twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Hikmah Puasa

Puasa adalah rukun Islam yang kedua. Ia telah difardhukan pada tahun kedua hijrah dalam bulam Sa'aban. Rasulullah s.a.w sendiri hanya sempat berpuasa Ramadhan hanya sembilan kali sahaja sepanjang hayat Baginda. Setiap ibadah atau kewajipan dan larangan Allah itu sudah tentu ada hikmah disebaliknya. Antara hikmah puasa yang saya dapati ialah:

* Puasa merupakan tanda kepatuhan seorang hamba kepada Allah.
* Puasa akan dapat melahirkan sifat ketaqwaan seorang hamba.
* Puasa itu juga akan dapat mengenalpasti seseorang itu seorang mukmin atau hanya seorang muslim.
* Puasa akan dapat mendidik mukmin supaya berjimat - cermat.
* Puasa juga menunjukkan kesatuan umat Islam seluruh dunia.
* Puasa juga mengambarkan kesamarataan hamba di sisi Allah.
* Puasa adalah makan rohani seseorang.
* Puasa akan dapat melahirkan sifat-sifat mulia dalam diri individu seperti sabar, pemurah dan ikhlas.
* Puasa dapat mengawal nafsu shawat bagi mereka yang tidak mampu untuk berkahwin.
* Puasa merupakan ubat bagi segala penyakit yang tidak memerlukan kos dan tidak meninggalkan kesan sampingan.
* Puasa dapat mengakat darjat diri manusia seperti sifat malaikat yang tidak makan dan minum.
* Kita akan merasakan penderitaan orang-orang miskin dengan berpuasa.
* Puasa akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk berehat.
* Puasa berupaya untuk membuang racun dalam tubuh manusia.
* Puasa dan bacaan al-Quraan akan memberi syafaat kepada tuannya di akhirat nanti.
* Puasa mengajar manusia tentang pengurusan dan kepetingan menjaga masa.
* Puasa merupakan perisai dalam diri manusia daripada segala perbuatan jahat.
* Puasa akan memberi kecergasan kepada otak manusia.

Kelebihan Bersahur


Bersahur adalah merupakan salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan dan tidak sepatutnya ditinggalkan oleh setiap muslim kerana amalan ini mengandungi banyak kebaikan. Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban yang bermaksud: "Bersahurlah kamu, kerana dalam bersahur itu ada keberkahannya". Antara kebaikan bersahur itu ialah seperti berikut:
1- Amalan bersahur dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
2- Bersahur akan mendapat pahala kerana ia adalah ibadat sunat dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
3- Amalan bersahur juga yang membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi.
4- Amalan bersahur juga akan memberi peluang kepada para muslim untuk bangun beribadah kepada Allah s.w.t pada malam hari khususnya 2/3 malam.

Oleh itu janganlah kita lupa bersahur walaupun dengan beberapa biji kurma dan segelas air masak

Kelebihan Menghidupkan Malam Raya

Malam raya dalam Islam ada dua iaitu malam raya Fitrah dan malam raya Haji. Umat Islam seharusnya menghidupkan kedua-dua malam raya ini dengan beribadah kepada Allah s.w.t sebagai tanda kesuyukuran kehadratNya atas kejayaan melaksanakan perintah yang telah ditetapkan seperti puasa dan haji. Sebuah hadis Rasulullah menceritakan tentang kelebihan bagi orang yang menghidupkan kedua-dua malam raya ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abi Umamah berkata Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang menghidupkan dua malam raya dengan beribadah kepada Allah s.w.t, maka hati mereka tidak akan mati di hari hati-hati orang lain dimatikan oleh Allah s.w.t".

Para ilmuan berpendapat bahawa mereka akan ditetapkan hati mereka dengan beriman kepada Allah s.w.t pada tiga keadaan :

1- Ditetapkan hati mereka dengan keimanan kepada Allah s.w.t ketika roh keluar daripada jasadnya iaitu ketika menghadapi sakaratul maut.

2- Ditetapkan hati mereka ketika menghadapi soalan dalam kubur oleh malaikat munkar dan nakir.

3- Ditetapkan hati mereka ketika menghadapi hari kebangkitan di akhirat nanti iaitu hari perhitungan amalan di Padang Mahsyar.

Oleh itu marilah kita sama-sama menghidupkan malam raya kita dengan amalan-amalan yang berfaedah seperti solat Tasbih, solat hajat, solat Tahajud, membaca al-Quran, bersedekah, bertakbir, bertahmid , bertasbih kepada Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...