twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Hikmah Puasa

Puasa adalah rukun Islam yang kedua. Ia telah difardhukan pada tahun kedua hijrah dalam bulam Sa'aban. Rasulullah s.a.w sendiri hanya sempat berpuasa Ramadhan hanya sembilan kali sahaja sepanjang hayat Baginda. Setiap ibadah atau kewajipan dan larangan Allah itu sudah tentu ada hikmah disebaliknya. Antara hikmah puasa yang saya dapati ialah:

* Puasa merupakan tanda kepatuhan seorang hamba kepada Allah.
* Puasa akan dapat melahirkan sifat ketaqwaan seorang hamba.
* Puasa itu juga akan dapat mengenalpasti seseorang itu seorang mukmin atau hanya seorang muslim.
* Puasa akan dapat mendidik mukmin supaya berjimat - cermat.
* Puasa juga menunjukkan kesatuan umat Islam seluruh dunia.
* Puasa juga mengambarkan kesamarataan hamba di sisi Allah.
* Puasa adalah makan rohani seseorang.
* Puasa akan dapat melahirkan sifat-sifat mulia dalam diri individu seperti sabar, pemurah dan ikhlas.
* Puasa dapat mengawal nafsu shawat bagi mereka yang tidak mampu untuk berkahwin.
* Puasa merupakan ubat bagi segala penyakit yang tidak memerlukan kos dan tidak meninggalkan kesan sampingan.
* Puasa dapat mengakat darjat diri manusia seperti sifat malaikat yang tidak makan dan minum.
* Kita akan merasakan penderitaan orang-orang miskin dengan berpuasa.
* Puasa akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk berehat.
* Puasa berupaya untuk membuang racun dalam tubuh manusia.
* Puasa dan bacaan al-Quraan akan memberi syafaat kepada tuannya di akhirat nanti.
* Puasa mengajar manusia tentang pengurusan dan kepetingan menjaga masa.
* Puasa merupakan perisai dalam diri manusia daripada segala perbuatan jahat.
* Puasa akan memberi kecergasan kepada otak manusia.

Kelebihan Bersahur


Bersahur adalah merupakan salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan dan tidak sepatutnya ditinggalkan oleh setiap muslim kerana amalan ini mengandungi banyak kebaikan. Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban yang bermaksud: "Bersahurlah kamu, kerana dalam bersahur itu ada keberkahannya". Antara kebaikan bersahur itu ialah seperti berikut:
1- Amalan bersahur dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
2- Bersahur akan mendapat pahala kerana ia adalah ibadat sunat dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
3- Amalan bersahur juga yang membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi.
4- Amalan bersahur juga akan memberi peluang kepada para muslim untuk bangun beribadah kepada Allah s.w.t pada malam hari khususnya 2/3 malam.

Oleh itu janganlah kita lupa bersahur walaupun dengan beberapa biji kurma dan segelas air masak

Kelebihan Menghidupkan Malam Raya

Malam raya dalam Islam ada dua iaitu malam raya Fitrah dan malam raya Haji. Umat Islam seharusnya menghidupkan kedua-dua malam raya ini dengan beribadah kepada Allah s.w.t sebagai tanda kesuyukuran kehadratNya atas kejayaan melaksanakan perintah yang telah ditetapkan seperti puasa dan haji. Sebuah hadis Rasulullah menceritakan tentang kelebihan bagi orang yang menghidupkan kedua-dua malam raya ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abi Umamah berkata Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang menghidupkan dua malam raya dengan beribadah kepada Allah s.w.t, maka hati mereka tidak akan mati di hari hati-hati orang lain dimatikan oleh Allah s.w.t".

Para ilmuan berpendapat bahawa mereka akan ditetapkan hati mereka dengan beriman kepada Allah s.w.t pada tiga keadaan :

1- Ditetapkan hati mereka dengan keimanan kepada Allah s.w.t ketika roh keluar daripada jasadnya iaitu ketika menghadapi sakaratul maut.

2- Ditetapkan hati mereka ketika menghadapi soalan dalam kubur oleh malaikat munkar dan nakir.

3- Ditetapkan hati mereka ketika menghadapi hari kebangkitan di akhirat nanti iaitu hari perhitungan amalan di Padang Mahsyar.

Oleh itu marilah kita sama-sama menghidupkan malam raya kita dengan amalan-amalan yang berfaedah seperti solat Tasbih, solat hajat, solat Tahajud, membaca al-Quran, bersedekah, bertakbir, bertahmid , bertasbih kepada Allah s.w.t.

Keadaan Orang-Orang Kaya Pada Hari Kebangkitan

Orang- orang yang kaya yakni mempunyai harta yang banyak di dunia ini akan dibangkitkan di akhirat nanti dalam beberapa keadaan:

* Golongan yang mendapat harta dari sumber yang haram dan dibelanjakan ke jalan haram maka mereka akan dihalau ke neraka.

* Golongan yang mendapat harta dari sumber yang haram dan dibelanjakan ke jalan halal maka mereka akan dihalau ke neraka.

* Golongan yang mendapat harta dari sumber yang halal dan dibelanjakan ke jalan haram maka mereka akan dihalau ke neraka.

* Golongan yang mendapat harta dari sumber yang halal dan dibelanjakan ke jalan halal maka mereka akan disoal pula tentang zakat, solat, sifat takabur, hak jiran, hak fakir miskin dan lain-lain lagi. Sekiranya semua persoalan itu selesai barulah disuruh ke syurga.

Faedah-Faedah Solat


Solat lima waktu sehari semalam merupakan fardhu ain keatas muslim yang mukallaf dan barangsiapa yang meninggalkannya akan mendapat azab yang sangat hebat di akhirat nanti.Solat ada banyak kebaikannya , antara yang dapat dikesan ialah:

* Solat boleh menghapuskan dosa, mendapat pahala dan menaikan darjat seseorang di sisi Allah s.w.t.

* Solat merupakan senaman (riaadah) yang Allah jadikan untuk hambanya.

* Solat akan memberi cahaya kepada wajah, hati, kubur dan hari kiamat nanti kepada tuannya.

* Solat merupakan makanan rohani.

* Kedudukan solat dalam agama seperti kepala dengan tubuh badan, bagaimana badan akan hidup tanpa kepala begitulah juga bagaimana agama seseorang itu nak hidup tanpa solat.

* Solat adalah sebagai pembersih jiwa seseorang.

* Solat adalah penyempurna kepada Islam atau agama seseorang.

* Solat boleh menambah keimanan dan keyakinan kepada Allah dan kebenaran Islam.

* Solat boleh mencegah tuannya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

* Solat boleh mengajar seseorang itu berdisiplin dalam hidup mereka.

* solat melatih seseorang itu mengamal kehidupan yang mementingkan kebersihan.

* Solat melatih seseorang itu menepati waktu.

Beautiful Islamic Song by Yasmin Khayyam - Muhammah Ya Rasulullah

Jenis-Jenis Manusia

Manusia itu terbahagi kepada beberapa jenis:

* Mempunyai diri yang baik dan boleh mendatangkan kebaikan kepada orang lain seperti Nabi, Ulama dan Solihin.

* Mempunyai diri yang baik tetapi tidak boleh mendatangkan kebaikan kepada diri orang lain seperti ahli ibadah yang tidak berdakwah kepada orang lain.

* Orang yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain tetapi tidak mendatangkan kebaikan kepada dirinya seperti orang munafiq yang berpura-pura baik atau menyeru ke arah kebaikan dalam khalayak ramai.

* Orang yang merosakkan dirinya tetapi tidak merosakkan orang lain seperti seorang yang baik berkawan dengan orang yang fasiq.

Tanda-Tanda Penyakit Ria'

Ria' adalah merupakan penyakit hati yang juga membawa kepada syirik yang tersembunyi. Seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu kebaikan itu hanya kerana Allah s.w.t tetapi lain pula bagi manusia yang mempunyai sifat ria' ini. Mereka melakukan sesuatu ibadah atau amalan yang baik atau meninggalkan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah . Mereka melakukan sesuatu amalan supaya dipertontonkan kepada manusia untuk mendapat pujian dan sebagainya. Secara ringkasnya berikut adalah beberapa ciri manusia yang mempunyai sifat ria'. Antaranya:

* Rajin melaksanakan sesuatu amalan atau ibadah apabila berada dalam khalayak ramai.

* Malas melakukan sesuatu amalan apabila bersendirian dan terselindung daripada pandangan umum.

* Rajin dan bersemangat untuk melakukan sesuatu amalan apabila mendapat pujian daripada orang lain.

