
Ramadhan Dan Pengertiannya:
Perkataan Ramadhan memberi erti membakar atau panas kerana kebiasaan Ramadhan berlaku di hari yang panas dan ia juga mampu membakar dosa-dosa dan lemak-lemak lebihan di dalam badan orang yang berpuasa dan beribadah sepanjang bulan Ramadhan.
Puasa Dan Kewajipannya:
Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya daripada terbit fajar sodik hingga terbenam matahari dengan niat puasa dengan mematuhi syarat-syarat tertentu.
Dalil Yang Mewajibkan Puasa.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
" Wahai orang0orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah difardhukan kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu , semoga kamu beroleh ketaqwaan. "
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Ditegakkan Islam itu di atas lima perkara, Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa bulan Ramadhan."
0 comments:
Post a Comment