* Persiapan Mental.
Apabila Ramadhan hampir tiba hendaklah kita bersiap sedia dengan hati yang penuh rasa keseronokkan, penuh harapan,penuh keikhlasan. Hilangkan perasaan negetif bahawa Ramadhan mendatangkan banyak kesukaran dan kesusahan. Malahan Ramadhan menjanjikan kita dengan pelbagai keberkatan dan limpahan pahala yang berganda-ganda yang tidak dapat diperolehi dalam bulan-bulan lain. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya atau keutamaan Ramadhan, maka mereka akan inginkan sepanjang tahun itu sepatutnya menjadi Ramadhan."* Mengulangi kembali pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita menyambut Ramadhan penuh dengan pengetahuan yang telah diperbaharui,bersedia melakukan yang terbaik daripadanya.
* Memperbanyakkan doa, semoga Allah s.w.t memberi kekuatan dan ketabahan kepada kita dalam melakukan ibadah puasa.
* Tingkatkan keazaman yang bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam latihan dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang mendalam daripada sebulan melakukan jihad, melatih diri memerangi nafsu, sifat tamak haloba di samping kita perlu berazam untuk memperbanyakkan saham dan bekalan yang ditawarkan dengan kelebihan berlipat kali ganda.
* Menyediakan diri untuk menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang disemai di bulan Ramadhan agar ia sentiasa subur sehingga kita mampu memetiknya di akhirat nanti.
* Menghapuskan tradisi lama yang dilakukan semasa menyambut puasa dengan melengkapkan peruntukkan yang berlebihan untuk juadah berbuka. Sebenarnya boros berbelanja dan memberatkan diri dengan sebab puasa adalah suatu yang tidak disukai oleh Allah s.w.t dan jauh sekali untuk mencapai matlamat berpuasa yang sebenarnya.
* Mengucapkan tahniah di atas kedatangan Ramadhan dan rasa syukur kerana kita masih berpeluang lagi untuk melakukannya sekali lagi, berbanding dengan mereka yang telah kembali terlebih dahulu.
2 comments:
assalamualaikum.. UST, saya abu ubaidah,, pada hari sabtu (25.07.09) ada aktiviti alumni bersama pelajar UKM d matrik perak, pada waktu malam ada forum mengenai quran & sains, jadi nak minta tolong ust jadi ahli panel, ada bersama cikgu biology.. jika ust berkelapangan boleh k jadi ahli panel?
soalan akan disediakn dan akn diberi pada ust dlm masa terdekat..
reply as soon as possible
no contact saya : 019-4424658
Post a Comment