* Malas serta meninggalkan sesuatu amalan apabila dicela,dikutuk atau dikeji serta tidak disukai manusia walaupun amalan itu disukai Allah s.w.t.

Adakah KAKA seorang muslim ?

Buah Tangan Untuk Pengantin Baru

Mengumpat Yang Diharuskan

Mengumpat ialah menceritakan keburukan seseorang kepada seseorang lain tanpa kehadiran orang yang diumpat dan sekiranya ia mengetahuinya maka ia akan memarahinya. Ia adalah merupakan salah satu dosa besar dan ia tidak akan terampun kecuali orang yang mengumpat meminta maaf kepada orang yang diumpat terlebih dahulu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 12, maksudnya :" Dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang dan janganlah mempergunjingkan satu sama lain. Adakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati.?". Sewaktu malam Isra' dan mikraj Rasulullah s.a.w telah dipertontonkan dengan seseorang yang memakan daging kawannya, lalu Baginda bertanyakan jibril tentang hal itu, lalu Jibril a.s menjawab bahawa itulah golongan yang suka mengumpat orang lain. Namun begitu ulama' telah mengecualikan beberapa perkara daripada mengumpat iaitu:

* Orang yang dizalimi menceritakan bagaimana ia telah dizalimi oleh seseorang kepada pihak atau individu yang mampu untuk menghapuskan kezaliman tersebut.

* Menceritakan keburukan atau maksiat yang telah dilakukan oleh seseorang kepada pihak atau individu yang berkuasa atau bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran tersebut.

* Menceritakan keburukan atau sesuatu peristiwa kepada khadi,mufti,ustaz atau pihak yang boleh menjelaskan tentang hukum - hakam dalam sesuatu urusan.( Meminta fatwa).

* Menceritakan kemungkaran, keburukan atau kezaliman yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain dengan niat untuk memberi amaran atau nasihat supaya ia tidak terjebak, tertipu atau terlibat dalam perkara tersebut.

* Mencerita sesuatu keburukan , kecacatan atau gelaran seseorang kepada seseorang lain dengan tujuan untuk memperkenalkanya seperti hitam, pendek, gemuk dan sebagainya.

* Menceritakan kemungkaran yang telah diketahui umum seperti seseorang yang telah diketahui umum dengan kaki botol, kaki judi, kaki perempuan ,kaki penipu, tidak puasa , tidak solat dan sebagainya supaya manusia berhati-hati dengannya.

7 Perkara Yang Tidak Memberi Manfaat Kecuali Dengan 7 Perkara

Sesiapa yang melakukan 7 perkara tanpa ada 7 perkara maka amalannya tidak akan diterima.

* Beramal kerana takutkan azab Allah tetapi masih melakukan perkara-perkara maksiat maka amalanya tidak akan diterima.

* Mengharapkan pahala daripada Allah tanpa melakukan amalan-amalan soleh.

* Berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan tetapi niat yang tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakanya.

* Berdoa kepada Allah untuk sesuatu kebaikan tanpa berusaha.

* Memohon keampunan daripada Allah terhadap sesuatu dosa tanpa penyesalan.

* Memperelokkan amalan depan orang ramai tetapi tidak ketika bersendirian.

* Berpenat lelah melakukan sesuatu amalan baik tanpa niat yang ikhlas kerana Allah.

Amalan-Amalan Yang Boleh Memanjangkan Umur


Semua  manusia yang normal ingin supaya umurnya dipanjangkan oleh Allah SWT. Antara amalan yang boleh membantu seseorang itu untuk memanjangkan usianya ialah seperti berikut:

* Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dilanjutkan usia.

* Sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

* Sentiasa bersedekah samada ketika senang atau susah.

* Sentiasa berusaha untuk menyambung tali persaudaraan atau silaturrahim.

* Sentiasa berbuat baik kepada semua makhluk Allah samada binatang atau sebagainya.

Solat Yang Berkualiti

Sesungguhnya solat yang berkualiti akan dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Tapi pada hari ini hanya lebih kurang 15% sahaja daripada remaja kita yang solatnya cukup lima waktu. Betapa ramai pula yang solat tapi solat mereka tidak dapat mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Berikut adalah cara - cara hendak jadikan solat kita solat yang berkualiti:

* Menghadirkan hati ketika solat. Yakni cuba sedaya upaya untuk khusyuk dan melupakan seketika urusan dunia.

* Memahami segala makna bacaan dalam solat.

* Mengagongkan Allah swt semasa solat dan merasakan diri kita hina di hadapan Allah.

* Merasakan bahawa tiada yang lebih hebat drp Allah swt.

* Mengharapkan hanya kepada Allah swt.

* Merasa malu kepada Allah swt.

Akidah Sesat Yahudi

 Inilah pokok Ghorqod yang akan melindungi orang Yahudi daripada dibunuh oleh orang Islam nanti

          Yahudi adalah satu bangsa yang berasal daripada keturunan Nabi Yaacob ( Israel). Bukan semua orang Yahudi jahat seperti yang disangkakan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai perasaan belas kasihan seperti insan lain. Golongan Yahudi yang jahat ialah Zionis yang memerintah bumi Gaza sekarang. Antara pegangan sesat yahudi ialah:

* Mereka menganggap kaum Yahudi adalah merupakan bangsa pilihan yakni yang paling mulia.

* Semua manusia selain Yahudi adalah  binatang dan dipermudahkan untuk kegunaan kaum Yahudi.

* Riba haram sesama Yahudi tetapi mereka boleh mengambil riba dengan kaum lain.

* Mereka bebas dan berhak mengambil dan merampas mana-mana tanah di atas muka bumi ini.

* Tidak menjadi kesalahan bagi kaum lelaki Yahudi sekiranya mereka memperkosa wanita lain.

* Agama Yahudi adalah khusus untuk kaum Yahudi sahaja dan tidak layak dianuti oleh orang lain.

* Mereka mendakwa bahawa Allah mempunyai anak iaitu Nabi Uzair ( Surah at-Taubah :30).

* Mereka mendakwa Allah juga mempunyai sifat kekurangan seperti fakir (Surah ali Imran: 181).

* Mereka merubah kalam Allah yakni kitab Taurat (al-Baqarah: 79 ).

* Mereka mendakwa nabi Sulaiman menyembah berhala.

* Mereka menuduh Nabi Luth minum arak dan berzina dengan anaknya sendiri.

* Mereka menuduh Nabi Yaacob mencuri.

* Mereka menuduh Nabi Daud berzina dan anaknya ialah Nabi Sulaiman.

Inilah antara pegangan dan tuduhan kaum Yahudi terhadap Allah dan para nabi.

TERKINI ARMADA KEBESAN DI TEMBAK


Watch live streaming video from insaniyardim at livestream.com

KAPAL VIVA PLASTINE DI SERANG, RAMAI YANG SYAHID




Hamas menyebut mereka yang ikut konvoi bantuan Gaza sebagai pahlawan bangsa Palestina, dan Hamas mendesak para pemimpin Arab untuk mengambil langkah-langkah praktis untuk mengakhiri pengepungan Gaza.

Armada Kebebasan Gaza diserang oleh militer Israel pada Senin pagi ini (31/5) di perairan internasional lebih dari 150 km (90 mil) di lepas pantai Gaza.

Setidaknya 20 orang telah wafat dalam serangan itu dan masih ada kemungkinan akan terus bertambah serta lebih dari 50 orang lainnya mengalami luka-luka.

"Pemerintah Palestina di Gaza menghormati upaya konvoi armada kebebasan untuk memecahkan pengepungan terhadap Gaza," kata Perdana Menteri Palestina Ismail Haniyah dalam pernyataannya.

"Kami menganggap semua yang tewas dalam serangan tersebut sebagai syuhada Palestina, syahid atas usaha mereka mendobrak pengepungan terhadap Gaza," tambahnya.

Para pemimpin Palestina meminta para pendukung Palestina dalam jumlah besar melakukan aski protes terhadap apa yang disebut sebagai kejahatan kemanusiaan Israel dan aksi pembajakan Israel terhadap konvoi kemanusiaan.

Haniyah lebih lanjut mendesak Otorita Palestina untuk mengakhiri semua perundingan dengan rezim Israel dalam protes perdamaian atas pelanggaran paling nyata Israel dan paling jelas terhadap hak asasi manusia.

