulan.

* Melahirkan umat Islam yang menghidupkan keseluruhan bulan Ramadhan dengan harap untuk malam al-Qadar

Betapa Ramai Orang Yang Berpuasa Hanya Dapat Lapar Dahaga Sahaja

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menjadikan puasa kita lebih bermakna dan tidak hanya dapat lapar dan dahaga sahaja maka hendaklah kita menjaga enam perkara:

* Menjaga pandangan kita daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti filem-filem barat yang mencucuk mata.

* Menjaga lidah kita daripada bercakap perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t seperti mengumpat, mencela, batu api dan sebagainya.

* Menjaga telinga kita daripada mendengar lagu-lagu atau muzik-muzik yang tidak dibenarkan dalam Islam seperti muzik rock, lagu yang mengajak ke arah kemaksiatan dan sebagainya.

* Menjaga perut kita daripada makan terlalu banyak, makan benda-benda haram dan  syubahah seperti makanan import yang belum tentu halalnya.

* Menjaga tangan kita daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t seperti menyentuh atau bersalaman dengan bukan mahram, menulis surat-surat layang , memfitnah melalui blog dan sebagainya.

* Mengaja kaki kita daripada pergi atau melangkah ke tempat-tempat yang haram seperti jom heboh, konsert, pawagam, tempat-tempat percampuran lelaki dan perempuan tanpa batasan dan lain-lain lagi.

Sebaliknya hendaklah kita gunakan  nikmat pancaindera yang telah Allah s.w.t anugerahkan kepada kita untuk melakukan kebaikan, ketaatan serta ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Setiap manusia akan disoal oleh Allah tentang segala nikmat yang telah dikurniakan. Tunggu...............

Puasa Enam Syawal Banyak Kelebihannya

Hikmat puasa enam dalam bulan Syawal banyak sekali. Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun. Kita pun tidak pasti bahawa kita akan hidup lagi di tahun hadapan.

Hikmat Puasa Enam:

* Sesiapa yang puasa cukup sebulan dalam bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari dalam bulan syawal maka ia mendapat pahala seperti puasa sepanjang tahun.

* Puasa enam dalam bulan Syawal merupakan tanda kesyukuran seorang hamba kepada Allah s.w.t kerana berjaya puasa penuh sebulan bulan Ramadhan.

* Barang siapa yang berjaya berpuasa enam dalam bulan Syawal , itu adalah merupakan tanda Allah s.w.t telah menerima puasa Ramadhannya.

* Puasa enam dalam bulan Syawal merupakan tanda kerelaan hamba-Nya melakukan ibadat kepada Allah yakni tanpa rasa ada paksaan.

* Tanda kerinduan seorang hamba untuk melakukan ibadah kepada Allah s.w.t secara berterusan.

* Puasa enam mengantikan pahala solat sunat rawatib.

Jagalah Empat Anggota Semasa Berada Di Empat Situasi

Sebagai orang mu'min yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t sepatutnya kita menjaga diri kita daripada perkara-perkara yang boleh melalaikan. Jagalah empat anggota kita semasa kita berada di empat keadaan.

* Jagalah hati kita semasa kita berada dalam solat.Apabila hati kita lalai maka rosaklah sembahyang kita.
Sembahyang yang dari segi gerak gerinya cantik tetapi hatinya lalai ibarat seorang puteri yang cantik tapi    tiada roh yakni mati.

* Semasa kita berada di sesuatu majlis yang dikunjungi oleh ramai orang maka jagalah lidah kita, ditakuti ia akan menyakiti hati orang lain yang akan mendatangkan permusuhan.

* Apabila kita berada di rumah orang lain, mak jagalah pandangan kita kerana ditakuti akan melihat atau terpandang benda-benda yang terlarang ( haram ) seperti aurat.

* Apabila kita berada di hadapan hidangan makanan maka jagalah perut kita supaya tidak makan terlalu banyak kerana kenyang itu menyebabkan seseorang itu malas beribadah dan mewarisi kebodohan.

