twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Mengumpat Yang Diharuskan

Mengumpat ialah menceritakan keburukan seseorang kepada seseorang lain tanpa kehadiran orang yang diumpat dan sekiranya ia mengetahuinya maka ia akan memarahinya. Ia adalah merupakan salah satu dosa besar dan ia tidak akan terampun kecuali orang yang mengumpat meminta maaf kepada orang yang diumpat terlebih dahulu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 12, maksudnya :" Dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang dan janganlah mempergunjingkan satu sama lain. Adakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati.?". Sewaktu malam Isra' dan mikraj Rasulullah s.a.w telah dipertontonkan dengan seseorang yang memakan daging kawannya, lalu Baginda bertanyakan jibril tentang hal itu, lalu Jibril a.s menjawab bahawa itulah golongan yang suka mengumpat orang lain. Namun begitu ulama' telah mengecualikan beberapa perkara daripada mengumpat iaitu:

* Orang yang dizalimi menceritakan bagaimana ia telah dizalimi oleh seseorang kepada pihak atau individu yang mampu untuk menghapuskan kezaliman tersebut.

* Menceritakan keburukan atau maksiat yang telah dilakukan oleh seseorang kepada pihak atau individu yang berkuasa atau bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran tersebut.

* Menceritakan keburukan atau sesuatu peristiwa kepada khadi,mufti,ustaz atau pihak yang boleh menjelaskan tentang hukum - hakam dalam sesuatu urusan.( Meminta fatwa).

* Menceritakan kemungkaran, keburukan atau kezaliman yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain dengan niat untuk memberi amaran atau nasihat supaya ia tidak terjebak, tertipu atau terlibat dalam perkara tersebut.

* Mencerita sesuatu keburukan , kecacatan atau gelaran seseorang kepada seseorang lain dengan tujuan untuk memperkenalkanya seperti hitam, pendek, gemuk dan sebagainya.

* Menceritakan kemungkaran yang telah diketahui umum seperti seseorang yang telah diketahui umum dengan kaki botol, kaki judi, kaki perempuan ,kaki penipu, tidak puasa , tidak solat dan sebagainya supaya manusia berhati-hati dengannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...