Mati bukanlah satu pengakhiran bagi kehidupan seseorang manusia , malah ia merupakan permulaan bagi penghidupan yang tiada akhirnya. Seseorang itu akan mengalamai beberapa peringkat kehidupan , antaranya:
*
Peringkat roh, di mana semua roh manusia telah dicipta oleh Allah s.w.t dan ditiupkan ke dalam tulang belakang Nabi Adam a.s, kemudian dikeluarkan mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
*
Peringkat rahim, selepas peringkat roh maka Allah s.w.t akan meniupkan roh ke dalam rahim ibu dan kita akan berada di dalamnya lebih kurang 9 bulan 10 hari. Manusia sudah merasa cukup selesa dan cukup luas ketika berada di alam rahim , oleh sebab itu mereka tidak mahu keluar dari perut ibunya. Lalu Allah s.w.t perintakan mereka keluar untuk mengalami alam berikutnya.
*
Peringkat hidup di dunia , pada peringkat ini manusia tidak akan hidup lama. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :" Umur umatku di antara 60-70 tahun sahaja. Tujuan kita berada di alam ini ialah untuk mencari sebanyak-banyak dan sebaik-baik bekalan untuk menempuh alam yang berikutnya. Dunia ini ibaratkan R&R sahaja, untuk berehat seketika sahaja namun ramai di kalangan manusia yang terlalai dan tergoda dengan kemewahan dan keseronokan di R&R ini sehingga mereka terlupa bahawa perjalan mereka belum selesai.
*
Peringkat alam kubur (Barzakh), setelah roh manusia keluar dari badan maka ia akan berpindah ke alam lain iaitu alam Barzakh yang merupakan perhentian (R&R) untuk perjalanan yang seterusnya. Bagi orang yang soleh mereka sudah mendapat kenikmatannya dan sebaliknya.
*
Peringkat alam Mahsyar, di sinilah manusia akan dihimpunkan setelah dibangkitkan dari kubur mereka untuk dijalankan perhitungan ke atas amalan mereka, sesiapa yang berat timbangan amalan kebaikannya akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah s.w.t dan sebaliknya.
* Peringkat seterusnya ialah
alam pembalasan samada syurga atau neraka. Berbahagialah mereka yang hidup di dunia mencari bekalan yang betul iaitu bertaqwa kepada Allah s.w.t dan meranalah mereka yang menentang Allah s.w.t semasa hidup di dunia dan mati sebelum bertaubat.
0 comments:
Post a Comment