Di Sebalik Puasa
Bagi orang mukmin, ibadah puasa merupakan satu institusi pendidikan yang terbesar untuk mendidik budi pekerti mereka melalui latihan secara teori dan amali sehingga mereka mampu memiliki sifat-sifat terpuji.
Puasa adalah merupakan jihad dan penentang segala keinginan hawa nafsu, hasutan syaitan yang bermain di fikiran orang mukmin. Sebagaimana sabd Rasulullah s.a. w yang bermaksud : " Puasa itu adalah perisai."
Puasa juga dapat mendidik mukmin supaya memiliki sifat sabar dalam menghadapi perkara-perkara yang tidak dapat dicapai dan kesukaran serta rintangan yang terpaksa mereka tempuhinya.
Puasa juga mendidik mukmin supaya bersifat dengan sifat amanah dan mengingati Allah s.w.t samada di masa terang atau berselindung kerana tidak ada orang yang dapat mengawasi seseorang yang berpuasa samada ia berpuasa atau tidak kecuali Allah s.w.t.
Puasa dapat meneguhkan kemahuan serta menguatkan cita-cita seseorang individu. Lokman al-Hakim telah berkata kepada anaknya:" Wahai anakku apabila perut penuh dengan makanan,pemikiran akan menjadi lesu, kebijaksanaan menjadi kaku, manakala anggota pula menjadi malas untuk beribadah.
Puasa juga mengajar seseorang itu berdisiplin dan berperaturan sejajar dengan tuntutan orang yang ingin menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Puasa dapat menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia, juga dapat melahirkan semangat bekerjasama di antara orang - orang Islam seluruh dunia.
Ibadah puasa juga secara amalinya dapat memperbaharui hidup manusia melalui sel-sel dengan membuang sel-sel tua di samping memberi rehat kepada jentera yang melakukan tugas berat sepanjang tahun iaitu mengisar makanan. Oleh itu melalui ibadah puasa seseoramg itu dapat mempertingkatkan kualiti kesihatan jasmaninya.
Selain daripada itu puasa juga mampu untuk mendidik manusia supaya menghargai dan menepati masa. Oleh sebab itulah puasa itu mesti bermula dengan waktu tertentu yang tidak boleh terlambat walaupun seminit, begitu juga berbuka puasa itu tidak boleh di segerakan walaupun satu minit daripada waktu yang telah ditetapkan.
0 comments:
Post a Comment