Islam adalah satu-satunaya agama yang diterima oleh Allas s.w.t. Hanya senya agama yang diterima disisi Allah ial Islam. Barang siapa yang mencari atau menganuti selain daripada agama Islam maka Allah tidak akan menerimanya dan ia di akhirat nanti pasti rugi. Seperti kata-kata Saidina Umar r.a : " Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam maka kita akan dihina oleh Allah s.w.t.
Di antara kesempurnaan Islam itu seperti berikut:
* Islam adalah agama yang menjaga kepentingan semua manusia walaupun non-muslim.
* Islam menitik berat dunia dan akhirat.
* Islam menitik berat rohani dan jasmani.
* Islam memenuhi tuntutan hidup dan tuntutan perintah Allah.
* Islam ialah agama fitrah yakni agama yang selaras dengan naluri semula jadi manusia..
* Islam adalah agama yang berlaku adil kepada semua bangsa dan jantina.
* Persaudaraan dalam Islam berdasarkan ikatan akidah bukan kepada keturunan,kasta, suku, bangsa, status ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Umat Islam adalah satu di seluruh dunia.
2 comments:
assalamualaikum ust..saya da baca post2 ust yang lepas2 dan tertarik ngan ayat ini..
'Aku bermimpi tentang seorang lelaki dari kaumku yang ringan timbangannya lalu datang kepada mereka anak mereka yang mati sewaktu kecil lalu memberatkan timbangannya'
saya nak tanya...apakah jika ayahnya banyak dosa,dia selamat dari azab neraka kerana ada anaknya yang mati ketika kecil?apakah keistimewaan ank kecil yang meninggal?maksud kecil disini adalah budak belum baligh atau budak yang meninggal sebelum melakukan dosa(meninggal ketika lahir)?apakah ibunya juga mendapat kebaikan yang sama dengan ayahnya dari anak kecil tersebut?....terima kasih ust.. :)
Anak yang mati sebelum baligh akan dapat memberi syafaat kepada ke dua ibu bapanya untuk masuk syurga tapi ibu bapanya juga mestilah orang mukmin
Post a Comment