Abu Zar bertanya Rasulullah s.a.w tentang Suhuf Nabi Musa. Maka Rasulullah menjawab bahawa ia penuh dengan ibarat dan perumpamaan antaranya ialah:
1. Aku hairan dengan orang yang yakin dengan kematian tetapi masih lagi bersenang-lenang.
2. Aku hairan dengan orang yang percaya kepada neraka tetapi masih lagi tertawa.
3. Aku hairan dengan orang yang percaya dengan qada' Allah s.w.t tetapi masih lagi tidak berpuas hati.
4. Aku hairan dengan orang yang telah melihat keserabutan dunia tetapi masih lagi ingin berjinak-jinak dengannya.
5. Aku juga hairan dengan orang yang yakin dengan hisab tetapi masih lagi malas beramal.
0 comments:
Post a Comment