twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Falsafah Ilmu

Definisi Ilmu:
Ilmu adalah berasal daripada perkataan arab 'alima yang bererti mengetahui atau
mempunyai pengetahuan.

Tujuan Menuntut ilmu:

1. Untuk mengenal pencipta yang sebenarnya yakni Allah s.w.t

2. Untuk menghubungkan ilmu dengan Allah s.w.t kerana setiap ilmu yang diperolehi di dunia
ini semuanya berasal dari Allah s.w.t

3. Untuk mencapai atau mencari kebenaran dan menolak segala kebatilan.

4. Untuk beramal dengan ilmu yang telah dipelajari.

5. Untuk membentuk kerohaniaan seseorang supaya bertaqwa kepada Allah sahaja.

Matlamat Menuntut Ilmu:
Untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata.

Adab-Adab Menuntut Ilmu:

1. Menuntut ilmu kerana Allah dan agama bukan untuk dunia semata-mata.

2. Semasa menuntut ilmu tidak mengabaikan perintah Allah s.w.t.

3. Tidak melakukan perkara-perkara maksiat seperti berdua-duaan dengan bukan mahram.

4. Hendaklah bersifat sabar, tekun dan bersungguh-sungguh dalam memperolehi ilmu.

5. Hendaklah memandang mulia dan menghormati guru.

6. Tidak bertanya guru dengan tujuan untuk menguji atau merendah-rendahkan kemampuan
guru.

7. Pelajar perlu mengimbangi keperluan belajar dengan keperluan tubuh badan dan mental.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...