Pada hari ini kita merasakan masa berlalu begitu cepat sekali. Satu hari berada ditempat kerja kadang-kadang tidak ada satu kerja pun yang dapat diselesaikan. Masa berjalan terus tanpa mempedulikan manusia yang masih lagi leka dengan maksiat dan masih lagi tidak mahu bertaubat, konong-konongnya ingin bertaubat apabila ajal hampir tiba atau setelah hari tua. Sedarlah wahai insan jangan terpedaya dengan tipuan dunia yang penuh dengan keseronokan yang berbentuk sementara.
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Anas bin Malik yang bermaksud:" Tidak akan berlaku qiamat sehingga masa menjadi singkat. Setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan pula dirasakan seumpama seminggu, Seminggu pula dirasakan seperti sehari, adapun sehari pula bagaikan satu jam dan satu jam berlalu seolah-olah bagaikan satu percikan api sahaja ."
0 comments:
Post a Comment