twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Ramadhan Oh Ramadhan


Tawaran Allah s.w.t di dalam bulan Ramadhan.

Allah s.w.t telah memberi kelebihan kepada beberapa makhluk yang Dia kehendaki. Bagi golongan manusia maka Allah s.w.t telah melebihkan Rasulullah s.a.w daripada sekelian makhluk lain. Bagi kategori tempat maka Allah s.w.t telah memberi kelebihan kepada Makah atau Masjidil Haram dengan sembahyang di sana satu rakaat menyamai seratus ribu rakaat di tempat lain. Adapun bagi kategori hari maka Allah s.w.t telah memuliakan hari Jumaat dengan dijadikan penghulu segala hari. Bagi bulan maka Allah telah memuliakan bulan Ramadhan dengan kebaikan ,keberkatan dan keampunan. Bagi malam pula Allah telah memberi kelebihan yang banyak kepada Lailatul Qadar dengan beramal di dalamnya melebihi 1000 bulan yang lain.

Keistemewaan yang terdapat dalam bulan Ramadhan ialah:

1 – Bulan yang diturunkan pada al-Quran yang merupakan panduan kehidupan kea rah jalan yang benar. Di dalamnya mengandungi janji-janji baik, ancaman-ancaman , cerita-cerita tauladan dan lain –lain lagi. Maka kita sebagai mukmin sejati semestinya mengambil berat tentang al-Quran dengan membaca,menghafal, mentafsir, menghayati, mengamal dan melaksanakan semua perintah dan menjauhi semua larangan Allah s.w.t.

2 – Bulan yang dibuka pintu-pintu syurga , ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan dan jin yang jahat. Ini adalah untuk memberi kesenangan kepada hamba-Nya untuk beribadah.

3 – Bulan yang digandakan pahala bagi amalan baik sehingga 70 kali ganda bagi amalan wajib dan bagi amalan sunat diberi pahala seperti amalan wajib .

4 – Bulan yang diberi ganjaran bagi mereka yang menyediakan makan untuk orang lain berbuka , maka Allah akan memberi ganjaran pahala berpuasa kepada mereka sebanyak mana orang yang berbuka dengan makananya tanpa mengurangkan pahala orang lain itu.

5 – Bulan yang ada di dalamnya satu malam yang digelar Malam al-Qadar yang mana pahala beribadah pada malam ini melebihi 1000 bulan lain.

6 – Bulan ini banyak malaikat turun ke bumi dengan membawa seribu keberkatan dan kebaikan kepada umat manusi yang beriman.

7 – Bulan yang ada di dalamnya sahur yang mempunyai keberkatan dan yang membezakan antara puasa seorang muslim dengan kafir.

8 - Bulan yang berlaku padanya Peperangan Badar Kubra yang mendapat kemenengan besar dengan Bantu Allah s.w.t yang menurunkan malaikat dari langit.

9 – Pada Bulan Ramadhan ini juga berlakunya Fathu Makkah yang mana merupakan permulaan fajar Islam di timur dan barat yang menyebabkan berbondong-bondong manusia masuk Islam dann terhapusnaya penyembahan berhala di Kota Makkah diganti dengan Daulah Islamiyah.

10 – Melakukan umrah di bulan Ramadhan bersamaan dengan melakukan haji bersama Rasulullah saw.

11 – Bulan Ramadhan juga merupakan bulan pengampunan dosa dan penghapusan kesalahan yang dilakukan.

12 – Bulan yang ada di dalamnya Solat Tarawikh yang tidak ada dalam bulan-bulan lain.

13 – Bulan yang akan digandakan pahala amalan kebaikan berbanding dengan bulan-bulan lain.

14 – Bulan yang ada padanya satu rukun daripada rukun-rukun Islam dan tidak sempurna Islam seseorang tanpanya dan orang yang mengingkarinya adalah murtad.


Rebutlah peluang yang telah disediakan oleh Allah s.w.t dalam bulan Ramadhan ini sebelum kita dinafikan hak oleh Allah s.w.t dengan kematian yang entah bila ?.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...