twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Kaifiyat Taubat Nasuha

Setiap manusia pasti akan buat silap atau dosa. Orang yang sempurna ialah bukan orang yang tidak pernah melakukan dosa tetapi orang yang sempurna ialah orang yang apabila ia melakukan dosa maka ia terus bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya manusia itu jenis makhluk yang tidak melakukan sedikit dosa sekalipun iaitu seperti malaikat, maka Allah akan mencipta makhluk lain yang melakukan dosa kemudian mereka bertaubat kepada Allah s.w.t. Allah itu sangat merindui suara hamba-Nya yang meminta keampunan dan bertaubat daripada-Nya.. Oleh sebab itu marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah s.w.t di atas segala dosa yang telah kita lakukan. Marilah kita bertaubat dengan Taubat Nasuha. Taubat Nasuha ialah taubat yang bersungguh-sungguh , sepenuh jiwa dan raga bukan taubat sambal belacan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat Nasuha ".

Syarat - Syarat Taubat Nasuha:

- Menyesali segala perbuatan atau dosa yang telah kita lakukan.

- Segera meninggalkan segala dosa tersebut tanpa bertangguh lagi.

- Berazam dengan sepenuh hati atau bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi dosa tersebut.

- Sekiranya dosa tersebut berkaitan dengan hak manusia maka hendaklah dikembalikan hak mereka atau meminta maaf di atas kesalahan yang telah kita lakukan kepada mereka.

- Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melipat gandakan amalan soleh seperti membaca al-Quran, solat sunat, puasa sunat, bersedekah , menolong orang lain dan sebagainya.

- Taubat itu hendaklah ikhlas kerana Allah s.w.t  bukan kerana takutkan manusia atau ingin menunjuk-nunjuk sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...