Suatu hari Rasulullah sedang menaiki mimbar untuk menyampaikan khutbah. Apabila menaiki tangga maka Rasulullah s.a.w berhenti, kemudian Baginda berkata amin!, kemudian Baginda melangkah lagi dan berhenti, lalu baginda berkata amin!, kemudian Rasulullah melangkah lagi dan berhenti lagi seraya berkata amin!. Selepas itu para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang peristiwa tersebut. Maka Rasulullah s.a.w bersabda : Sebentar tadi Jibril telah datang dan memberitahuKu :
1. Celaka bagi sesiapa yang apabila ia mendengar orang lain berselawat kepadaKu ( Rasulullah ) tetapi ia tidak ikut berselawat, maka aku berkata perkenankanlah.
2. Celaka bagi seseorang manusia apabila ibubapa mereka masih hidup, tetapi ia menderhaka kepada kedua-dua orang tuanya, maka aku berkata perkenankanlah.
3. Celaka bagi seseorang yang apabila ia sempat melalui bulan Ramadhan yang penuh kebaikan,keberkatan dan kelebihan tetapi ia membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mendapat sebarang kebaikan , faedah dan keberkatan yang ada di dalam bulan tersebut, maka aku berkata perkenankanlah.
0 comments:
Post a Comment