twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Kata-Kata Hikmah

Kata-Kata Imam Al-Ghazali

* Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
* Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
* Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )

Ulama' yang diam dan senyap tidak mahu menyatakan kebenaran tentang agama kepada pemimpin dan rakyat adalah syaitan bisu. Rakyat pula akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin anda lakukan termasuk menganjurkan program maksiat, menentang undang-undang Allah dan menghina sunnah nabi serta menghina ulama.

Perkara yang dipandang sahaja pun mendapat pahala:

* Memandang ayat-ayat al-Quran.
* Memandang wajah ibu bapa.
* Memandang wajah ulama'.
* Memandang kaabah.

Tiga Golongan Yang Akan Memberi Syafaat Kepada Kita Di Akhirat Nanti:

* Para Nabi.
* Para Syuhada' ( orang yang mati syahid )
* Para Ulama' ( Masyarakat hari ini membenci ulama' dan mengasihi ahli maksiat )

Allah tidak menghancurkan alam ini kerana kasihkan golongan berikut:

* Golongan Ulama'.
* Golongan orang tua.
* Golongan budak kecil.

Kenapa Takabbur


Kenapa seseorang itu menjadi sombong atau takabbur. Ia berlaku apabila seseorang itu  merasakan dirinya lebih daripada orang lain. Antara sebab-sebabnya ialah:


* Apabila ia merasakan ilmunya lebih tinggi daripada orang lain.
* Apabila ia merasakan mereka lebih cantik daripada orang lain.
* Apabila ia merasakan amalan solehnya lebih baik daripada orang iain
* Apabila mereka merasakan tenaga  mereka lebih kuat daripada orang lain
* Apabila keturunan mereka lebih baik daripada orang lain.
* Apabila harta mereka bertimbun-timbun.
* Apabila pangkat mereka lebih  tinggi dan hebat berbanding 0rang luar.

Ketika Mana....



Renungan Buat Semua Insan Yang Dahagakan Keinsafan:

Ketika mana kamu dilahirkan maka kamu diazan tanpa sembahyang.
Ketika mana kamu mati maka kamu disembahyangkan tanpa azan.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapakah yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu.
Ketika mana kamu mati kamu tidak tahu siapakah yang membawa kamu di atas bahunya untuk dibawa ke kubur.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu dimandikan dan dibersihkan.
Ketika mana kamu mati kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

Ketika mana kamu dilahirkan ibu bapa dan keluarga gembira  dengan kehadiranmu.
Ketika mana kamu mati ibu bapa dan keluarga berduka dengan pemergianmu.

Ketika mana kamu dijadikan maka kamu dijadikan daripada tanah.
Ketika mana kamu mati maka kamu masuk kubur yang juga daripada tanah.

Ketika mana kamu berada di dalam perut ibumu kamu berada dalam keadaan sempit dan gelap.
Ketika mana kamu berada di dalam kubur kamu juga berada dalam keadaan sempit dan gelap.

Ketika mana kamu dilahirkan kamu ditutupi dengan kain kapas (lampin).
Ketika mana kamu mati maka kamu juga ditutupi dengan kain kapas ( Kafan )

Ketika mana kamu dilahirkan ramai yang bertanya tentang kecantikan dan kebaikan kamu.
Ketika mana kamu mati maka Allah bertanyakan kamu tentang amalan solehmu.

Golongan Yang Tidak Takut Mati


Diriwayatkan daripada Sahl bin Abdullah at-Tastari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Seseorang itu tidak akan bercita-cita untuk mati kecuali tiga jenis manusia".


* Orang yang jahil yakni jahil tentang pembalasan yang mereka akan hadapi selepas mati.

* Orang yang hendak melarikan diri daripada takdir Allah s.w.t.

* Orang yang rindu untuk bertemu dengan Allah s.w.t.

Kebahagiaan Nabi Adam a.s


Kebahagiaan Nabi Adam itu disebabkan 5 perkara:

# Sentiasa merasakan dirinya berdosa.
# Menyesal di atas segala dosanya.
# Sentiasa merasakan dirinya hina di  hadapan Allah.
# Tidak putus asa dengan rahmat Allah s.w.t
# Segera bertaubat kepada Allah s.w.t apabila berdosa.

