" Di dalam dir manusia itu ada segumpal daging, sekiranaya baik daging itu maka baiklah keseluruhan tubuh itu, sekiranya buruk daging itu maka rosaklah seluruh tubuh itu, daging itu adalah hati kita"
Hati manusia boleh diumpamakan seperti sebidang tanah , ada tanah yang kering kontang tidak ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan, ada tanah yang ditumbuhi oleh pokok-pokok yang tidak memberi manfaat seperti pokok beracun dan berduri serta hutan tebal yang tidak mendatangkan hasil malahan ia memberi kemudharatan kerana ia dihuni oleh binatang buas dan berbisa. Ada pula tanah yang subur yang ditumbuhi dengan tumbuhan yang memberi manfaat kepada tuanya seperti pokok durian, rambutan dan sebagainya. Begitulah bayanganya hati manusia.
Jenis-jenis hati:
1. Hati yang mati, tidak menerima sebarang nasihat dan tidak mahu berubah tetap enggan untuk mengikut hukum Allah.
2. Hati yang sakit, dipenuhi dengan penyakit hati seperti hasad dengki, riak , sombong dan sebagainya yang mana penyakit ini akan memberi kesan buruk kepada tuan empunya badan dan kepada orang lain juga.
3. Hati yang baik, mentaati perintah Allah dan menjahui segala larangan serta maksiat kepada Allah. Maka berbahagialah tuanya di duni adan akhirat.
0 comments:
Post a Comment