twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Oleh Seorang lelaki

Seseorang lelaki itu diharamkan berkahwin dengan perempuan-perempuan berikut:

1- Ibunya, termasuk nenek samada sebelah bapa atau sebelah ibu hingga ke atas.

2 - Anak-anak perempuan hingga kebawah yakni cucu hingga ke bawah.

3 - Adik beradik perempuan seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja sampai ke bawah yakni anak saudara, cucu saudara....

4 - Emak saudara  sebelah bapa sama ada seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja.

 5 - Emak saudara sebelah ibu sama ada seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja.

6 - Anak saudara perempuan dari adik beradik lelaki seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja.

7 - Anak saudara perempuan dari adik beradik perempuan yang seibu sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja.

Permohonan Di Akhir Solat.


Kita disunatkan berdoa kepada Allah SWT setiap kali sembahyang iaitu di akhir tahyat akhir sebelum salam.
Empat perkara yang sunat dipohon kepada Allah iaitu:

*  Memohon kepada Allah SWT supaya diselamatkan daripada azab api neraka Jahannam

*  Memohon kepada Allah SWT supaya diselamatkan daripada azab kubur.

*  Memohon kepada Allah SWT supaya diselamatkan daripada fitnah kehidupan dan  kematian.

*  Memohon kepada Allah SWT supaya diselamatkan daripada fitnah al-Masihuddajjal.

Kebaikan Bersederhana Dalam Mengambil Makanan.

Sebaik-baik perkara dalam semua urusan adalah bersederhana. Begitu juga dari segi makan, kita mestilah bersederhana iaitu tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak. Ini kerana kedua-dua keadaan tersebut akan memberi kemudrathan kepada kita. Antara kebaikan yang kita dapat hasil daripada kita bersederhana dalam mengambil makanan ialah seperti berikut:

*  Mendatangkan kesihatan kepada tubuh badan.

*  Hati kita menjadi lembut dan bersih, sekiranya kita makan terlalu banyak menyebabkan keras hati.

* Kalau kita makan terlalu banyak ia menyebabkan fikiran kita menjadi tumpul, sebagaimana kata-kata Imam al-Ghazali : " Apabila perut kita dipenuhi makanan maka fikiran kita akan tidur, yakni tidak berfungsi".
Oleh sebab itu banyak berpuasa akan menajamkan akal seseorang.

*  Mengurangkan makanan atau bersederhana dalam mengambil makanan akan menyebabkan kita ringan tulang untuk melakukan ibadah.

*  Mengambil makanan secara sederhana juga memyebabkan kita boleh mengurangkan sedikit waktu tidur kita.

Kata-Kata Hikmah

Kata-Kata Imam Al-Ghazali


* Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
* Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
* Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )


Ulama' yang diam dan senyap tidak mahu menyatakan kebenaran tentang agama kepada pemimpin dan rakyat adalah syaitan bisu. Rakyat pula akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin anda lakukan termasuk menganjurkan program maksiat, menentang undang-undang Allah dan menghina sunnah nabi serta menghina ulama.


Lima perkara yang dipandang sahaja pun mendapat pahala:



* Memandang ayat-ayat al-Quran.
* Memandang wajah ibu bapa.
* Memandang wajah ulama'.
* Memandang kaabah.
* Memandang air zam-zam.


Tiga Golongan Yang Akan Memberi Syafaat Kepada Kita Di Akhirat Nanti:


* Para Nabi.
* Para Syuhada' ( orang yang mati syahid )
* Para Ulama' ( Masyarakat hari ini membenci ulama' dan mengasihi ahli maksiat )


Allah tidak menghancurkan alam ini kerana kasihkan golongan berikut:


* Golongan Ulama'.
* Golongan orang tua.
* Golongan budak kecil.

Kenapa Takabbur


Kenapa seseorang itu menjadi sombong atau takabbur. Ia berlaku apabila seseorang itu  merasakan dirinya lebih daripada orang lain. Antara sebab-sebabnya ialah:


* Apabila ia merasakan ilmunya lebih tinggi daripada orang lain.
* Apabila ia merasakan mereka lebih cantik daripada orang lain.
* Apabila ia merasakan amalan solehnya lebih baik daripada orang iain
* Apabila mereka merasakan tenaga  mereka lebih kuat daripada orang lain
* Apabila keturunan mereka lebih baik daripada orang lain.
* Apabila harta mereka bertimbun-timbun.
* Apabila pangkat mereka lebih  tinggi dan hebat berbanding 0rang luar.

Ketika Mana....



Renungan Buat Semua Insan Yang Dahagakan Keinsafan:

Ketika mana kamu dilahirkan maka kamu diazan tanpa sembahyang.
Ketika mana kamu mati maka kamu disembahyangkan tanpa azan.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapakah yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu.
Ketika mana kamu mati kamu tidak tahu siapakah yang membawa kamu di atas bahunya untuk dibawa ke kubur.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu dimandikan dan dibersihkan.
Ketika mana kamu mati kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

Ketika mana kamu dilahirkan ibu bapa dan keluarga gembira  dengan kehadiranmu.
Ketika mana kamu mati ibu bapa dan keluarga berduka dengan pemergianmu.

Ketika mana kamu dijadikan maka kamu dijadikan daripada tanah.
Ketika mana kamu mati maka kamu masuk kubur yang juga daripada tanah.

Ketika mana kamu berada di dalam perut ibumu kamu berada dalam keadaan sempit dan gelap.
Ketika mana kamu berada di dalam kubur kamu juga berada dalam keadaan sempit dan gelap.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu ditutupi dengan kain kapas (lampin).
Ketika mana kamu mati maka kamu juga ditutupi dengan kain kapas ( Kafan )

Ketika mana kamu dilahirkan ramai yang bertanya tentang kecantikan dan kebaikan kamu.
Ketika mana kamu mati maka Allah bertanyakan kamu tentang amalan solehmu.

Golongan Yang Tidak Takut Mati


Diriwayatkan daripada Sahl bin Abdullah at-Tastari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Seseorang itu tidak akan bercita-cita untuk mati kecuali tiga jenis manusia".


* Orang yang jahil yakni jahil tentang pembalasan yang mereka akan hadapi selepas mati.

* Orang yang hendak melarikan diri daripada takdir Allah s.w.t.

* Orang yang rindu untuk bertemu dengan Allah s.w.t.