Ia juga menyerukan kepada Liga Arab dan Organisasi Konferensi Islam (OKI) untuk mengambil "langkah-langkah praktis" secara permanen mengakhiri blokade Israel tahun-panjang Gaza.(fq/prtv)

http://www.eramuslim.com


Israeli security forces were put on high alert to handle any on high "possible disturbances" among the country's Arab Israeli population in the wake of the naval raid, a police spokesman said.

Israel's Army Radio said the clashes broke out after the passengers allegedly tried to grab weapons off the naval commandos who tried to storm one of the boats.

Israel radio said at least one vessel was boarded by Israeli troops backed with helicopters. An unnamed Arab journalist traveling with the flotilla reported that shooting was taking place. Hamas-run TV showed pictures of the wounded.

Gaza's Al Aqsa television also showed footage of black-clad Israeli commandos descending from helicopters and clashing with activists.

Israeli TV 10 reported that Israeli marine commandos opened fire after being attacked with axes and knives by a number of the passengers on board the aid ships.

The Israeli military denied that its forces attacked the boats but said they would enforce the decision to keep them away from Gaza.

The head of the Hamas, Esmail Haniya, condemned the "brutal" Israeli attack, adding: "We call on the Secretary-General of the United Nations, Ban Ki-moon, to shoulder his responsibilities to protect the safety of the solidarity groups who were on board these ships and to secure their way to Gaza."

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menziarahi Kubur

Tujuan kita menziarahi kubur adalah untuk mendapat iktibar dan pengajaran daripada kematian orang lain bukan sekadar mengenang orang sudah mati semata-mata. Masyarakat hari ini menjadikan menziarahi kubur sebagai adat di hari raya semata-mata bukan satu ibadah. Mereka pergi ziarah kubur dalam keadaan tidak menutup aurat dan bercampur aduk antara lelaki dan perempuan. Oleh itu ulama' telah mengariskan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang ingin menziarahi kubur agar sesi ziarah mereka benar-benar mendatangkan manfaat dan keinsafan dalam diri mereka. Antara perkara yang perlu dilakukan tersebut ialah:

* Perlu bagi orang yang hendak menziarahi kubur supaya berada dalam keadaan lapar kerana kekenyangan akan menghalang seseorang itu daripada iktibar kematian.

* Perlu bagi orang yang hendak menziarahi kubur supaya membuang hasrat atau niat untuk melakukan sesuatu maksiat atau kemungkaran kerana niat  yang jahat ini akan mengundang kehadiran syaitan. Kehadiran syaitan akan menghalang daripada iktibar kematian.

* Perlu bagi orang yang hendak menziarahi kubur supaya zuhud dengan perkara-perkara keduniaan kerana perasaan tamak dengan kesenangan dunia akan menyebabkan hati menjadi keras dan memanjangkan angan-angan. Ia akan menghalang hati daripada khusyuk,ingat Allah, takut mati dan mengambil iktibar daripada kematian tersebut.

Kenapa Islam Dahulu Agama Memerintah

Kegemilangan dan kehebatan Islam di Zaman Rasulullah dan para sahabat sepatutnya menjadi panduan dan ukuran bagi umat Islam masa kini untuk mengembalikan penguasaan Islam. Antara ciri para sahabat yang patut kita contohi adalah:

* Jelas matlamat dan wawasan perjuangan iaitu mengabdikan diri serta mencari keredhaan Allah s.w.t

* Amat tegas berpegang kepada agama dan tidak pernah mengadaikan prinsip-prinsip agama dalam apa jua keadaan sekalipun.

* Beriman sepenuh hati tanpa sebarang keraguan kepada Allah serta ajaran Islam.

* Memiliki semangat juang yang tinggi dan sanggup menerima apa jua risiko.

* Tidak melupakan dunia, namun tidak pula  hanyut dengannya.

* Berakhlak  mulia sepanjang masa terutama ketika berkomunikasi dengan orang lain.

* Tetap pendirian dan Istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Islam.

* Bersikap jujur dan adil  sepanjang masa.

* Berani berubah sekiranya perubahan itu diyakini membawa kebaikan kepada Islam.

* Sentiasa mencari peluang dan kesempatan  untuk mengglobalisasikan kebenaran.


Sekiranya sifat-sifat ini diamalkan oleh jenerasi sekarang maka pasti Allah akan memberi kemenengan kepada perjuangan Islam sebagaimana pada zaman sahabat

Kelebihan Ilmu Berbanding Dengan Harta.

Apabila Nabi sulaiman diberi pilihan oleh Allah s.w.t antara ilmu, takhta dan harta maka Nabi Sulaiman memilih ilmu lalu ia diberikan ilmu dan dengan ilmu tersebut Baginda mendapat takhta dan harta. Kelebihan ilmu berbanding harta ialah:

* Ilmu akan menjaga diri manusia sedangkan harta mesti dijaga oleh manusia.

* Ilmu dalam dada tidak dapat dicuri sedangkan harta dalam simpanan dapat dicuri walaupun dijaga.

* Ilmu semakin digunakan semakin bertambah, harta semakin digunakan semakin berkurang.

* Ilmu yang banyak tidak perlu keluarkan zakat, harta yang banyak wajib keluarkan zakat.

* Ilmu akan memberi manfaat kepada tuannya sampai ke dalam kubur dan akhirat, harta hanya memberi manfaat hanya sampai mati sahaja.

* Dengan adanya ilmu akan mendatangkan kuasa dan harta, belum tentu harta dan kuasa akan dapat menghasilkan  ilmu.

* Allah memandang tinggi atau memuliakan orang berilmu berbanding orang yang banyak harta.

Ajaran Sesat

Ciri-Ciri Ajaran Sesat adalah seperti berikut:

* Kepercayaan kepada Rukun Iman secara bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah seperti mempercayai adanya kitab lain yang menansuhkan atau mengantikan al-Quran.

* Mempertikaikan kebenaran al-Quran ataupun hadis seperti tidak yakin dengan hukum-hakam serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran secara nas Qatie'.

* Mempercayai bahawa orang-orang tertentu sebagai nabi ataupun rasul.

* Menyatukan atau menggabungkan ajaran-ajaran atau agama-agama seluruh dunia bagi dijadikan anutan seluruh manusia.

* Mendewakan pemimpin secara berlebihan dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mengatakan pemimpin tersebut maksum dan ahli syurga.

* Mengadakan bidaah dolallah atau bidaah yang menyesatkan seperti sembahyang hanya pakai niat sahaja, nikah batin dan lain-lain lagi.

* Mentafsir al-Quran dan sunnah mengikut fahaman sendiri tanpa merujuk kepada tafsir atau ulama' yang muktabar.

* Mengatakan Islam masih tidak sempurna seperti mengatakan siasah tidak ada dalam Islam.

* Menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah atau mengharam apa yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T.

Kata-kata Saidina Ali

Saidina Ali k.a ada berkata yang bermaksud:

" Barangsiapa yang banyak cakap maka banyaklah salahnya, barangsiapa yang banyak salah maka kuranglah perasaan malunya, barangsiapa yang kurang perasaan malunya maka kuranglah sifat wara'nya, barangsiapa yang kurang sifat wara'nya maka matilah hatinya, barangsiapa yang mati hatinya maka nerakalah kesudahannya."



Setiap percakapan seorang hamba itu akan dihisab kecuali beberapa perkara:

* Zikir kepada Allah.
* Menyuruh kepada kebaikan.
* Mencegah kemungkaran.
* Mendamaikan antara dua orang yang bergaduh.

Tiga Yang Memusnahkan Manusia

Tiga sifat ini sekiranya diamalkan oleh seseorang individu maka ia akan membawa kemusnahan kepada diri mereka.

* Perasaan bakhil atau kedekut yang dituruti.

* Hawa nafsu jahat yang diikuti dan dipenuhi hasratnya.

* Seseorang yang rasa hairan dan bangga dengan diri sendiri.

Baca Al-Quran Di Mana Saja

Mendengar bacaan al-Quran bukan sahaja mendapat pahala tetapi ia juga dapat mendatangkan banyak faedah kepada kita khususnya semasa kita tidur. Tambahan lagi sekiranya kita  membaca dan mendengarnya secara berulang-ulang. Antara faedah membaca dan mendengar al-Quran adalah seperti berikut.

* Menambah daya tahan dalam tubuh seseorang.

* Menambah daya kreatif dan inovatif seseorang.

* Menambah daya penumpuan seseorang terhadap sesuatu tugas.

* Dapat menyembuh penyakit yang kronik dan berpanjangan.

* Boleh menambah keupayaan untuk berkomunikasi dan dapat menyakinkan orang lain.

* Boleh menambahkan ketenangan kepada jiwa seseorang .

