Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umat Islam beberapa keistemewaan yang tidak ada pada musuh Islam. Keistemewaan tersebut akan menjadi punca kekuatan umat Islam sekiranya umat Islam dapat menaplikasikanya secara optimum dan betul dengan Syariah Islamiyah. Keistemewaan tersebut ialah:
1 - Kekuatan Aqidah Islamiyah yang perlu dipertahankan dan dikembangkan. Betapa malangnya jika adanya umat Islam yang tidak menyedari dan menghargai nikmat yang paling bernilai ini sehingga ada yang sanggup menjadi murtad.
2 - Kekuatan sumber tenaga manusia dengan jumlah yang ramai yang perlu kepada usaha yang bersungguh dalam mengeksploitasikanya tetapi betapa malangnya umat Islam berpecah tidak sehaluan kerana memperjuangkan dasar nasionalisme semata-mata sebagaimana yang telah dirancang oleh musuh Islam. Bersatu kita maju, berpecah kita rebah.
3 - Kekuatan hasil bumi yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, minyak, gas, besi, emas dan sebagainya yang perlu kepada usaha yang bersungguh-sungguh dalam mengambil manfaat semaksima yang mungkin. Betapa malangnya akibat kekurangan pakar dan penyelewengan terhadap hasil ini menyebabkan ia tidak mampu untuk digunakan sebaik mungkin dalam membantu umat Islam seluruh dunia yang mengakibatkan negara yang paling miskin pada masa kini adalah negara yang didiami oleh umat Islam.
0 comments:
Post a Comment