twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Marhaban Ya Ramadhan



Sejarah Puasa


Puasa merupakan suatu ibadah yang telah dikerjakan oleh umat manusia sejak dahulu lagi. Ada di kalangan mereka itu telah berpuasa kerana melahirkan rasa syukur setelah mereka berjaya menghadapi ujian yang sangat hebat daripada Allah s.w.t. Nabi Nuh a.s dan pengikutnya berpuasa setelah selamat daripada mengharungi banjir besar dan taufan. Begitu juga halnya dengan Nabi Musa a.s dan pengikutnya telah berpuasa setelah terselamat daripada kepungan Fir'aun laknatullah dan pengikutnya. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w apabila sampai ke Madinah al-Munawarah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa Asyur'a lalu Rasulullah s.a.w bertanya: " Apakah amalan yang kamu lakukan ini ?". Maka orang Yahudi menjawab:" Hari baik yang Allah s.w.t telah lepaskan Nabi Soleh, Nabi Musa dan Bani Israel daripada musuh mereka. Lantaran itu Nabi Musa melakukan puasa pada hari itu. Rasulullah s.a.w berkata . " aku lebih berhak dengan Nabi Musa daripada kamu." Lalu Rasulullah berpuasa pada hari itu dan memerintahkan para sahabat berpuasa.

Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran tentang puasa orang-orang terdahulu dengan firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu, mudah-mudahan kamu akan memperolehi ketaqwaan."

Melalui ayat tersebut , Allah s.w.t telah mewajibkan berpuasa ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w sebulan bulam Ramadhan. Perintah ini telah diturunkan pada tahun kedua hijrah. Ada juga di kalangan nabi yang berpuasa hanya semata-mata untuk melahirkan sifat 'ubudiyyah
mereka kepada Allah s.w.t. Nabi Daud a.s terkenal terkenal dengan puasanya, sehingga Rasulullah s.a.w menyatakan daripada sabdanya yang bermaksud:" Puasa yang paling afdhal ialah puasa Nabi Daud. Dia berpuasa satu hari dan berbuka puasa satu hari." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Nabi Yusuf a.s sentiasa berpuasa walaupun beliau adalah merupakan pengerusi perbekalan negara-negara di Mesir pada zamannya. Ada orang bertanya kepada baginda : " Kenapakah tuan berpuasa, padahal tuan menjadi pengerusi perbekalan negara ?." Baginda menjawab : " Aku takutkan kekenyangan kerana kekenyangan itu boleh melupakan nasib orang-orang lapar.

Terdapat juga dalam ajaran agama lain yang menggalakkan penganutnya melakukan puasa, seperti agama Hindu, tetapi perlu difahami bahawa cara perlakuan mereka jauh berbeza dari sudut masa dan patang larangnya. Mereka berpuasa sehingga beberapa hari, siang dan malam tanpa makan dan minum serta tidak boleh mencium apa saja bauan. setelah mereka cukup merasai keletihan dan rasa penuh harap terhadap tuhan , barulah mereka memohon hajat mereka . Agama Islam melarang umatnya berpuasa tanpa berbuka sehingga beberapa hari malah sampai ketikanya ia perlu berbuka walaupun dengan sedikit air.

Kita dapati juga sesetengah binatang ada yang berpuasa, seperti ayam yang mengeramkan telornya sehingga beberapa minggu tanpa makan dan minum malahan sentiasa berada di tempat pengeramannya sehingga telor itu menetas. Begitu juga ada pokok yang berpuasa ketika mana pokok itu menggugurkan daunnya. Pokok memproses makannya melalui daun-daunnya. Apabila daun-daunnya gugur maka terhentilah makanan untuknya. Itulah petunjuk kepada kekuasaan Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...