Tiga Golongan Yang Tidak Disentuh Api Neraka

Tiga golongan orang ini tidak disentuh api neraka di akhirat nanti:

* Perempuan yakni isteri yang mentaati suaminya selagi mana perkara tersebut bukan maksiat.

* Anak yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya lebih-lebih lagi ketika mereka sudah tua.

* Seorang hamba yang menunaikan hak Allah s.w.t  dan hak tuannya.

Bila Lailatul Qadar ?

Menurut Petua Imam al-Ghazali:

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu  maka lailatul Qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadhan.

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Isnin maka lailatul Qadar jatuh pada malam ke 21 Ramadhan.

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka malam al-Qadar jatuh pada malam ke 27 Ramadhan.

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Khamis maka malam al-Qadar jatuh pada malam ke 25 Ramadhan.

* Sekiranya hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Sabtu maka malam al-Qadar jatuh pada malam ke 23 Ramadhan.

Walaubagaimanapun berusahalah sepanjang bulan kerana seluruh bulan Ramadhan banyak kebaikan,kerahmatan, keberkatan dan keampunan. Selamat beribadat

Lima Perkara Yang Boleh Membatalkan Pahala Puasa

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Betapa ramai orang yang berpuasa, tetapi mereka tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga sahaja ."

Antara perkara yang boleh membatalkan pahala puasa ialah:

* Bercakap bohong di waktu siang hari ketika berpuasa.

* Mengumpat yakni menyebut keburukkan seseorang tanpa pengetahuannya. Orang yang mengumpat dan mendengar sama-sama berkongsi dosa.


* Mengadu domba atau menjadi batu api punca perbalahan antara dua pihak.

* Sumpah bohong  .

* Melihat sesuatu ( aurat atau gambar lucah ) dengan penuh sahwat.

Orang-Orang Mu'min Yang Mendapat Kemenangan

Ciri-Ciri Mu'min Berjaya:

* Orang-orang yang khusyu' dalam sembahyang.

* Orang-orang yang meninggalkan percakapan yang sia-sia.

* Orang-orang yang mengeluarkan zakat.

* Orang-orang yang tidak berzina yakni memelihara kemaluan mereka.

* Orang-orang yang menepati janji.

* Orang-orang yang menjaga waktu solat.

Indahnya Islam

Islam adalah satu-satunaya agama yang diterima oleh Allas s.w.t. Hanya senya agama yang diterima disisi Allah ial Islam. Barang siapa yang mencari atau menganuti selain daripada agama Islam maka Allah tidak akan menerimanya dan ia di akhirat nanti pasti rugi. Seperti kata-kata Saidina Umar r.a : " Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam maka kita akan dihina oleh Allah s.w.t.

Di antara kesempurnaan Islam itu seperti berikut:

* Islam adalah agama yang menjaga kepentingan semua manusia walaupun non-muslim.

* Islam menitik berat dunia dan akhirat.

* Islam menitik berat rohani dan jasmani.

* Islam memenuhi tuntutan hidup dan tuntutan perintah Allah.

* Islam ialah agama fitrah yakni agama yang selaras dengan naluri semula jadi manusia..

* Islam adalah agama yang berlaku adil kepada semua bangsa dan jantina.

* Persaudaraan dalam Islam berdasarkan ikatan akidah bukan kepada keturunan,kasta, suku, bangsa, status ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Umat Islam adalah satu di seluruh dunia.

