Sesungguhnya pada agama itu juga ada penyakit yang membantut perkembangan agama secara sihat. Oleh sebab itulah kenapa sampai sekarang masih ada lagi golongan atau kumpulan yang tidak dapat memahami agama yang sebenarnya, seperti mana yang kita tahu bahawa barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepada diri mereka kebaikan maka Allah s.w.t akan memberinya faham tentang Islam ( agama ). Faktor yang merosakkan kesucian agama Islam sekarang adalah seperti berikut:
* Orang faqih atau alim yang jahat, yakni tidak mahu menyatakan kebenaran . Menjual agama Allah s.w.t dengan harga yang sangat murah ( kesenangan dunia yang sementara seperti pangkat, kedudukan , gaji yang tinggi, projek dan sebagainya ). Orang alim ini tidak dapat menahan dirinya daripada godaan dunia yang indah ini lalu menyembunyikan kebenaran dan tidak berani mencegah kemungkaran. Ingatlah ada satu golongan di padang Mahsyar nanti yang akan mengheret perut mereka yang terburai dan busuk di khalayak ramai, maka inilah balasan kepada orang alim yang tidak mahu menyatakan kebenaran dan tidak berani untuk mencegah kemungkaran kerana menjaga perutnya di dunia. Na'uzubillah.
* Golongan kedua yang menjadi penyakit kepada agama , lalu mereka memusnahkan kesucian agama ialah pemerintah yang zalim ( tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya ) seperti undang-undang Allah s.w.t tidak dilaksanakan kerana kurang keyakinan terhadap kemampuan hukum Allah, lalu undang-undang ciptaan manusia menjadi sanjungan. Ingatlah pemerintah yang zalim akan masuk neraka lebih awal daripada orang-orang kafir. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan disoal tentang orang yang dipimpin." Termasuk dalam golongan pemimpin juga ialah seorang suami atau bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka terhadap isteri dan anak-anak mereka. Isteri dan anak-anak dibiarkan tanpa ilmu agama dan bebas mengikut cara hidup orang barat seperti bergaul bebas , tidak menutup aurat, tidak menunaikan solat dan sebagainya. Ingatlah bahawa api neraka itu bukan seperti api mancis.....
* Penyakit agama yang ketiga ialah orang jahil yang mengaku pandai. Mereka bebas mengeluarkan fatwa mengikut selera akal mereka yang dangkal dan sempit itu. Bagi mereka kebaikan itu ialah apabila fikiran atau akal kita boleh menerima rasionalnya. Contohnya menyambut hari raya bersama dengan perayaan agama lain atas alasan perpaduan, mengadakan konsert amal dengan tujuan membantu anak yatim, artis mempersembahkan nyanyian untuk menghibur anak yatim di bulan Ramadhan, lotri kebajikan masyarakat, bersalaman lelaki perempuan itu boleh, Konsert nyanyian untuk hiburan keluarga. Bercouple untuk tujuan menuntut ilmu dan lain-lain lagi. Ingatlah bahawa Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.
Sebagai kesimpulanya:
* Orang alim wajib beramal dan amanah dengan ilmu agama yang Allah s.w.t kurniakan kepada mereka. Berkatalah benar walaupun pahit. Ketahuilah satu jihad yang sangat besar ialah berkata benar di hadapan sultan atau pemerintah yang zalim.
* Pemerintah hendaklah berlaku adil kepada semua rakyat yang dipimpin tidak kira bangsa, agama, status, fahaman politik dan sebagainya.
* Orang yang jahil wajib menuntut ilmu. Janganlah sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa kerana orang yang mentafsir al-Quran mengikut akalnya sedialah satu tempat di neraka. Seseorang yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu akan berdosa walaupun fatwa yang diberikan itu betul.Ingat...........Serahkanlah sesuatu urusan itu kepada ahlinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya atau pakarnya maka tunggulah saat kehancuran ".
0 comments:
Post a Comment