Menuntut ilmu adalah merupaka satu ibadah sekiranya ia bertepatan dengan suruhan agama. Sebagaimana kita tahu bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada junjungan besar kita Rasulullah s.a.w ialah berkenan dengan menuntut ilmu iaitu membaca. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Alaq ayat 1-5 bermaksud : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena( tulis) Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya. Menuntut ilmu adalah merupakan satu amalan yang sangat mulia dan tuntutan agama sebagaimana sadba Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah menjadi wajib ke atas setiaporang Islam." Kata pepatah arab : " Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China ." Oleh sebab itu sebagai galakan kepada semua , maka saya senaraikan secara ringkas tentang fadhilat menuntut ilmu:
* Orang yang berilmu adalah mulia di sisi Allah s.w.t sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :" Allah mengangkat beberapa darjat bagi orang yang beriman dan beramal soleh.
* Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalan untuk masuk syurga.
* Orang yang menuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat rahmat dan mendapat ketenangan jiwa.
* Allah s.w.t, malaikat serta tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk di langit dan di bumi berselawat ( yakni mendoakan kebaikan ) kepada semua penuntut ilmu
* Allah mengampunkan segala dosa orang yang menuntut ilmu ( dosa kecil ) adapun dosa besar mestilah bertaubat
0 comments:
Post a Comment