twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Tujuh Golongan Yang Dilindung Allah Di Padang Mahsyar

Sabda Rasulullah s.a.w : Tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah s.w.t di bawah naungan-Nya di Padang Mahsyar pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan-Nya sahaja. Mereka itu ialah :>

1. Pemimpin yang menjalankan tugasnya dengan adil.

2. Pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah s.w.t.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa mengingati masjid, apabila ia keluar dari masjid sehingga ia kembali ke masjid.

4. Dua orang lelaki yang saling mencinatai antara satu sama lain kerana Allah s.w.t. Mereka berjumpa dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang mengingati Allah s.w.t sewaktu bersendirian sehingga mengalirkan air mata.

6. Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik untuk berzina dengannya tetapi ia menolak kerana takutkan Allah s.w.t.

7. Lelaki yang bersedekah kemudian ia rahsiakan sedekahnya dari pengetahuan orang lain sehingga tangan kirinya sendiri pun tidak mengetahui apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...