Untuk membina sebuah keluarga memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih serta bersungguh-sungguh. Ada beberapa faktor yang boleh membawa kepada kebahagian kehidupan berkeluarga.
* Taa'ruf: Pasangan suami isteri haruslah mengenali antara satu sama lain kerana mengenali pasangan dengan lebih dekat antara faktor penting yang membawa kebahagian keluarga. Kita harus mengenali apakah kesukaan, kebencian, makanan kesukaan, perlakuan yang disukai dan dibenci oleh pasangan kita. Dengan pengetahuan yang ada , maka boleh pasangan tersebut melakukan apa yang disenangi dan menjauhi apa yang dibenci oleh pasangan masing-masing.
* Thafahum: Yakni suami dan isteri haruslah saling faham memahami antara satu sama lain. Memahami perasaan, kehendak, keinginan dan hasrat masing-masing.
* Tharahum: Yakni suami dan isteri haruslah menyanyangi antara satu sama lain. Saling cinta-mencintai. Wujudkan suasana kasih sayang yang setia dan tidak berbelah bahagi. Mestilah hormat-menghormati pandangan masing-masing. Perbincangan yang berlaku mestilah dengan penuh kasih sayang bukannya perasaan benci dan dendam. Cuba berfikir secara lebih rasional.
* Thaa'wuun : Suami dan isteri mestilah tolong-menolong dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan masalah atau tugasan rumah tangga. Sekiranya suami keluar mencari rezki, maka isteri menolong suami menguruskan hal rumah tangga dan menjaga anak-anak dengan baik.
* Tharbiah: Yakni didikan, mendidik isteri dan anak-anak dengan ilmu agama adalah menjadi tugas seorang suami. Suami akan dipersoalkan oleh Allah SWT di padang mahsyar nanti dengan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya. Sekiranya isteri dan anak-anak tidak menutup aurat, tidak solat dan tidak melakukan kewajipan terhadap Allah SWY, maka suamilah orang yang pertama akan dipertanggungjawabkan.
0 comments:
Post a Comment