Talak bin Habib berpendapat bahawa taqwa itu ialah:
* Beramal dengan perkara-perkara ketaatan kepada Allah s.w.t yakni melakukan segala suruhan Allah.
* Mengharapkan balasan hanya dari Allah s.w.t semata-mata.
* Meninggalkan segala larangan Allah s.w.t yakni perkara-perkara maksiat.
* Takutkan kepada azab Allah s.w.t yakni tidak takut kecuali kepada Allah s.w.t sahaja.
Manakala Saidina Ali berpendapat bahawa taqwa itu ialah kita menjalani hidup ini dengan penuh berhati-hati dari melakukan perkara maksiat sebagaimana kita berjalan di waktu malam yang gelap di tempat yang penuh duri, sudah tentu kita akan berjalan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati supaya kaki kita tidak terkena duri.
PESANAN LOKMAN Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.
0 comments:
Post a Comment