Definisi Syariah Islamiah:Bahasa : Syariah bererti aliran dan jalan yang lurus.
Istilah : Sejumlah hukum-hukum yang diperundangkan ( disyarakkan ) oleh Allah s.w.t ke atas hambanya sama ada yang berkaitan ibadah, akhlak, mu'amalat dan sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Syariah Islamiah pula bermaksud : Syariah yang diturunkan oleh Allah s.w.t khusus untuk agama Islam.
Sejarah Syariah Islamiah Syariah Islamiah hanya berlaku di zaman baginda Rasulullah s.a.w masih hidup sahaja. Allah s.w.t tidak memberi kuasa perundangan syariah melainkan kepada nabi-Nya sahaja. Baginda berpegang kepada dua wahyu iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Oleh sebab itu pada hayat Baginda s.a.w sajalah prinsip-prinsip umum Islam dan hukum - hakam diwujudkan. Kaedah-kaedah (prinsip-prinsip ) syariat ini sudah mantap dan sempurna pada zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi.
Pembahagian Syariah Islamiah:1. Hukum-Hukum
'Itiqadiah: Iaitu berkaitan dengan hati nurani manusia dalam hubungannya dengan Allah yang merangkumi ilmu tauhid.
2. Hukum-Hukum
Wijdaniah : Iaitu berkenaan dengan akhlak,mendidik dan membersihkan jiwa termasuk ilmu tasauf.
3. Hukum-Hukum
amaliah : Iaitu berkaitan dengan perbuatan mukallaf dan tindakannya sama ada ibadah,muamalat dan termasuk juga ilmu feqah.
Perbezaan Antara Syariah dan Feqah:1. Syariah bersifat sempurna dan tidak berubah, sedangkan feqah terus berkembang dan berubah menurut perbezaan tempat,masa dan orang yang memahaminya.
2. Ijtihad feqah yang benar boleh disamakan dengan syariah tetapi ijtihad yang salah tidak dapat disamakan dengan syariah.
3. Ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariah sama ada berbentuk suruhan atau larangan wajiblah dipatuhi oleh semua manusia tidak kira masa dan ruang sedangkan feqah yang dsifahami oleh seseorang itu menjadi keharusan bukan kemestian bagi orang lain untuk mengikutinya.
4. Hukum syariah kebenarannya mutlak, sementara pemahaman fuqaha ada kemungkinan untuk salah.
Ciri-Ciri Keistemewaan Syariah Islamiah.1. Hukum-hakam dan peraturan syariah ini dari Allah s.w.t bukan cpitaan manusia.
2. Syariah Islamiah mementingkan kebaikan atau ganjaran dunia dan akhirat.
3. Syariah Islamiah menjadi rahmat kepada seluruh alam termasuk manusia,binatang,tumbuhan dan bukan untuk bangsa tertentu sahaja.
4. Syariah Islamiah berbentuk kekal tanpa apa-apa perubahan dulu,kini dan selamanya.
5. Syariah Islamiah berbentuk syumul merangkumi aspek kehidupan dunia dan akhirat.
Tujuan Syariah Islamiah:* Menjaga Agama.
* Menjaga Nyawa.
* Menjaga Akal.
* Menjaga Keturunan dan Maruah.
* Menjaga Harta.
0 comments:
Post a Comment