Apabila kita sebut Zaman Jahiliah maka kita bayangkan zaman sebelum kedatangan atau kebangkitan Rasulullah s.a.w. Ini kerana mereka hidup tanpa petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t. Antara amalan mereka yang sering kita dengar ialah membunuh anak perempuan , berjudi, berzina, minum arak, menyembah berhala, berperang, meletakkan wanita sebagai barang yang boleh diperdagangkan dan diwarisi dan lain-lain lagi. Namun begitu hampir kesemua amalan yang telah dilakukan oleh orang pada zaman jahiliah masih dilakukan oleh manusia yang hidup pada zaman moden ini, malahan kadang-kadang perbuatan atau jenayah yang dilakukan oleh manusia pada zaman moden ini lebih teruk dan dahsyat daripada zaman jahiliah dahulu. Oleh itu kita namakan zaman sekarang dengan Zaman Jahiliah Moden. Iaitu moden di sudut kemajuan sains dan teknologi ( pembangunan fizikal ) tetapi mundur, ketinggalan atau jahil di sudut rohani. Manusia pada zaman sekarang mementingkan kesenangan dunia semata-mata ( materialistik ) yang menyebabkan otak mereka tidak dapat berfikir secara waras
(otak plastik).
Ciri-Ciri Jahiliah Moden:
* Tidak mengikut petunjuk Allah s.w.t. Tidak berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang telah ditetapkan di dalam al-Quran . Manusia lebih percaya dan yakin dengan hukum yang direka cipta oleh manusia sendiri yang mempunyai kemampuan akal ( kognetif ) yang terhad dan terbatas.
* Hidup mengikut hawa nafsu.Sepatutnya nafsu manusia itu dikawal oleh syariat Allah s.w.t dengan bantuan akal fikiran tetapi nafsu mereka telah berkuasa di atas segalanya yang menyebabkan segala tindak tanduk mereka berlandaskan hawa nafsu semata-mata.
* Adanya golongan pemusnah Islam. Kadang-kadang golongan inilah yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi segala tindak-tanduk, akhlak dan asas perjuangan jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenarnya yang kita berjuang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Segala perjuangan yang bertujuan selain daripada untuk memartabatkan agama Allah s.w.t adalah perjuangan yang batil.
* Gejala keruntuhan akhlak berleluasa. Kadar jenayah dan maksiat pada zaman moden ini lebih kronik dan hebat daripada zaman jahiliah dahulu. Apabaila manusia mula sudah tidak malu dan tidak menyedari kuasa Allah s.w.t maka Allah akan mula menunjukkan kuasa-Nya dengan mendatangkan berbagai-bagai bala' seperti tanah runtuh, tsunami, banjir, taufan dan sebagainya supaya manusia itu sedar bahawa kita ada yang punya dan berkuasa di atas segalanya. Insaflah.......
0 comments:
Post a Comment