Sekumpulan lelaki telah bertanya kepada Ibrahim Adham. Kenapa kita berdoa kepada Allah tetapi Allah tidak menjawab permintaan kita sedangkan Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: " Berdoalah kamu kepadaKu akan Ku makbulkan." Maka Ibrahim al-Adham pun menjawab: "Hati kamu mati". Lalu mereka bertanya lagi: " Apakah yang menyebabkan hati mati". Lalu Ibrahim Adham menjawab:" Hati kamu mati disebabkan oleh sepuluh perkara."
* Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak Allah s.w.t
* Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan suruhannya.
* Kamu mendakwa mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu meninggalkan sunah Baginda.
* Kamu mengatakan kamu takut mati tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
* Kamu mengatakan bahawa syaitan itu musuhmu tetapi kamu tetap melakukan maksiat(suruhan syaitan)
* Kamu mengatakan bahawa kamu takutkan neraka tetapi kamu masih mengamalkan yang menyebabkan masuk neraka.
* Kamu mengatakan kamu mencintai syurga tetapi tidak berusaha untuk mendapatkannya.
* Kamu makan nikmat Allah tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmatNya.
* Kamu mengebumikan jenazah tetapi tidak pernah mengambil iktibar atau pengajaran daripadanya.
* Kamu menyembunyikan keaipan dirimu tetapi suka membuka keaipan orang lain.
Maka Allah s.w.t murka dengan kamu, bagaimana doa kamu hendak dimakbulkan.
0 comments:
Post a Comment