Kelebihan Duduk Satu Majlis Dengan Ulama'

Sekiranya seseorang itu duduk  bersama dengan ulama' dalam satu majlis maka ulama' akan membawanya kepada beberapa keadaan:

* Dari sifat syak kepada yakin.
* Dari sifat riya' kepada ikhlas.
* Dari sifat cintakan dunia semata-mata kepada zuhud.
* Dari sifat sombong kepada sifat rendah diri.
* Dari permusuhan kepada nasihat menasihati

Kaifiyat Taubat Nasuha

Setiap manusia pasti akan buat silap atau dosa. Orang yang sempurna ialah bukan orang yang tidak pernah melakukan dosa tetapi orang yang sempurna ialah orang yang apabila ia melakukan dosa maka ia terus bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya manusia itu jenis makhluk yang tidak melakukan sedikit dosa sekalipun iaitu seperti malaikat, maka Allah akan mencipta makhluk lain yang melakukan dosa kemudian mereka bertaubat kepada Allah s.w.t. Allah itu sangat merindui suara hamba-Nya yang meminta keampunan dan bertaubat daripada-Nya.. Oleh sebab itu marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah s.w.t di atas segala dosa yang telah kita lakukan. Marilah kita bertaubat dengan Taubat Nasuha. Taubat Nasuha ialah taubat yang bersungguh-sungguh , sepenuh jiwa dan raga bukan taubat sambal belacan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha ".

Syarat - Syarat Taubat Nasuha:

- Menyesali segala perbuatan atau dosa yang telah kita lakukan.

- Segera meninggalkan segala dosa tersebut tanpa bertangguh lagi.

- Berazam dengan sepenuh hati atau bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi dosa tersebut.

- Sekiranya dosa tersebut berkaitan dengan hak manusia maka hendaklah dikembalikan hak mereka atau meminta maaf di atas kesalahan yang telah kita lakukan kepada mereka.

- Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melipat gandakan amalan soleh seperti membaca al-Quran, solat sunat, puasa sunat, bersedekah , menolong orang lain dan sebagainya.

- Taubat itu hendaklah ikhlas kerana Allah s.w.t  bukan kerana takutkan manusia atau ingin menunjuk-nunjuk sahaja.

Amalan Para Sahabat dan Taabiin

Para  sahabat  dan taabiin menyibukkan diri mereka dengan melakukan perkara-perkara berikut:

* Membaca al-Quran.

* Mengimarahkan masjid.

* Berzikir kepada Allah s.w.t.

* Menyuruh ke arah makruf .

* Mencegah kemungkaran.


Marilah kita sebagai mukmin mencontohi amalan para sahabat ini, semoga kita akan dibangkitkan bersama mereka di akhirat nanti.

Hak - Hak Non Muslim Dalam Negara Islam

Islam adalah agama toleransi yang menjaga kemaslahatan semua manusi sama ada muslim atau non muslim. Non-muslim diberi beberapa hak yang mereka bebas mengamalkan walaupun mereka berada di dalam pemerintahan Islam. Antara kebebasan itu ialah:

* Non-Muslim bebas mengamalkan amalan agama mereka dengan syarat ia tidak menganggu ketenteraman awam.

* Non-muslim bebas mengamalkan kebudayaan mereka dengan syarat tidak menganggu ketenteraman awam.

* Non-muslim bebas makan makanan yang dibolehkan dalam agama mereka dengan syarat tidak dilakukan di tempat awam yang terbuka kerana ia akan menimbulkan keresahan dan ketidakselesaan kepada penganut agama lain khususnya Islam.

Rumah Yang Tidak Dikunjungi Oleh Malaikat Di Malam Al-Qadar

Sesungguhnya pada Malam Al-Qadar para malaikat dan Jibril a.s akan turun ke bumi bersama ketentuan Allah s.w.t yang menbawa seribu keberkatan, keampunan , kerahmatan dan kebaikan. Para malaikat akan mengunjungi setiap rumah para mukmin kecuali 4 buah rumah yang tidak akan dikunjungi oleh para malaikat:


* Rumah yang ada memelihara anjing.
* Rumah yang ada padanya BAB1.
* Rumah yang ada di dalamnya patung.
* Rumah yang ada di dalamnya patung.

Bagi muslim yang ada menyimpan patung di dalam rumah mereka dinasihatkan supaya membuangnya demi untuk keberkatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

Pemuda Meninggal Sambil Membaca Al-Quran

Limaza al-Furqan ?.

