Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari kiamat hendaklah ia berkata baik atau diam"..Ini kerana apabila baik lisan seseorang maka baiklah anggotanya. Sekiramya buruk lidah seseorang maka buruklah anggota badannya.
Kelebihan orang yang menjaga lidah:
* Menjaga lidah boleh menjamin seseorang untuk masuk syurga.
* Menjaga lidah boleh menghalang seseorang dari masuk neraka.
* Orang yang menjaga lidah dapat merealisasikan kebenaran dalam urusannya.
* Lisan yang baik akan menghasilkan hati yang baik dan hati yang baik akan membawa kepada iman yang benar dan iman yang benar akan membawa tuannya ke syurga.
* Pada diamnya lidah itu terdapat keselamatan dan kesejahteraan hidup.
* Allah s.w.t menyediakan ganjaran yang sangat hebat kepada mereka yang menjaga lidahnya.
* Menjaga lidah membawa kepada menjaga aurat.
* Berdiam diri dan akhlak yang baik itu adalah dua perkara yang ringan dan mudah tetapi ia boleh membawa ke syurga.
Ketahuilah bahawa manusia ramai masuk neraka kerana tiga anggota iaitu lidah, hati dan kemaluan.
0 comments:
Post a Comment