Sesungguhnya Allah s.w.t menggalakkan hamba-Nya melakukan amal kebaikan sebagai bekalan kepada mereka di hari pembalasan nanti . Betapa ramai antara kita yang melakukan kebaikan , tetapi Allah tidak akan menerima amalan baik mereka kecuali mereka memenuhi syarat-syarat berikut:
* Amalan yang kita lakukan mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia.
* Amalan yang dilakukan hendaklah bertepatan dengan tuntutan syarak bukan hanya agak-agak sahaja dengan berpandukan akal semata-mata.
* Amalan yang dilakukan hendaklah suci daripada perkara-perkara yang syirik kepada Allah s.w.t seperti pemujaan, bomoh yang menggunakan jin, ajaran sesat dan sebagainya.
* Amalan yang dilakukan mestilah bebas daripada unsur-unsur maksiat seperti pertunjukan amal, sedekah dengan duit judi,bercouple semasa menuntut ilmu , belajar tanpa menutup aurat dan sebagainya.
* Tidak meninggalkan atau mengabaikan perkara-perkara wajib, seperti belajar sehingga tinggal solat dan lain-lain lagi.
0 comments:
Post a Comment