twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Adab-Adab Menuntut Ilmu Menurut Perspektif Islam



Menuntut ilmu adalah merupakan suatu ibadat yang sangat dituntut oleh Islam. Malahan Islam mewajibkan setiap penganutnya untuk menuntut ilmu lebih-lebih lagi ilmu fardhu ain. Wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w juga berkaitan dengan menuntut ilmu iaitu surah al-Alaq , kalimah yang pertama ialah Iqra' yang bermaksud bacalah oleh mu wahai Muhammad. Oleh itu Islam telah mengariskan beberapa adab menuntut ilmu supaya apa yang kita lakukan dikira sebagai ibadah, antaranya:



* Niat menuntut ilmu mestilah ikhlas kerana Allah s.w.t seperti niat melakukan ibadah-ibadah lain seperti solat, puasa dan sebagainya.

* Menuntut ilmu kerana untuk mencari keredhaan Allah s.w.t ( untuk kebaikan akhirat ) bukan kerana keuntungan keduniaan semata-mata.

* Menuntut ilmu-ilmu yang dibenarkan oleh Islam sahaja, adapun ilmu yang tidak dibenarkan oleh Islam ialah seperti ilmu mencuri,merompak, menipu, mencipta virus,ilmu sihir dan lain-lain lagi yang membawa kepada keburukan,kemusnahan serta kehancuran.

* Semasa menuntut ilmu tidak boleh sama sekali meninggalkan kefardhuan ( kewajipan syariat ) seperti sembahyang dan sebagainya.

* Semasa menuntut ilmu tidak boleh dicampur aduk dengan unsur-unsur maksiat seperti tempat duduk yang tidak mengasingkan antara lelaki dengan perempuan, tidak menuntut aurat, bersentuhan lelaki dan perempuan, mengumpat dan sebagainya.

* Memuliakan dan menghormati guru.

* Selalu mendoakan keselamatan,kesejahteraan dan keampunan untuk guru.

* Tidak melakukan sesuatu aktiviti yang tidak bersangkutan dengan P&P tanpa keizinan guru.

2 comments:

Ayid said...

IMAM AHMAD

Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil mata benda dunia di atas ilmunya


IMAM MALIK:
1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajiblah di atas orang yang menuntut ilmu bahawa dia memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan

saidi said...

Tq ayid atas komen tersebut. Sesuatu yang kita tahu tetapi tidak beramal dengannya tidak dikira sebagai ilmu. Ia hanyalah maklumat sahaja. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon yang tidak berbuah. Baik kita tebang buat balak ada gunanya juga.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...