Lokman al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya mendapat keselamatan dunia dan akhirat. Walaupun pesanan ini khusus untuk anaknya tetapi ia juga boleh diambil pelajaran dan pengajaran bagi kita sebagai mukmin untuk menjalani kehidupan seharian kita khususnya dalam masyarakat hari ini. Lokman berpesan kepada anaknya supaya menjaga 4 anggota dalam 4 keadaan:
- Sekiranya engkau berada dalam solat maka jagalah hatimu supaya tidak lalai dengan masalah-masalah keduniaan .
- Sekiranya engkau berada di hadapan makanan maka jagalah halkummu yakni kerongkongmu supaya tidak makan makanan yang haram dan tidak pula makan terlalu banyak mengikut hawa nafsu.
- Sekiranya engkau berada dalam rumah orang lain maka jagalah matamu supaya kamu tidak terpandang benda-benda yang terlarang termasuk aurat ahli keluarga tersebut.
- Sekiranya engkau berada dalam kalangan manusia maka jagalah mulutmu supaya kita tidak mengeluarkan kata-kata keji,kesat dan tidak menyenangkan serta menyakitkan hari orang lain.
0 comments:
Post a Comment