twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Lelaki Sejati

Sebagai seorang muslim kita mesti menunaikan hak seorang sahabat. Sekiranya seorang sahabat itu meminta nasihat dalam sesuatu hal dan sekiranya kita mampu untuk menasihatinya maka wajib bagi kita untuk menasihatinya. Nasihat itu pula hendaklah diberikan dengan penuh keikhlasan dan tanpa sarat. Seorang yang mampu menasihati orang lain dengan nasihat yang berguna maka ia membuktikan sifat seorang lelaki yang sejati. Menurut Saidina Ali k.a.w lelaki itu ada tiga jenis: Lelaki yang cukup sifat seorang lelaki, lelaki yang bersifat separuh lelaki dan lelaki yang tidak bersifat lelaki.

* Lelaki yang sempurna sebagai seorang lelaki (lelaki sejati)  iaitu lelaki yang mempunyai buah fikiran (pendapat) dan ia mampu untuk menasihati orang lain bila diperlukan.

* Lelaki yang mempunyai sebahagian sahaja sifat lelaki iaitu lelaki yang ada buah fikiran tetapi tidak mampu untuk menasihati orang lain apabila diminta berbuat demikian.

* Lelaki yang tidak mempunyai sifat lelaki sejati iaitu lelaki yang tidak mempunyai buah fikiran langsung dan tidak pula mampu untuk menasihati seseorang.

P/s: Fikirkan, anda daripada golongan mana?

Jenis - Jenis Ciuman

Menurut al-Imam Mahmud Saltut r.a ciuman atau kucupan itu terbahagi kepada beberapa jenis:

* Ciuman kasih sayang daripada ibu bapa kepada seorang anak iaitu ciuman di pipi.

* Ciuman kasih sayang anak kepada ibu bapa iaitu di atas kepala.

* Ciuman kasih sayang sebagai seorang sahabat iaitu di dahi.

* Ciuman kasih sayang suami isteri iaitu di mulut.

* Ciuman kasih sayang kepada ulama' dan pemimpin yang adil menurut Islam iaitu di tangan.

Wasiat Rasulullah RAW

Daripada Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: Wahai Anas:

* Sentiasa pertahankan wudu' akan bertambahlah usiamu.
* Berilah salam kepada sesiapa yang kamu jumpa daripada umatku, akan bertambahlah kebaikanmu.
* Sentiasalah solat dhuha kerana ia adalah solat orang yang bertaubat. Seramai 15000 orang ahli sihir Firaun   telah beriman dengan Nabi Musa pada waktu dhuha.
* Berilah salam ketika memasuki rumah kamu, ia akan menambahkan keberkatan ahli keluargamu.
* Kasihanilah kanak-kanak dan hormatilah orang dewasa, kamu akan bersamaku (Rasulullah) di akhirat nanti.

SURAH AL-FATIHAH

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) 
Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Lima Amalan Yang Akan Membawa Kebahagiaan Di Dunia dan Akhirat

* Sentiasa menyebut kalimah sahadah pada setiap masa.

* Apabila mereka diuji dengan sesuatu bala' mereka akan berkata " Inna lillahi wa Inna Ilaihi Raajiuun"

* Apabila mereka mendapat sesuatu nikmat atau kesenangan maka berkata " Alhamdulillah "

* Apabila mereka memulakan sesuatu pekerjaan mereka membaca " Bismillah "

* Apabila mereka melakukan sesuatu dosa mereka mengucapkan kalimah "Istighfar"

Amalan Harian Mukmin Sejati

Menjadi seorang muslim cukup senang sekali, apabila seseorang itu mengucap dua kalimah sahaadah maka mereka telah dianggap sebagai seorang muslim, tetapi menjadi seorang mukmin memerlukan pengorbanan. Antara amalan harian yang patut dilakukan oleh seorang mukmin sejati adalah seperti berikut:

* Melakukan muhasabah diri setiap kali sebelum tidur. Hendaklah kita menghisab diri kita di dunia ini sebelum kita dihisab di hadapan Allah di akhirat nanti.

* Khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali sebulan.

* Melakukan ibadah puasa selain daripada puasa Ramadhan.

* Bangun 2/3 malam untuk melakukan solat sunat Tahajjud.

* Sentiasa menziarahi kubur supaya sentiasa mengingati mati.

