twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Bahagian-Bahagian Tauhid

Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian atau jenis:

Tauhid Rububiyah:
Tauhid Rububiyah ialah meyakini,mempercayai serta mengesakan Allah s.w.t dalam segala perbuatan-Nya seperti Allahlah yang mencipta,memberi rezki,mengatur segala urusan,mematikan,menghidupkan dan sebagainya. ( Segala perkara daripada Allah kepada hamba-Nya ). Tauhid jenis ini juga dipercayai oleh orang-orang kafir di zaman Rasulullah s.a.w, tetapi hal ini tidak menyebabkan mereka menjadi seorang muslim.

Tauhid Uluhiyah:
Tauhid Uluhiyah ialah mengesakan Allah dengan segala bentuk ibadat yakni segala bentuk ibadat hanyalah untuk Allah s.w.t sahaja seperti doa,tawakal,minta pertolongan,meminta pertolongan dan sebagainya hanyalah kepada Allah sahaja. ( daripada hamba kepada Allah ).

Tauhid Asma' dan Sifat:
Tauhid Asma' dan Sifat yakni beriman kepada setiap nama dan sifat Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran dan hadith-hadith soheh.

2 comments:

halawatul iman said...

salam..
ade tarekat y menggunakan sifat wajib bg ALLAH sbgai ketauhidan kpd pencipta,
nk minta penjelasan dr ust ttg perkara ini

saidi said...

Tarekat bermaksud jalan. Yakni cara seseorang itu untuk mendekati Allah. Di zaman Rasulullah , tarekat belum wujud. Kalu benar mereka menggunakan sifat wajib bagi Allah sebagai tauhid,maka ia termasuk di bawah Tauhid Asma' wa Sifat.
Wallahu a'lam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...