* Boleh menyembuh penyakit mudah marah ( Pemarah ).

* Berupaya untuk membuat keputusan yang tepat.

* Boleh menghilangkan perasaan takut, waswas dan gemuruh atau gugup.

* Membina sahsiah diri yang lebih unggul.

* Dapat mengubati penyakit seperti mudah sensitif, gementar, selsema, sakit kepala dan lain-lain lagi.

* Berupaya untuk bercakap dengan lebih lancar dan yakin.

* Dapat mencegah daripada penyakit berbahaya seperti kanser dan lain-lain lagi.

* Boleh mengubah menghentikan tabiat-tabiat buruk seperti makan banyak dan merokok.

Surat Kabar Afrika Selatan Terbitkan Kartun yang Melecehkan Nabi Muhammad


Sebuah surat kabar Afrika Selatan pada Jumat lalu menerbitkan kartun yang menggambarkan dan melecehkan Nabi Muhammad sehingga menimbulkan kemarahan dari masyarakat Muslim Afrika dan menimbulkan ketakutan akan serangan pembalasan menjelang turnamen sepak bola Piala Dunia yang diharapkan dapat menarik ribuan warga dunia ke Afrika Selatan bulan depan.
Kartun ini di buat oleh seorang kartunis dari Cape Town Jonathan Shapiro, yang dikenal sebagai Zapiro. Dia menyebut kartun itu sebagai kartun yang "lembut".
Surat kabar Mail & Guardian yang mempublikasikan kartun itu pada hari Jumat lalu (21/5) telah membangkitkan kemarahan dan kecamanan masyarakat muslim di Afrika selatan.
"Ini adalah kesekian kalinya musuh-musuh Islam dengan sengaja memprovokasi umat Islam dan memicu reaksi dari umat Islam," kata pernyataan dari dewan muslim Afrika Selatan, yang mengadukan ke pengadilan untuk mencoba menghentikan surat kabar tersebut dari pencetakan kartun, namun tetap gagal menghentikan penerbitan kartun itu.
Radio Islam Afrika selatan melaporkan bahwa gelombang kemarahan umat Islam terjadi pada hari Jumat lalu.
"Umat islam sangat tersinggung dengan penerbitan sebuah kartun penghujatan di surat kabar Mail & Guardian yang dibuat oleh Zapiro," kata stasiun radio Islam.
Namun editor surat kabar Mail & Guardian, Dawes Nick membela keputusannya untuk menerbitkan kartun yang melecehkan Nabi Muhammad SAW tersebut.(fq/iina)

Kredit Kpd Eramuslim.com

Ciri - Ciri Kekasih Allah

Berikut adalah ciri-ciri hamba yang dicintai oleh Allah:

* Hamba yang memiliki hati yang sentiasa takutkan Allah walau di mana sahaja sekalipun.

* Hamba yang tidak melakukan perkara-perkara yang haram yakni tegahan Allah.

* Hamba yang tidak melakukan kejahatan terhadap makhluk lain termasuk terhadap orang kafir dan haiwan.

* Hamba yang tidak terlibat dengan mengadu domba yakni batu api yang menyebabkan permusuhan.

* Hamba yang menyintai semua yang Allah cinta dan membenci semua yang Allah benci.

Amalan-Amalan Yang Boleh Mengeratkan Persahabatan

Tali persahabatan merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Nikmat persahabatan adalah satu anugerah daripada Allah s.w.t yang mesti dijaga dan dipelihara supaya ia kekal sehingga akhir hayat. Antara amalan yang boleh mengeratkan lagi tali persahabatan ialah seperti  berikut:

* Mengucapkan salam apabila bertemu atau selalu berkirim salam sekiranya berjauhan sebagai tanda ingatan.

* Melapangkan tempat duduk untuk sahabat apabila berada dalam sesuatu majlis.

* Memanggil mereka dengan nama yang mereka sukai. Jauhi daripada memanggil dengan gelaran yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah sahabat di khalayak ramai.

* Berbuat baik kepada sahabat sebagai mana anda ingin orang lain lakukan kebaikan kepada diri anda .

Kenapa Allah Tidak Terima Doa Kita

Sekumpulan lelaki telah bertanya kepada Ibrahim Adham. Kenapa kita berdoa kepada Allah tetapi Allah tidak menjawab permintaan kita sedangkan Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: " Berdoalah kamu kepadaKu akan Ku makbulkan." Maka Ibrahim al-Adham pun menjawab: "Hati kamu mati". Lalu mereka bertanya lagi: " Apakah  yang  menyebabkan  hati mati". Lalu Ibrahim Adham menjawab:" Hati kamu mati disebabkan oleh sepuluh perkara."

* Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak Allah s.w.t

* Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan suruhannya.

* Kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu meninggalkan sunah Baginda.

* Kamu mengatakan kamu takut mati tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

* Kamu mengatakan bahawa syaitan itu musuhmu tetapi kamu tetap melakukan maksiat(suruhan syaitan)

* Kamu mengatakan bahawa kamu takutkan neraka tetapi kamu masih mengamalkan yang menyebabkan masuk neraka.

* Kamu mengatakan kamu mencintai syurga tetapi tidak berusaha untuk mendapatkannya.

* Kamu makan nikmat Allah tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmatNya.

* Kamu mengebumikan jenazah tetapi tidak pernah mengambil iktibar atau pengajaran daripadanya.

* Kamu menyembunyikan keaipan dirimu tetapi suka membuka keaipan orang lain.

Maka Allah s.w.t murka dengan kamu, bagaimana doa kamu hendak dimakbulkan.

Tiga Perkara Menjadi Penyelamat Kepada Manusia

Rasulullah S.A.W berpesan bahawa ada tiga penyelamat bagi manusia:

* Bertaqwa kepada Allah S.W.T ketika berada ketika dalam keadaan terang dan sulit.

* Berjimat cermat ketika kaya dan ketika miskin.

* Berlaku adil ketika marah dan ketika redha.

Ciri-Ciri Hati Taqwa

Apabila berbicara soal taqwa, maka Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada hati. Hal ini menunjukkan bahwa taqwa adalah amalan hati. Sifat taqwa dan khusyuk adalah merupakan dua sifat yang tumbuh daripada hati yang baik. Antara ciri-ciri hati yang taqwa ialah:

* Hati yang takutkan Allah s.w.t semasa bersendirian sama dengan semasa di tempat terbuka.

* Hati yang mengingati Allah s.w.t semasa waktu bersendirian lebih banyak daripada waktu bersama orang ramai.

* Hati yang menyembunyikan kerinduan dan kecintaannya  terhadap Allah s.w.t daripada pengetahuan orang ramai.

* Hati yang menyembunyikan sadaqah dan amalan soleh daripada pandangan ramai.

* Amalan yang tersembunyi daripada pandangan umum lebih baik dan sempurna berbanding dengan amalan zahir.

Bumi Juga Boleh Bercakap

Malik berkata: Seolah-olah bumi itu memanggil manusia dengan lima perkara setiap hari:

* Wahai anak Adam, Kamu berjalan di atas belakangku tetapi penghujungnya adalah  dalam perutku (kubur)

* Wahai anak Adam, Kamu ketawa di atas belakangku tapi kamu akan menangis dalam perutku.



* Wahai anak Adam, Kamu bergembira di atas belakangku tapi kamu akan bersedih dalam perutku.



* Wahai anak Adam, Kamu makan berbagai makanan di atas belakangku tapi kamu akan dimakan ulat dalam perutku.

* Wahai anak Adam, Kamu melakukan dosa di atas belakangku tetapi kamu akan diazab dalam perutku.

Kegelapan Yang Pasti Ada Sinaran

Saidina Abu Bakar as-Siddiq berkata: Kegelapan bagi manusia itu ada lima, tetapi di sana ada sinarnya.

* Kegelapan hasil dosa yang telah dilakukan tetapi penyinarnya ialah taubat.

* Kegelapan apabila berada dalam kubur, penyinarnya ialah ibadah Solat.

* Kegelapan semasa mizan (timbangan amalan) maka penyinarnya ialah kalimah Syahadah.


* Kegelapan semasa melalui titian Sirot, maka penerangnya ialah keyakinan terhadap Allah S.W.T

* Kegelapan semasa di alam akhirat, maka penyinarnya ialah amalan soleh.

