twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Amalan Yang Menyelamatkan Seseorang Daripada Azab


Daripada Said bin Musaiyyab daripada Abd. Rahman bin Samrah r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah keluar ke Masjid Madinah dan berkata:
"Semalam aku bermimpi perkara yang pelik."

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki daripada umatku, telah datang kepadanya malaikat maut untuk mencabut rohnya tetapi telah diselamatkan oleh amalannya yang berbuat baik dengan ayah dan ibu.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang dibentangkan dengan azab kubur lalu datanglah wudu'nya dan menyelamatkannya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku diganggu oleh syaitan maka datanglah zikir lalu menyelamatkannya dari gangguan tersebut

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku sedang diazab oleh malaikat azab maka datanglah solatnya lalu menyelamatkannya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang dahaga , setiap kali dia hendak menghampiri kolam untuk minum maka ia dihalang maka datanglah puasanya dan memberi minum kepadanya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang cuba menghampiri halaqah yang terdiri daripada para nabi tetapi ia terhalang lalu datanglah pahala mandi junubnya lalu membawanya dekat nabi.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang dikeliling dengan kegelapan lalu datanglah haji dan umrahnya dan membawa keluar dari kegelapan itu dan masuk ke dalam cahaya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku bercakap dengan golongan mukmin lain tetapi ia tidak dilayan maka datanglah silaturrahim lalu memerintahkan mereka semua bercakap dengannya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku sedang menahan api neraka dengan tangannya daripada terkena muka lalu datanglah sedekahnya menyelamatkanya daripada api neraka tersebut.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang hendak dibawa oleh malaikat zabaniah untuk dimasukkan kedalam neraka lalu datanglah amal maaruf dan nahi munkar yang telah dia lakukan dan membawanya kepada malaikat rahmat.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang sedang melutut tetapi ada hijab antaranya dengan Allah s.w.t maka datanglah akhlak mulia lalu membawanya kepada Allah s.w.t

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang menerima suratan amalan dengan tangan kiri lalu datanglah sifat takutnya kepada Allah lalu ditukarkan kepada tangan kanan.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang ringan timbangannya lalu datang kepada mereka anak mereka yang mati sewaktu kecil lalu memberatkan timbangannya.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang sedang diazab di dalam neraka lalu datanglah air mata takutnya kepada Allah s.w.t lalu mengeluarkan daripada api neraka.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang berdiri di atas titian sirat lalu dipukul ribut seperti daun pohon kurma lalu datang sangka baiknya dengan Allah s.w.t lalu menenangkan keadaan dan berlalu.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang menghadapi kesulitan untuk meniti titian sirat untuk menuju kesyurga lalu datanglah solatnya lalu membawanya melintasi titian sirat dengan senang.

* Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang apabila sampai di pintu syurga tetapi pintunya tertutup lalu datang sahadahnya lalu dibuka pintu syurga dan masuk ke dalamnya.

Hadith dikeluarkan oleh at-Termizi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...