* Mengingati Allah dalam keadaan sunyi lalu mengalir air mata kerana takutkan Allah.

* Sentiasa berzikir kepada Allah.

Perkara Yang Menyebabkan hati menjadi keras.

Perkara-perkara berikut menyebabkan hati kita menjadi keras:

* Makan dengar kadar berlebihan ( banyak)

* Tidur yang terlalu banyak.

* Terlalu banyak bercakap benda-benda yang tidak ada kaitan.

* Bercampur antara jantina tanpa batasan  agama

Amalan Kaum Nabi Luth Yang Masih Diamal Oleh Remaja Hari Ini

Ada empat amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Luth terdahulu, tetapi masih lagi diamalkan oleh remaja zaman moden ini. Kaum Nabi Luth melakukan amalan-amalan ini dengan tujuan untuk menarik perhatian kaum sejenis untuk melakukan perbuatan terkutuk yakni liwat. Amalan-amalan tersebut ialah:

*  Bersiul dengan mulut untuk menarik dam mengajak pasangannya untuk melakukan liwat.

*  Duduk atau lepak di tepi jalan dengan tujuan untuk memburu mangsa untuk melakukan perbuatan liwat. Rasulullah melarang umatnya daripada duduk di tepi jalan. Kalau perkara itu tidak dapat dielakkan maka hendaklah kita tunaikan hak-hak jalan iaitu: Tunduk pandangan, menutup pendengaran, menjawab salam dan memberi laluan.

*Membuka butang baju di bahagian dada. Kaum Nabi Luth membuka dada mereka untuk bermegah-megah dengan dada yang bidang, bulu dada dan untuk menarik perhatian pasangan mereka.

* Memakai seluar terlondeh hingga ke paras tulang punggung dengan tujuan untuk memperlihatkan dan menarik perhatian kaum sejenis.

P/S: Sesuatu budaya atau fesyen yang hendak diikut hendaklah dirujuk kepada orang lebih tahu tentang agama terlebih dahulu. Barulah selamat dunia dan akhirat.

Kelebihan Bersedekah

Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun. Kita harus faham bahawa rezki yang Allah s.w.t  berikan kepada kita bukanlah untuk kita seorang sahaja. Sebenarnya kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menjaga dan mengagihkan rezki tersebut untuk insan lain juga. Contohnya dalam slip gaji kita ada rezki orang lain. Apabila dapat duit maka kereta kita rosak maka ia adalah rezki orang bengkel, tengah bulan pula anak demam , maka ia rezki doktor, petang jumaat perg pasar malam, maka ia rezki penjaja, nak pergi kerja isi minyak, maka ia rezki pengusaha pam minyak. pegi KL lalu TOL( Tahan Orang Lalu), maka ia rezki PLUS. Sebab itu ulama' berpendapat rezki itu ialah apa yang kita pakai, guna, makan sahaja, adapun duit yang berjuta-juta yang kita sayang nak keluarkan , itu belum tentu duit kita, bila kita mati ia milik orang lain. Harta kita sebenarnya ialah duit yang kita infaq atau sedekah kepada jalan Allah s.w.t sahaja seperti sedekah kepada masjid, anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Ini kerana duit yang telah disedekahkan tersebut akan ditukarkan dalam bentuk pahala yang akan memberikan manfaat kepada kita di alam kubur dan seterusnya di akhirat nanti. Sebab itulah kita akan berkira untuk bersedekah RM10 kepada anak yatim berbanding dengan kita sanggup membelanjakan RM10 untuk meracun diri dengan membeli rokok, ini kerana syaitan akan cuba memujuk kita supaya tidak bersedekah kerana takut jadi papa. Percayalah setiap pagi Allah s.w.t utuskan dua malaikat yang berdoa:" Ya Allah kamu berikanlah ganti harta orang bersedekah dan kamu musnahkanlah harta orang yang bakhil." Orang berniaga yang hendak perniagaannya menjadi maju hendaklah ia bersedekah. Di sini saya akan berikan beberapa kebaikan bagi orang yang bersedekah:
 Kebaikan di dunia:
*  Membersihkan harta.
*  Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
*  Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
*  Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang   kaya.
*  Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:
*  Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
*  Sedekah akan meringankan  kiraan hisab nanti.
*  Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
*  Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
*  Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.

BACA, FAHAM, FIKIR DAN AMAL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...