Seseorang anak mestilah menunaikan tanggungjawab terhadap ibubapanya terutama sekali ketika mereka sudah tua. Antara perkara yang wajib dilakukan oleh seorang anak ialah:
* Memberi makan , minum dan semua urusan kehidupan seharian.
* Menyediakan pakaian untuk kedua-duanya.
* Menyahut panggilan mereka.
* Mentaati perintak kedua-duanya selagi mana tidak bertentangan dengan hukum syara'.
* Melembutkan suara ketika berbicara dengan mereka.
* Menyeronokkan hati mereka.
* Menyayangi mereka sepenuh hati.
* Merendahkan diri terhadap mereka.
* Tidak mengherdik mereka.
Ketahuilah bahawa balasan kepada dosa yang dilakukan oleh Umat Nabi Muhammad akan dikenakan di hari akhirat nanti kecuali satu dosa yang akan disegerakan di atas dunia iaitu dosa orang menderhakai ibubapanya. Jadi fikir-fikirkanlah...........
PESANAN LOKMAN Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.
0 comments:
Post a Comment