Apabila hati seseorang itu sudah menjadi keras, maka ia susah hendak memahami dan mengamalkan tuntutan agama, malahan mereka tidak akan menerima kebenaran walaupun mereka mengetahui hakikat kebenaran itu sebagai contoh betapa ramai orang tidak solat walaupun mereka mengetahui kewajipan solat tersebut. Betapa ramai remaja yang mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai sedangkan mereka mengetahui kewajipan menutup aurat. Antara sebab kerasnya hati seseorang itu ialah:
* Tertipu dengan keseronakan dan tipu daya dunia yang sementara sahaja. Orang yang kurang cerdik akan menjadikan dunia sebagai matlamat kehidupan mereka. Sedangkan dalam Islam matlamat kehidupan seseorang individu itu ialah akhirat yakni untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata.
* Silap memilih kawan sehingga mereka berkawan dengan orang-orang fasik. Seseorang itu akan berada pada agama kawannya. Sekiranya ia berkawan dengan penjual minyak atar maka sekurang-kurangnya ia juga akan berbau wangi, begitu juga sekiranya ia berkawan dengan tukang besi sekurang-kurangnya ia akan terkena percikan bunga api.
* Berterusan melakukan maksiat atau dosa tanpa ada usaha untuk bertaubat. Setiap kali seseorang itu melakukan satu dosa maka Allah akan titikkan satu titik hitam pada hatinya. sekiranya ia bertaubat maka titik hitam itu akan ditarik balik, tetapi sekiranya ia tidak bertaubat maka pada akhirnya seluruh hatinya akan dilitupi oleh kegelapan lalu ia pun tidak nampak kebenaran atau hidayah yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t buat hamban-Nya.
0 comments:
Post a Comment