Islam Agama Yang Sempurna

Apabila kita sebut Islam semua orang akan mengatakan Islam adalah agama yang sempurna, tiada kekurangan dan satu cara hidup. Islam adalah agama yang Allah swt turunkan khusus untuk hambanya untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi ini, di samping itu segala amalan yang dilakukan di dunia akan dihisab di akhirat nanti. Islam itu merangkumi segenap perkara seperti ekonomi, pentadbiran, pelajaran, kesihatan, politik dan semuanya. Tetapi malang sekali bagi orang yang mengaku beriman kepada Allah swt mengatakan bahawa politik tidak ada dalam Islam, dengan tidak secara langsung mereka telah mengatakan bahawa Islam ini tidak sempurna kerana tidak ada unsur politik di dalamnya. Apabila mereka mengatakan Islam tidak sempurna maka tanpa disedari mereka mengatakan Allah tidak sempurna, apabila mereka mengatakan Allah tidak sempurna maka murtadlah mereka, sedangkan tugas manusia yang paling besar sebagai seorang khalifah ialah menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini, mendirikan agama Islam dan menggunakan Islam untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Inilah yang dinamakan politik Islam. Kita hendaklah mengenali Islam secara keseluruhan, barulah kita nampak keindahan dan kecantikannya. Kalau kita katakan seorang wanita itu cantik, bahagian manakah yang cantik?. Matanyakah, hidungnyakah atau mulutnyakah?. Sudah tentu keseluruhan tubuhnya digabungkan semua baru nampak cantiknya. Kita juga jangan mengenali Islam seperti sekumpulan orang buta mengenali gajah.Ada yang terpegang gajah di bahagian kaki, maka dia kata gajah seperti tiang, ada yang terpegang gajah di belalai maka ia kata gajah seperti ular dan sebagainya sebaliknya kita mesti mengenali gajah seperti orang yang boleh melihat dengan jelas. Begitu juga kita hendaklah mengenali Islam itu dengan keimanan, mata hati dan kaitkan dengan kehidupan akhirat barulah kita akan dapat faham bahawa Islam ini adalah untuk mengatur dan memudahkan Umat Islam dunia dan akhirat bukan untuk memecah belahkan umat Islam dan menyusahkan. Fikirlah dengan akal bukan dengan nafsu.

Aktiviti Yang Tidak Termasuk Dalam Perkara Yang Sia-Sia

Kebanyakan aktiviti harian kita termasuk dalam perkara yang sia-sia, kecuali perkara tersebut kita niatkan kerana Allah s.w.t. Namun begitu terdapat empat perkara yang tidak termasuk dalam perkara yang dianggap sia-sia :

* Belajar memanah.

* Melatih binatang tunggangan seperti kuda atau binatang peliharaan yang mendatangkan manfaat.

* Bergurau senda dengan ahli keluarga seperti isteri dan anak-anak.

*Belajar berenang, kerana berenang merupakan salah satu sukan yang melibatkan semua anggota badan termasuk fikiran.

Lelaki Sejati

Sebagai seorang muslim kita mesti menunaikan hak seorang sahabat. Sekiranya seorang sahabat itu meminta nasihat dalam sesuatu hal dan sekiranya kita mampu untuk menasihatinya maka wajib bagi kita untuk menasihatinya. Nasihat itu pula hendaklah diberikan dengan penuh keikhlasan dan tanpa sarat. Seorang yang mampu menasihati orang lain dengan nasihat yang berguna maka ia membuktikan sifat seorang lelaki yang sejati. Menurut Saidina Ali k.a.w lelaki itu ada tiga jenis: Lelaki yang cukup sifat seorang lelaki, lelaki yang bersifat separuh lelaki dan lelaki yang tidak bersifat lelaki.

* Lelaki yang sempurna sebagai seorang lelaki (lelaki sejati)  iaitu lelaki yang mempunyai buah fikiran (pendapat) dan ia mampu untuk menasihati orang lain bila diperlukan.

* Lelaki yang mempunyai sebahagian sahaja sifat lelaki iaitu lelaki yang ada buah fikiran tetapi tidak mampu untuk menasihati orang lain apabila diminta berbuat demikian.

* Lelaki yang tidak mempunyai sifat lelaki sejati iaitu lelaki yang tidak mempunyai buah fikiran langsung dan tidak pula mampu untuk menasihati seseorang.

P/s: Fikirkan, anda daripada golongan mana?

Jenis - Jenis Ciuman

Menurut al-Imam Mahmud Saltut r.a ciuman atau kucupan itu terbahagi kepada beberapa jenis:

* Ciuman kasih sayang daripada ibu bapa kepada seorang anak iaitu ciuman di pipi.

* Ciuman kasih sayang anak kepada ibu bapa iaitu di atas kepala.

* Ciuman kasih sayang sebagai seorang sahabat iaitu di dahi.

* Ciuman kasih sayang suami isteri iaitu di mulut.

* Ciuman kasih sayang kepada ulama' dan pemimpin yang adil menurut Islam iaitu di tangan.

Wasiat Rasulullah RAW

Daripada Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: Wahai Anas:

* Sentiasa pertahankan wudu' akan bertambahlah usiamu.
* Berilah salam kepada sesiapa yang kamu jumpa daripada umatku, akan bertambahlah kebaikanmu.
* Sentiasalah solat dhuha kerana ia adalah solat orang yang bertaubat. Seramai 15000 orang ahli sihir Firaun   telah beriman dengan Nabi Musa pada waktu dhuha.
* Berilah salam ketika memasuki rumah kamu, ia akan menambahkan keberkatan ahli keluargamu.
* Kasihanilah kanak-kanak dan hormatilah orang dewasa, kamu akan bersamaku (Rasulullah) di akhirat nanti.

SURAH AL-FATIHAH

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) 
Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Lima Amalan Yang Akan Membawa Kebahagiaan Di Dunia dan Akhirat

* Sentiasa menyebut kalimah sahadah pada setiap masa.

* Apabila mereka diuji dengan sesuatu bala' mereka akan berkata " Inna lillahi wa Inna Ilaihi Raajiuun"

* Apabila mereka mendapat sesuatu nikmat atau kesenangan maka berkata " Alhamdulillah "

* Apabila mereka memulakan sesuatu pekerjaan mereka membaca " Bismillah "

* Apabila mereka melakukan sesuatu dosa mereka mengucapkan kalimah "Istighfar"

Amalan Harian Mukmin Sejati

Menjadi seorang muslim cukup senang sekali, apabila seseorang itu mengucap dua kalimah sahaadah maka mereka telah dianggap sebagai seorang muslim, tetapi menjadi seorang mukmin memerlukan pengorbanan. Antara amalan harian yang patut dilakukan oleh seorang mukmin sejati adalah seperti berikut:

* Melakukan muhasabah diri setiap kali sebelum tidur. Hendaklah kita menghisab diri kita di dunia ini sebelum kita dihisab di hadapan Allah di akhirat nanti.

* Khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali sebulan.

* Melakukan ibadah puasa selain daripada puasa Ramadhan.

* Bangun 2/3 malam untuk melakukan solat sunat Tahajjud.

* Sentiasa menziarahi kubur supaya sentiasa mengingati mati.

* Mengingati Allah dalam keadaan sunyi lalu mengalir air mata kerana takutkan Allah.

* Sentiasa berzikir kepada Allah.

Perkara Yang Menyebabkan hati menjadi keras.

Perkara-perkara berikut menyebabkan hati kita menjadi keras:

* Makan dengar kadar berlebihan ( banyak)

* Tidur yang terlalu banyak.

* Terlalu banyak bercakap benda-benda yang tidak ada kaitan.

* Bercampur antara jantina tanpa batasan  agama

Amalan Kaum Nabi Luth Yang Masih Diamal Oleh Remaja Hari Ini

Ada empat amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Luth terdahulu, tetapi masih lagi diamalkan oleh remaja zaman moden ini. Kaum Nabi Luth melakukan amalan-amalan ini dengan tujuan untuk menarik perhatian kaum sejenis untuk melakukan perbuatan terkutuk yakni liwat. Amalan-amalan tersebut ialah:

*  Bersiul dengan mulut untuk menarik dam mengajak pasangannya untuk melakukan liwat.

*  Duduk atau lepak di tepi jalan dengan tujuan untuk memburu mangsa untuk melakukan perbuatan liwat. Rasulullah melarang umatnya daripada duduk di tepi jalan. Kalau perkara itu tidak dapat dielakkan maka hendaklah kita tunaikan hak-hak jalan iaitu: Tunduk pandangan, menutup pendengaran, menjawab salam dan memberi laluan.

*Membuka butang baju di bahagian dada. Kaum Nabi Luth membuka dada mereka untuk bermegah-megah dengan dada yang bidang, bulu dada dan untuk menarik perhatian pasangan mereka.