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t mempunyai berbagai nama antaranya ialah:

  • Al-Kitab, QS(2:2),QS (44:2)
  • Al-Furqan (pembeda benar salah): QS(25:1)
  • Adz-Dzikr (pemberi peringatan): QS(15:9)
  • Al-Mau'idhah (pelajaran/nasehat): QS(10:57)
  • Al-Hukm (peraturan/hukum): QS(13:37)
  • Al-Hikmah (kebijaksanaan): QS(17:39)
  • Asy-Syifa' (obat/penyembuh): QS(10:57), QS(17:82)
  • Al-Huda (petunjuk): QS(72:13), QS(9:33)
  • At-Tanzil (yang diturunkan): QS(26:192)
  • Ar-Rahmat (karunia): QS(27:77)
  • Ar-Ruh (ruh): QS(42:52)
  • Al-Bayan (penerang): QS(3:138)
  • Al-Kalam (ucapan/firman): QS(9:6)
  • Al-Busyra (kabar gembira): QS(16:102)
  • An-Nur (cahaya): QS(4:174)
  • Al-Basha'ir (pedoman): QS(45:20)
  • Al-Balagh (penyampaian/kabar) QS(14:52)
  • Al-Qaul (perkataan/ucapan) QS(28:51)

Kenapa Al-Quran dinamakan al-Furqan. Al-Furqan bermaksud yang membezakan iaitu:

* Membezakan antara hak dengan batil.

* Membezakan antara yang makruf dengan yang mungkar.

* Membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

* Membezakan antara adil dengan yang zalim.

* Membezakan antara petunjuk dengan kesesatan.

* Membezakan antara cahaya dengan kegelapan.

* Membezakan antara keimanan dengan kekufuran.

* Membezakan antara Islam hakiki dengan Islam tiruan.

* Membezakan antara parti Allah dengan parti syaitan.

* Membezakan antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil.

Kata - Kata Hassan al-Basri

Hassan al-Basri ada berkata yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup kita, semoga kita mendapat keberkatan dan kebaikan di dunia dan akhirat. Antara kata-kata beliau ialah:

* Sesungguhnya Allah s.w.t akan sentiasa mengingati kepada hamba yang selalu berzikir ( ingat ) kepada-Nya.

* Sesungguhnya Allah s.w.t akan menambahkan rezki kepada hamba yang bersyukur kepada-Nya.

* Sesungguhnya Allah s.w.t akan mengazab hambanya yang kufur dengan-Nya.

Buka Jangan Tak Buka


Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana ia segera berbuka puasa setelah masuk waktunya, ini kerana orang-orang Yahudi dan Nasroni suka melewat-lewatkan berbuka puasa. Umat Islam disuruh supaya bersikap sebaliknya iaitu berlawanan dengan sikap mereka. Tiga perkara daripada akhlak Rasulullah s.a.w:

* Segera berbuka apabila masuk waktunya.

* Melewatkan sahur. Puasa Yahudi dan nasroni pula tidak ada sahur.

* Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika solat.

Jomlah kita mengamalkan sunnah nabi..........

Puasa Umat Terdahulu


Kenapa umat terdahulu berpuasa. Menurut sejarah orang-orang kuno Mesir, Greek dan Rom juga ada berpuasa tetapi mereka ada tujuan tersendiri untuk berpuasa, antaranya ialah:

* Mereka berpuasa untuk mengkafarahkan dosa mereka.

* Mereka berpuasa untuk menyucikan jiwa mereka.

* Mereka berpuasa kerana sedih dengan sesuatu kematian.

* Mereka berpuasa bertujuan untuk mengubati sesuatu penyakit.

Adapun umat Islam berpuasa kerana ia diperintah oleh Allah s.w.t, bukan kerana tujuan lain.

Anda Inginkan Kemanisan Iman ?......


Tiga perkara , sekiranya seseorang itu dapat memilikinya maka ia akan mendapat sesuatu yang sangat berharga yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit,emas dan perak iaitu kemanisan iman.

* Mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya lebih dari segala-segala yang lain termasuk diri sendiri.

