Seseorang yang beriman dan bertaqwa menganggap sesuatu dosa kecil itu seperti sebuah bukit yang tidak mampu untuk ditanggungnya tetapi seseorang yang fasik menganggap sesuatu dosa besar itu sebagai seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya yang boleh dihalau atau dihilangkan bila-bila masa sahaja. Dosa yang paling tinggi ialah dosa syirik, yang kedua terbesar ialah dosa melakukan perkara bida'ah dan dosa yang ke tiga ialah dosa melakukan maksiat. Adapun dosa besar itu ialah dosa yang dijelaskan secara nyata di dalam al-quran dan hadith, tetapi dosa kecil pula ialah dosa yang tidak dijelas secara terperinci di dalam al-quran dan hadith. Dosa besar hanya akan diampunkan oleh Allah s.w.t melalui taubat Nasuha adapun dosa kecil boleh gugur dengan mengambil wudu', membaca al-quran, azan dan sebagainya. Dosa kecil pula boleh bertukar menjadi dosa besar dengan sebab-sebab berikut:.
* Dosa kecil itu dilakukan secara berterusan dan tiada niat untuk bertaubat.
* Memandang remeh dengan dosa yang dilakukan.
* Merasa bangga dan aman dengan dosa yang dilakukan.
* Memandang mudah apabila kesalahannya dilindungi oleh Allah s.wt dari pengetahuan umum.
* Melakukan sesuatu dosa dan memperlihatkannya kepada umum.
* Sekiranya pelaku dosa tersebut adalah seorang alim atau pemimpin yang memberi pengaruh kepada umum.
0 comments:
Post a Comment