* Memakai seluar terlondeh hingga ke paras tulang punggung dengan tujuan untuk memperlihatkan dan menarik perhatian kaum sejenis.

P/S: Sesuatu budaya atau fesyen yang hendak diikut hendaklah dirujuk kepada orang lebih tahu tentang agama terlebih dahulu. Barulah selamat dunia dan akhirat.

Kelebihan Bersedekah

Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun. Kita harus faham bahawa rezki yang Allah s.w.t  berikan kepada kita bukanlah untuk kita seorang sahaja. Sebenarnya kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menjaga dan mengagihkan rezki tersebut untuk insan lain juga. Contohnya dalam slip gaji kita ada rezki orang lain. Apabila dapat duit maka kereta kita rosak maka ia adalah rezki orang bengkel, tengah bulan pula anak demam , maka ia rezki doktor, petang jumaat perg pasar malam, maka ia rezki penjaja, nak pergi kerja isi minyak, maka ia rezki pengusaha pam minyak. pegi KL lalu TOL( Tahan Orang Lalu), maka ia rezki PLUS. Sebab itu ulama' berpendapat rezki itu ialah apa yang kita pakai, guna, makan sahaja, adapun duit yang berjuta-juta yang kita sayang nak keluarkan , itu belum tentu duit kita, bila kita mati ia milik orang lain. Harta kita sebenarnya ialah duit yang kita infaq atau sedekah kepada jalan Allah s.w.t sahaja seperti sedekah kepada masjid, anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Ini kerana duit yang telah disedekahkan tersebut akan ditukarkan dalam bentuk pahala yang akan memberikan manfaat kepada kita di alam kubur dan seterusnya di akhirat nanti. Sebab itulah kita akan berkira untuk bersedekah RM10 kepada anak yatim berbanding dengan kita sanggup membelanjakan RM10 untuk meracun diri dengan membeli rokok, ini kerana syaitan akan cuba memujuk kita supaya tidak bersedekah kerana takut jadi papa. Percayalah setiap pagi Allah s.w.t utuskan dua malaikat yang berdoa:" Ya Allah kamu berikanlah ganti harta orang bersedekah dan kamu musnahkanlah harta orang yang bakhil." Orang berniaga yang hendak perniagaannya menjadi maju hendaklah ia bersedekah. Di sini saya akan berikan beberapa kebaikan bagi orang yang bersedekah:
 Kebaikan di dunia:
*  Membersihkan harta.
*  Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
*  Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
*  Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang   kaya.
*  Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:
*  Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
*  Sedekah akan meringankan  kiraan hisab nanti.
*  Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
*  Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
*  Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.

BACA, FAHAM, FIKIR DAN AMAL.

Pilihlah Perempuan Beragama

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikahwini seseorang perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya, pilihlah yang beragama maka kamu akan selamat di dunia dan akhirat.
 Tetapi haruslah  kita ingat bahawa sekiranya seseorang itu menghawini seseorang perempuan kerana hartanya maka tidak akan bertambah kekayaannya melainkan kemiskinan, Sekiranya ia berkahwin kerana kecantikannya maka tidak akan bertambah kecantikan seseorang itu kecuali ia menjadi semakin hodoh, Tidak ia berkahwin dengan seorang wanita kerana kedudukannya atau darjatnya , maka tidak akan bertambah kemuliaannya kecuali kehinaan, sebaliknya sekiranya ia berkahwinan kerana agama seseorang perempuan itu baik, maka ia akan bertambah baik agamanya.

Info Bersin

Kenapa kita perlu mengucap al-Hamdullillah ketika bersin. Tahukah anda bahawa apabila kita bersin maka jantung kita berhenti daripada berdetik. Kelajuan bersin ialah 100km/j. Sekiranya kita bersin dengan kuat maka ia boleh menyebabkan tulang rusuk kita patah. Sekiranya kta cuba memberhentikan bersin secara tiba-tiba maka ia akan membawa kepada pecahnya saluran darah di leher dan kepala yang berkemungkinan akan membawa kematian. Sekiranya kita membuka mata semasa bersin maka ada kemungkinan kita akan kehilangan dua biji mata yang disayangi kerana ia akan terkeluar daripada lubangnya. Perlulah diingatkan bahawa segala organ pernafasan, organ penghadzaman dan organ perkumuhan terhenti beberapa saat semasa bersin. Oleh itu ucaplah al-hamdullillah semasa bersin kerana Allah s.w.t masih lagi menyambung nafas kita.

Hak Seorang Muslim Yang Perlu Ditunaikan Oleh Sahabatnya.

Semua muslim itu adalah bersaudara tidak mengenal sempadan tempat, masa, keturunan, darjat dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka mestilah menunaikan hak saudara seagamanya. Antaranya ialah:

* Menjawab salam. Jawab salam adalah wajib walaupun memberi salam itu adalah sunat.

* Mengucap yarhamukalallah ( semoga Allah merahmati kamu ) kepada orang yang bersin.

* Menghadiri undangan (majlis) sekiranya tiada di dalamnya unsur-unsur maksiat.

* Menziarahi sahabat yang sakit.

* Mengiringi jenazah ke kubur.

Enam Perkara Membawa Ke Syurga

Rasulullah s.a.w meminta jaminan daripada umatnya supaya melakukan enam perkara maka Rasulullah s.a.w akan beri jaminan untuk umatnya masuk syurga.

* Benar dalam percakapan.

* Menepati janji.

* Menjaga atau menunaikan amanah.

* Menjaga kemaluan atau maruah diri.

* Menjaga mata yakni menahan pandangan daripada perkara-perkara yang Allah s.w.t larang.

* Menahan tangan daripada melakukan kezaliman atau melakukan larangan Allah s.w.t.

Mudah untuk dikata tetapi susah untuk dikota.

Wanita Lebih Mudah Untuk Masuk Syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Seseorang wanita sekiranya dia:

* Solat fardhu lima waktu.

* Puasa di Bulan Ramadhan.

* Jaga maruah diri yakni jaga kemaluan mereka daripada melakukan maksiat.

* Taatkan suami.

Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah syurga dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki.

Sebab-Sebab Hati Menjadi Keras

Apabila hati seseorang itu sudah menjadi keras, maka ia susah hendak memahami dan mengamalkan tuntutan agama, malahan mereka tidak akan menerima kebenaran walaupun mereka mengetahui hakikat kebenaran itu sebagai contoh betapa ramai orang tidak solat walaupun mereka mengetahui kewajipan solat tersebut. Betapa ramai remaja yang mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai sedangkan mereka mengetahui kewajipan menutup aurat. Antara sebab kerasnya hati seseorang itu ialah:


* Tertipu dengan keseronakan dan tipu daya dunia yang sementara sahaja. Orang yang kurang cerdik akan menjadikan dunia sebagai matlamat kehidupan mereka. Sedangkan dalam Islam matlamat kehidupan seseorang individu itu ialah akhirat yakni untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata.

* Silap memilih kawan sehingga mereka berkawan dengan orang-orang fasik. Seseorang itu akan berada pada agama kawannya. Sekiranya ia berkawan dengan penjual minyak atar maka sekurang-kurangnya ia juga akan berbau wangi, begitu juga sekiranya ia berkawan dengan tukang besi sekurang-kurangnya ia akan terkena percikan bunga api.

* Berterusan melakukan maksiat atau dosa tanpa ada usaha untuk bertaubat. Setiap kali seseorang itu melakukan satu dosa maka Allah akan titikkan satu titik hitam pada hatinya. sekiranya ia bertaubat maka titik hitam itu akan ditarik balik, tetapi sekiranya ia tidak bertaubat maka pada akhirnya seluruh hatinya akan dilitupi oleh kegelapan lalu ia pun tidak nampak kebenaran atau hidayah yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t buat hamban-Nya.

Kelebihan-Kelebihan Rasulullah S.A.w

Kelebihan - kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan kepada Rasulullah s.a.w dan tidak diberikan kepada nabi-nabi terdahulu ialah:

* Allah s.w.t telah membuat perjanjian dengan nabi-nabi terdahulu supaya beriman dan menolong Rasulullah s.a.w. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah ali Imran : 81.

* Kerasulan baginda adalah untuk semua manusia berbanding dengan nabi terdahulu khusus untuk kaumnya sahaja , sebagimana firman Allah s.w.t dalan surah Saba' : 28.

* Rasulullah adalah rasul yang terakhir dan tiada lagi rasul selepas Baginda. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab:40.

