" Sebaik-baik wanita ialah wanita yang apabila engkau (suami) memandang, mengembirakan engkau, jika engkau memerintahkan ia mentaati dan jika engaku berpergian dijaganya harta engkau dan dirinya "
" Wanita apabila solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihata kehormatan diri serta taatkan suaminya, masuklah syurga dari pintu mana yang ia kehendaki "
Antara tanda keberkatan seseorang wanita itu ialah:
1. Cepat berkahwin.
2. Rendah mas kahwinnya.
3. Cepat dapat zuriat.
" Mencari seorang wanita solehah itu ibarat mencari seekor burung gagak yang berwarna putih"
Isteri Solehah:
1. Redha dengan suami yang telah dijodohkan oleh Allah s.w.t . Menerima apa yang ada pada diri suami dengan hati terbuka. Jangan mengeji suami kerana dia juga merupakan makhluk Allah. Mengeji makhluk Allah bermakna mengeji Allah.
2. Menjadi isteri yang setia kepada suami samada semasa senang mahupun semasa susah, seperti contoh isteri Nabi Ayub. Janganlah semasa senang abang sayang, semasa susah abang melayang.
3. Selalu memohon kemaafan dari suami walaupun tidak merasakan diri membuat silap kepada suami, waktu yang palin sesuai meminta ampun dengan suami ialah sebelum tidur. Contoh isteri solehah yang selalu memohon ampun dengan suaminya ialah Saidatina Fatimah.
4. Sentiasa mentaati segala arahan atau perintah suami selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum Allah s.w.t. Sekiranya ia bertentangan dengan syariat Allah maka tidak wajib dipatuhinya. Sabda Rasulullah : " Tidak wajib taat kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah."
5. Sentiasa mendahului suami daripada orang lain mahupun ibubapa,mertua atau anak dalam apa juga keadaan sekalipun.
6. Sentiasa berusaha untuk menghiburkan hati suami terutama semasa suami di dalam keadaan kesusahan, kesedihan dan kerisauan.
7. Melembutkan pandangan serta tunduk di hadapan suami kerana kedudukan suami lebih tinggi daripada ibubapa.
8. Tidak mencegah dirinya dari disentuh ( jima') oleh suami ketika mana sekalipun kecuali ketika uzur (haid).
9. Tidak mengambil tanpa kebenaran atau mengkhianati harta, pakaian serta tempat tidur suami ketika suami tiada di rumah. Bagi suami yang bakhil maka isteri dibolehkan mengambil sedikit wang sekadar keperluan harian makan dan minum keluarga walaupun tanpa pengetahuan suaminya.
10. Sentiasa menghormati suami, ibubapa suami, keluarga suami dan sahabat handai suami.
11. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan suami walau di mana jua sekalipun.
12. Sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan cantik supaya menyukakan hati suami apabila dipandang.
13. Tidak meminta sesuatu yang berlebihan di luar kemampuan suami untuk menyediakannya.
14. Tidak sekali-kali menunjukkan muka masam dan berlaku kasar terhadap suami.
15. Menyambut kepulangan suami dari tempat kerja dengan senyuman dan mencium tangan
suami.
16. Tidak keluar rumah tanpa izin suami, kecuali keluar untuk belajar ilmu fardhu ain kerana suaminya tidak mengajarnya di rumah.
17. Berwangi-wangian ketika berada di rumah serta membuang segala benda yang boleh menyakiti hati dan pandangan suami.
18. Tidak berpuasa sunat semasa suami ada di rumah kecuali dengan izinnya.
19. Menjaga aurat dan perhiasan kecuali untuk suaminya.
20. Memanggil suami dengan panggilan yang baik serta menyenangkan hati suami seperti sayang dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment