twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Lima Perkara Untuk Mendapat Lima Perkara

Sesiapa yang melakukan lima perkara ini nescaya ia akan mendapat lima perkara lain daripada Allah s.w.t:

1. Sesiapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t anugerahkan kepada mereka, maka Allah s.w.t akan menambahkan lagi rezki atau nikmatnya.

2. Sesiapa yang bersabar dengan ujian,cubaan,mehnah atau tribulasi yang telah diuji oleh Allah s.w.t kepadanya, maka ia akan mendapat pahala yang sangat besar daripada Allah. Barangsiapa yang bersabar daripada melakukan perkara-perkara maksiat maka ia akan mendapat 300 darjat. Barangsiapa yang bersabar untuk melakukan ibadat , maka ia akan mendapat 600 darjat dan barangsiapa yang bersabar dengan ujian Allah (bala'), maka ia akan mendapat 900 darjat.

3. Sesiapa yang bertaubat( taubat nasuha) di atas kesalahan yang telah mereka lakukan , maka Allah akan memberikan keampunan kepada mereka.

4. Sesiapa yang meminta dengan Allah (berdoa) , maka Allah akan menerima doa mereka (maqbul).

5. Sesiapa yang membelanjakan rezki mereka kepada jalan Allah ( sedekah) maka Allah akan mengantikan baginya dengan rezki yang lebih baik dan berkat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...