* Rasulullah diutuskan untuk memberi kerahmatan kepada seluruh alam termasuk muslim,kafir, haiwan , alam sekitar dan lain-lain lagi. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Ambia': 107.

* Mukjizat Rasulullah s.a.w iaitu berkekalan sehingga hari kiamat, sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Hijr : 9.

* Allah menganugerahkan jawami' al-kalam ( lafaz yang ringkas tetapi makna yang luas ) kepada Rasulullah s.a.w.

ISLAM BUKAN AGAMA BERBENTUK RETORIK, SIMBOLIK ATAU MAJAZ


Pada zaman moden ini agama diambil sebagai simbol atau budaya semata-mata. Manusia akan menggunakan agama ketika ia perlu sahaja dan akan mencampakkannya apabila agama sudah tidak mendatangkan apa-apa keuntungan duniawi mereka. Islam hanya sebagai kulit atau tempelan semata-mata. Islam pada namanya sahaja tetapi pada hakikatnya mereka amat membenci, memusuhi dan menganggap Islam menyekat pembangunan negara dan kebebasan individu. Konsep ibadah juga telah disempitkan dan disalahertikan kepada ibadah-ibadah khusus ( Fardhu Ain ) semata-mata seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain. Contoh Islam sebagai retorik:

* Negara Islam: Negara Islam hanya pada namanya sahaja tetapi daripada segi perundangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan segala urusan di dalam negara tersebut masih lagi mengamalkan sistem jahiliah yang berkiblatkan sistem kuffar.

* Individu Muslim: Islamnya seseorang individu itu pada masa kini adalah terletak pada namanya sahaja seperti Ahmad, Abdullah, Mustofa dan sebagainya, tetapi hakikatnya ada di antara umat Islam pada ramai yang tidak solat, tidak tutup aurat, tidak pandai membaca al-Quran, tidak boleh mengucap dua kalimah sahadah, bergaul bebas, berzina tanpa menghiraukan batas-batas agama.

* Masjid hebat tersegam indah tetapi malangnya orang tidak mahu datang solat berjamaah di masjid walaupun Allah s.w.t telah menawarkan berbagai-bagai insentif akhirat kepada mereka. Masjid dijadikan sebagai tempat perlancongan di hujung minggu bersama keluarga untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sahaja. Imam, bilal dan AJK masjid sendiri pun tidak memahami peranan masjid yang sebenar. Cuba kita kaji masjid di Zaman Rasulullah s.a.w, masjid adalah pusat pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sebagainya, bukan khusus untuk solat sahaja.

* Perkahwinan juga banyak menggunakan Islam sebagai retorik seperti upacara akad nikah dilakukan di masjid sedangkan pengantin tidak pernah solat pun, mas kahwin sebuah al-Quran sedangkan si pengantin tidak pandai atau tidak pernah baca al-Quran. Selesai upacara akad nikah maka kenduri kahwin dihidupkan dengan lagu-lagu yang melalaikan, percampuran lelaki perempuan yang tidak terkawal, solat ditinggalkan kerana sibuk melayan tetamu. Tuan rumah pula pakai baju melayu dan tidak berganjak kemana-mana kerana mengharapkan tetamu yang datang dengan membawa wang. Kenduri kahwin bukan lagi satu majlis untuk mengumumkan perkahwinan tetapi telah bertukar menjadi satu perniagaan.

* Al-Quran hanya dilagu-lagukan sahaja tanpa mengetahui makna dan mengamalkanya. Ayat-ayat al-Quran digantung di dinding-dinding untuk tujuan perhiasan, menghalau setan, melariskan jualan dan perubatan sahaja tanpa dijadikan panduan dan amalan kehidupan. Orang yang hendak menegakkan al-Quran dan Sunnah dianggap sebagai golongan taasub agama dan pelampau.

* Majlis-majlis perpisahan atau tahunan dimulakan dengan doa selamat untuk memohon keberkatan dari Tuhan tetapi di dalamnya diselitkan dengan unsur-unsur hiburan yang tidak bersesuaian dengan Islam seperti nyanyaian dan tarian dengan alasan sekadar hiburan sambil makan. Budaya ini berterusan , tiada yang perasan dan melarang. Sedarlah wahai insan, berubahlah sekarang sebelum Tuhan turunkan balasan. Pada masa itu tidak guna lagi segala tangisan, kerana nasi sudah menjadi bubur, walaupun bubur masih lagi boleh dimakan.

* Sambutan hari-hari kebesaran Islam dijalankan dengan begitu meriah sekali. Contohnya Maulidur Rasul disambut di jalan-jalan , ada perarakan , ada pertandingan, ada yang kalah, ada yang menang, berapa kerat yang dapat pengajaran. Cintakan rasul bukan sekadar ditunjuk-tunjuk di tengah jalan tetapi ia perlu direalisasikan dengan ikutan, perbuatan , keimanan dan amalan bukan sekadar sorakan.Sekian, harap dapat pengajaran. Sebarang penambahan dialu-alukan.

Antara Keredhan dan Kemarahan Allah S.W.T


Seungguhnya Allah s.w.t suka kepada tiga perkara dan murka kepada tiga perkara.

Perkara yang Allah s.w.t redha:

* Sesungguhnya Allah s.w.t  redha kepada hamba yang menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu yang lain.

* Sesungguhnya Allah s.w.t redha kepada hamba-Nya yang berpegang teguh dengan tali Allah dan tidak berpecah-belah.

* Sesungguhnya Allah s.w.t redha kepada orang yang sanggup menasihati pemimpin yang telah diberikan kuasa memerintah supaya ia memerintah ke jalan yang benar.Sesungguhnya berkata benar di hadapan seorang raja yang zalim adalah merupakan jihad.

Perkara yang Allah s.w.t murkai:

* Allah membenci orang yang banyak bercakap yakni bercakap dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah. Antara alamat kebaikan seseorang muslim itu ialah ia meninggalkan apa yang tidak ada kaitan dengannya.

* Allah membenci oarng yang banyak bertanya. lebih-lebih lagi sekiranya tujuan ia bertanya ialah hendak menjatuhkan marwah guru atau orang lain atau sekadar untuk menguji ilmu seseorang sedangkan ia telah mengetahui jawapannya.

* Allah membenci orang yang membazir atau mensia-siakan harta benda, sedangkan ia merupakan amanah Allah kepada seseorang untuk dibelanjakan kepada jalan Allah s.w.t. Segala harta di dunia ini adalah bukan milik kita tetapi ia hanya satu amanah yang perlu kita jaga dan diagihkan kepada yang berhak.

Nasihat Buat Teman Muslim

* Bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T di tempat terang mahupun tempat tersembunyi. Takutkan Allah seolah-oleh kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak melihat-Nya maka Dia melihat kamu di mana sahaja kamu berada.



* Ikutilah sunnah Rasulullah S.A.W kerana Baginda merupakan idola bagi seluruh umat Islam.Kita mesti mencontohi segala perbuatan, percakapan dan ajaran yang telah dibawa oleh Baginda.




* Hendaklah kira redha dan bersyukur dengan segala rezki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T samada sedikit atau banyak. sekiranya  kita bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan maka Allah S.W.T akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita.


* Sentiasa kembali kepada Allah S.w.t dalam apa jua urusan samada urusan duni mahupun urusan akhirat.


* Menjauhi segala larangan Allah S.W.T yakni maksiat dan elakkan diri daripada sahabat-sahabat yang boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat.

Ingatlah Mati

Barangsiapa banyak mengingati mati maka ia akan dimuliakan dengan tiga perkara.

* Segera bertaubat di atas segala dosa yang telah dilakukan.
* Sentiasa besifat dengan sifat qanaah yakni hati yang redha dengan pemberian Allah S.W.T.
* Sentiasa rajin dan cergas untuk berbuat ibadah kepada Allah S.W.T.

Barangsiapa yang melupai dari mengingati mati , maka ia akan ditimpa dengan tiga perkara pula.

* Malas dan menangguh untuk bertaubat pada masa akan datang yang belum pasti.
* Tidak redha dan tidak berpuas hati dengan nikmat yang telah Allah kurniaan kepadanya.
* Malas untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T

Mati tidak kira di mana saja


Walaupun sedang berceramah tetapi kematian itu tetap datang walaupun di khalayak ramai. Biarlah kita sentiasa mengingati mati dan semoga kita mati dalam keadaan husnul khatimah. Ambillah iktibar....

