twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Peristiwa Semasa Isra'


Rasulullah telah Isra' dari Masjid al- Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palastine dan telah menyaksikan beberapa peristiwa penting yang boleh dibuat pengajaran bagi seluruh umat Islam terutamanya di zaman sekarang di mana manusia tidak peduli ( buat-buat tidak nampak ) dengan kuasa Allah s.w.t, di antaranya ialah:

* Rasulullah s.a.w melihat orang yang bercucuk tanam yang mengeluarkan hasil dengan cepat dan banyak, inilah gambaran balasan bagi orang yang suka membelanjakan harta pada jalan Allah.

* Rasulullah s.a.w mencium bau yang sangat harum, itulah balasan yang diberi oleh Allah s.w.t kepada Mashitah, tukang sikat Firaun yang mempunyai keimanan yang teguh terhadap keesaan Allah s.w.t.

* Rasulullah s.a.w melihat satu golongan manusia yang menghempap kepala masing-masing dengan batu berulang-ulang kali, mereka inilah orang yang berat untuk melakukan solat fardhu.

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang bertelanjang,makan rumput berduri, buah Zaakum yang sangat pahit rasanya dan makan bara api neraka Jahannam , itulah balasan bagi orang yang tidak suka menderma, sedekah dan tidak membayar zakat.

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang tidak berhenti menggunting lidah. Itulah balasan bagi orang yang pandai bercakap tetapi tidak mahu mengamalkan.

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang makan daging busuk sedangkan di samping mereka ada daging yang elok, itulah gambaran balasan bagi orang yang berzina padah ia mempunyai isteri yang halal dan sah.

* Rasulullah s.a.w melihat orang yang tengelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu, itulah balasan bagi orang yang makan riba'

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang mencakar muka dan dada dengan kuku yang tajam, itulah balasan bagi orang yang suka mengumpat.

* Rasulullah s.a.w melihat orang dengan berkas kayu yang banyak yang tidak terangkat olehnya dan ia menambahkan lagi bebanan ke atasnya , itulah gambaran orang yang suka menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

* Rasulullah a.a.w melihat seekor lembu keluar dari lubang kecil dan tidak dapat untuk masuk semula, itulah gambaran orang yang suka bercakap besar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...