Al-Quran adalah surat-surat dari Allah s.w.t. Seseorang kekasih sudah tentu akan membaca dan melihat setiap hari surat yang telah dikirimkan oleh kekasihnya. Sesungguhnya seorang hamba itu seharusnya merasa rindu untuk membaca al-Quran yang telah diturunkan kepadanya sebagai panduan hidup. Al-Quran itu sekiranya dibaca dan diamalkan maka ia akan membuahkan hasil yang baik kepada umat Islam. Al-Quran boleh menyelesaikan penyakit-penyakit kronik yang dihadapi oleh masyarakat hadhari kini. Mengapa kita tidak mampu untuk menangani masalah sosial walaupun kita ada al-Quran. Jawapanya ialah seperti seseorang yang sakit lalu ia pergi berjumpa doktor, lalu doktor memberinya ubat yang tertulis pada bungkusan ubat tersebut peraturan , cara dan masa makan ubat tersebut. Lalu si pesakit ini balik ke rumahnya dan membaca peraturan makan ubat itu tetapi tidak memakan ubat tersebut ( tidak beramal ), maka sudah tentu ubat tadi tidak akan memberi apa-apa kesan kepada penyakitnya. Bigtulah juga dengan al-quran , sekiranya kita hanya membacanya sahaja tanpa mengamalkannya maka ia tidak dapat untuk menyelesaikan masalah gejala sosial yang sedang dalam tahap kritikal.
Kelebihan Orang yang membaca al-Quran:
* Pembaca al-Quran adalah sebaik-baik manusia.
* Setiap huruf yang dibaca ganjaranya ialah sepuluh kebajikan.
* Orang mahir membaca al-Quran akan dibangkitkan bersama orang yang mulia lagi berbakti .
* Al-Quran menjadi pemberi safaat kepada tuannya ( orang yang membacanya)
* Sesiapa yang menjadikan al-Quran sebagai panduannya , maka al-Quran akan membawanya ke Syurga.
* Pembaca al-Quran akan berada hampir dengan Allah s.w.t di akhirat nanti.
* Rumah yang tidak dibaca al-Quran di dalamnya dianggap sebagai kubur, maka tuannya adalah mayat.
* Al-Quran akan menjadi temannya di dalam kubur yang gelap dan sunyi itu.
Peringatan:
Zaman sekarang ibubapa akan marah sekiranya tidak pandai BI,Sains dan Matematik, tetapi ibubapa tidak merasa risau walaupun anaknya buta al-Quran. Fikir-fikirkan..................
PESANAN LOKMAN Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.
0 comments:
Post a Comment