Anjing pun pandai jawab azan


Di akhir zaman ini, remaja melayu muslim tidak mempeduli bunyi azan terutamanya azan maghrib. Mereka meneruskan permainan mereka di padang bola, sepak takrow tanpa mempedulikan azan maghrib yang telah dikumandangkan, sedangkan binatang yang bergelar anjing pun pandai menghormati azan. Fikirlah sendiri siapa yang lebih beriman dan takutkan Allah S.W.T.

Perkara-perkara yang perlu semasa menuntut ilmu

Menuntut ilmu adalah merupakan fardhu a'in keatas setiap individu muslim. Bersesuaian dengan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengesa hamba-Nya menuntut ilmu dengan kalimah Iqra' yang bermaksud bacalah oleh mu wahai Muhammad. Walaupun ayat ini diturunkan kepada Rasulullah  S.A.W tetapi perintahnya merangkumi semua umat Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T ketika kita menuntut ilmu , maka kita perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

* Niat yang ikhlas: Kita hendaklah berniat menuntut ilmu untuk mencari keredhaan Allah S.W.T semata-mata, barulah kita akan mendapat ganjaran pahala daripada-Nya. Barangsiapa yang berkehendakkan kebaikan dunia maka hendaklah ia mencari ilmu, barangsiapa yang hendak kebaikan akhirat , maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang hendak kebaikan dunia dan akhirat juga hendaklah dengan ilmu.

* Meninggalkan maksiat: Maksiat merupakan penghalang kepada proses penerimaan ilmu pengetahuan , istemewanya ilmu agama. Ini boleh digambarkan melalui satu analogi iaitu: " Manusia seperti cermin, ilmu seperti cahaya dan maksiat seperti debu, bagaimana cahaya hendak menyinari cermin kalau cermin ditutupi oleh debu yang tebal". Oleh itu untuk mendapat manfaat ilmu , maka seseorang itu mestilah menyucikan dirinya terlebih dahulu daripada perkara-perkara maksiat.

* Tidak berbangga-bangga dengan ilmu yang ada. Tujuan kita menuntut ilmu adalah untuk menghapuskan kejahilan bukan bertujuan untuk memperkecilkan orang lain atau untuk berdebat untuk menentukan siapa yang lebih hebat. Namun begitu boleh berdebat untuk menegakkan kebenaran agama Allah S,W.T.

* Beramal dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi. Sangatlah besar dosa disisi Allah S.W.T bagi seseorang yang dia mengatakan apa yang dia sendiri tidak mengamalkan. Di akhirat nanti ada satu golongan manusia yang akan mengheret perutnya ke sana-ke mari di tengah khalayak. Lalu orang bertanya apakah yang telah dilakukan. Maka orang inilah ulama' yang pandai bercakap sahaja tanpa mengamalkannya.

* Menghormati guru. Guru telah mengambil tugas sebagai rasul. Kalau rasul menyampaikan agama kepada manusia , maka guru pula menyampaikan ilmu kepada pelajar. Menghormati guru adalah merupakan faktor utama yang boleh mendatangkan keberkatan kepada pelajar tersebut. Imam as-Shafie tidak pernah tidur menghulurkan kakinya ke arah rumah gurunya kerana menghormati kedudukan seorang tuan guru.

* Amanah dengan ilmu. Seseorang yang diberi nikmat ilmu yang banyak mestilah amanah dengan ilmu yang telah mereka dapati. Ilmu itu hendak disampaikan apabila diminta oleh muridnya. Mereka juga mestilah bercakap benar walaupun pahit. Seorang ulama' yang membisukan dirinya daripada menyatakan kebenaran kerana menjaga kepentingan kedudukan, harta dan sebagainya maka ia akan dibangkitkan sebagai seekor syaitan bisu.

* Tidak mempelajari ilmu-ilmu yang bertentangan dengan Islam. Kita diwajibkan menuntut ilmu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam sahaja. Adapun belajar ilmu hitam, belajar menipu, belajar mencuri belajar cara-cara hendak memujuk perempuan untuk dijadikan girl friend dan sebagainya maka ia adalah tidak dibolehkan dalam Islam.

* Tidak meninggalkan kewajipan fardhu a'in. Semasa proses menuntut ilmu , kita tidak boleh mengabaikan kewajipan asas seperti solat, puasa, menjaga batasan pergaulan, menjaga aurat dan sebagainya.Sekiranya kita meninggalkan kewajipan tersebut maka kita tidak akan mendapat pahala dan proses belajar tersebut tidak dikira sebagai ibadat malahan akan mendapat dosa pula.

* Bersabar dalam menuntut ilmu. Menuntut ilmu memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan samada berbentuk dugaan harta, masa, masalah peribadi, masalah keluarga dan sebagainya. Oleh kerana belajar juga  merupakan satu ibadah , maka sudah tentu ia tidak akan terlepas daripada halangan , godaan serta bisikan syaitan. Oleh sebab itu seorang pelajar perlulah bersabar menempuhi segala mehnah dan tribulasi tersebut.

Amalan untuk kebahagiaan keluarga

Untuk membina sebuah keluarga memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih serta bersungguh-sungguh. Ada beberapa faktor yang boleh membawa kepada kebahagian kehidupan berkeluarga.

 * Taa'ruf: Pasangan suami isteri haruslah mengenali antara satu sama lain kerana mengenali pasangan dengan lebih dekat antara faktor penting yang membawa kebahagian keluarga. Kita harus mengenali apakah kesukaan, kebencian, makanan kesukaan, perlakuan yang disukai dan dibenci oleh pasangan kita. Dengan pengetahuan yang ada , maka boleh pasangan tersebut melakukan apa yang disenangi dan menjauhi apa yang dibenci oleh pasangan masing-masing.


* Thafahum: Yakni suami dan isteri haruslah saling faham memahami antara satu sama lain. Memahami perasaan, kehendak, keinginan dan hasrat masing-masing.

* Tharahum: Yakni suami dan isteri haruslah menyanyangi antara satu sama lain. Saling cinta-mencintai. Wujudkan suasana kasih sayang yang setia dan tidak berbelah bahagi. Mestilah hormat-menghormati pandangan masing-masing. Perbincangan yang berlaku mestilah dengan penuh kasih sayang bukannya perasaan benci dan dendam. Cuba berfikir secara lebih rasional.

* Thaa'wuun : Suami dan isteri mestilah tolong-menolong dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan masalah atau tugasan rumah tangga. Sekiranya suami keluar mencari rezki, maka isteri menolong suami menguruskan hal rumah tangga dan menjaga anak-anak dengan baik.

* Tharbiah: Yakni didikan, mendidik isteri dan anak-anak dengan ilmu agama adalah menjadi tugas seorang suami. Suami akan dipersoalkan oleh Allah SWT di padang mahsyar nanti dengan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya. Sekiranya isteri dan anak-anak tidak menutup aurat, tidak solat dan tidak melakukan kewajipan terhadap Allah SWY, maka suamilah orang yang pertama akan dipertanggungjawabkan.

Tiga Perkara Yang Perlu Dilakukan Setiap Hari


* Mempertingkatkan keimanan.

   Sebagai seorang mukmin kita mestilah sentiasa memperbaharui serta memperetingkatkan keimanan kita dari   ke semasa kerana menurut Immam Ibn Kathir bahawa iman seseorang itu boleh bertambah dan berkurang.   Kita boleh menambahkan keimanan kita dengan memperbanyakkan solat berjamaah, membaca al-Quran ,  solat sunat dan lain-lain.





* Mempertingkatkan Ilmu.
   Ilmu kita boleh dipertingkatkan dengan mendampingi ulama', menghadiri majlis-majlis ilmu, mengadakan
   perbincangan ilmiah dengan kawan-kawan, membaca buku, membuat kajian. Menuntunt ilmu agama itu
   adalah fardhu ain. Oleh sebab itu ayat pertama diturunkan ialah mengenai membaca.

* Mempertingkatkan Kebajikan.
   Amal kebajikanlah yang akan memberi mamfaat kepada kita di hari Akhirat nanti, harta yang bertimbun -
   timbun tidak akan memberi mamfaat kepada kita walau sedikit pun sekiranya ia disimpan dan tidak
   dimamfaatkan atau diinfaqkan ke jalan Allah seperti bersedekah kepada perjuangan Islam, anak-anak
    yatim yang miskin, orang yang belajar ilmu agama dan lain-lain. Ketahuilah harta kita yang sebenar ialah
   bukan harta yang tersimpan di dalan bank sebaliknya ia adalah harta yang telah kita sedekahkan kepada
  jalan Allah atau kepada orang lain yang akan ditukar menjadi pahala di akhirat nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...