* Mencintai seseorang sahabat kerana Allah s.w.t semata-mata.

* Benci untuk kembali kepada kekafiran atau kejahilan sebagaimana ia benci sekiranya orang ingin membuangnya ke dalam api.

Sekiranya kita dapat memiliki tiga sifat ini maka kita akan dapat merasakan kemanisan iman itu.

Amalan Yang Menyelamatkan Seseorang Daripada Azab


Daripada Said bin Musaiyyab daripada Abd. Rahman bin Samrah r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah keluar ke Masjid Madinah dan berkata:
"Semalam aku bermimpi perkara yang pelik."

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki daripada umatku, telah datang kepadanya malaikat maut untuk mencabut rohnya tetapi telah diselamatkan oleh amalannya yang berbuat baik dengan ayah dan ibu.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang dibentangkan dengan azab kubur lalu datanglah wudu'nya dan menyelamatkannya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku diganggu oleh syaitan maka datanglah zikir lalu menyelamatkannya dari gangguan tersebut

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku sedang diazab oleh malaikat azab maka datanglah solatnya lalu menyelamatkannya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang dahaga , setiap kali dia hendak menghampiri kolam untuk minum maka ia dihalang maka datanglah puasanya dan memberi minum kepadanya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang cuba menghampiri halaqah yang terdiri daripada para nabi tetapi ia terhalang lalu datanglah pahala mandi junubnya lalu membawanya dekat nabi.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang dikeliling dengan kegelapan lalu datanglah haji dan umrahnya dan membawa keluar dari kegelapan itu dan masuk ke dalam cahaya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku bercakap dengan golongan mukmin lain tetapi ia tidak dilayan maka datanglah silaturrahim lalu memerintahkan mereka semua bercakap dengannya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku sedang menahan api neraka dengan tangannya daripada terkena muka lalu datanglah sedekahnya menyelamatkanya daripada api neraka tersebut.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang hendak dibawa oleh malaikat zabaniah untuk dimasukkan kedalam neraka lalu datanglah amal maaruf dan nahi munkar yang telah dia lakukan dan membawanya kepada malaikat rahmat.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang sedang melutut tetapi ada hijab antaranya dengan Allah s.w.t maka datanglah akhlak mulia lalu membawanya kepada Allah s.w.t

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang menerima suratan amalan dengan tangan kiri lalu datanglah sifat takutnya kepada Allah lalu ditukarkan kepada tangan kanan.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang ringan timbangannya lalu datang kepada mereka anak mereka yang mati sewaktu kecil lalu memberatkan timbangannya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang sedang diazab di dalam neraka lalu datanglah air mata takutnya kepada Allah s.w.t lalu mengeluarkan daripada api neraka.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang berdiri di atas titian sirat lalu dipukul ribut seperti daun pohon kurma lalu datang sangka baiknya dengan Allah s.w.t lalu menenangkan keadaan dan berlalu.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang menghadapi kesulitan untuk meniti titian sirat untuk menuju kesyurga lalu datanglah solatnya lalu membawanya melintasi titian sirat dengan senang.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang apabila sampai di pintu syurga tetapi pintunya tertutup lalu datang sahadahnya lalu dibuka pintu syurga dan masuk ke dalamnya.

Hadith dikeluarkan oleh at-Termizi.

Bush Kelu Ketika Ingin Menghina Al-Quran

Hak Seorang Muslim Ke atas Muslim Lain


Setiap seorang muslim itu perlu menunaikan hak seorang muslim yang lain. Antara hak yang perlu ditunaikan kepada sahabatnya ialah:

* Mengucapkan salam di kala bertemu.

* Menziarahi mereka ketika sakit atau mati.

* Mendoakan mereka ketika bersin.

* Menolong mereka ketika dalam keadaan susah atau sempit.

* Memenuhi undangan apabila dijemput selagi mana tidak terdapat perkara-perkara maksiat di dalam majlis tersebut.

* Memberikan bantuan dalam usaha jihad dan kebajikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...