Sebab-Sebab Kecelakaan Syaitan


Kecelakaan Syaitan itu disebabkan lima perkara yang ada pada dirinya sendiri. Oleh sebab itu kita sebagai seorang muslim yang mu'min sepatutnya menjauhi lima perkara ini supaya hidup kita tidak secelaka syaitan. Lima perkara tersebut ialah :


* Tidak mengaku berdosa apabila telah melakukan.


* Tidak menyesal di atas dosa yang telah dilakukannya.


* Tidak merasakan dirinya hina malahan  merasakan dirinya lebih mulia daripada orang lain ( Takabbur ).



* Tidak mahu bertaubat di atas dosa yang telah dilakukannya.


* Berputus asa terhadap rahmat Allah s.w.t sedangkan Allah itu maha pengampun, penyayang dan mengasihani.




P/S: Jangan jadi macam syaitan sebaliknya jadilah macam Nabi Adam a.s.

Wasiat Ibrahim Adham


Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan apa yang baik daripada kandungan wasiat Ibrahim Adham di saat dunia ini penuh dengan kucar-kacir dan fitnah memfitnah. Antara wasiatnya ialah:


* Jika kamu melihat orang lain sibuk dengan urusan keduniaan maka sibukkanlah dirimu dengan urusan akhirat.


* Jika kamu melihat orang lain lain sibuk dengan kecantikan penampilan fizikal maka sibukkanlah dirimu dengan kecantikan penampilan rohaniah.


* Jika kamu melihat orang lain sibuk dengan kebun maka sibukkanlah diri kamu dengan kubur.




* Jika kamu lihat orang lain sibuk mengabdikan diri sesama manusia maka sibukkan dirimu dengan pengabdian kepada  Allah s.w.t.


* Jika kamu lihat orang lain sibuk mencari keaiban ( kekurangan, kesalahan) orang lain maka sibukkan dirimu dengan mencari keaiban sendiri.


* Jika kamu lihat orang lain menjadikan dunia sebagai matlamat hidup maka hendaklah kamu menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup. Wawasan akhirat bukan sekadar wawasan 2020 sahaja.

Ingin Berjaya ?.


Bagi seorang pelajar atau individu yang ingin berjaya dalam kehidupannya maka ia hendaklah:

* Mempunyai keyakinan yang teguh terhadap pertolongan Allah s.w.t.
* Mempunyai pemikiran yang positif terhadap sesuatu perkara atau ketentuan Tuhan.
* Mempunyai cita-cita yang tinggi.
* Berlaku adil pada diri sendiri. Sempurnakan hak diri dan jangan campakkan diri dalam kemusnahan.
* Sentiasa bersiap sedia.


" Kesempurnaan seseorang itu dapat dilihat dari jauh dan dekatnya ia kepada Allah s.w.t dan perkara ini dapat dicapai melalui ilmu pengetahuan ".  Al-Ghazali.

Punca Kelemahan Seorang Pelajar


Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu juga setiap kelemahan boleh diatasi dengan kemahuan dan kesungguhan. Sebelum itu mari kita sama-sama mengesan punca-punca kelemahan seseorang pelajar dalam pelajarannya:

* Ketiadaan semangat untuk belajar atau menuntut ilmu.
* Keciciran dalam pelajaran .
* Malas.
* Merasakan pelajaran itu tidak penting.
* Masalah keluarga yang menganggu tumpuan kepada pelajaran.
* Menghadapi masalah peribadi.
* Mempunyai persepsi yang negatif  terhadap pelajaran.
* Mempunyai persepsi yang negatif  terhadap diri sendiri.
* Tidak sihat jasmani.
* Tidak sihat rohani.
* Tidak ada semangat ingin berubah.

Ghuraba' - Strangers

Pengurusan Stress



Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan meghadapi tekanan ( stress ). Orang yang tidak menghadapi stress di dalam hidup , mereka tidak dapat merasai nikmat hidup yang sebenar. Stress bukanlah sesuatu yang tidak baik. Kadang-kadang kita perlu ada stress untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Yang tidak baik ialah apabila stress itu terlalu kuat sehingga kita tidak dapat mengawalnya. Oleh itu apa yang penting ialah kita perlu pandai menguruskan stress kita supaya ia dapat mendatangkan kebaikan kepada diri kita.
Di bawah ini beberapa tips pengurusan stress sebagai panduan untuk semua. Bacalah.......


* Sentiasakan diri kita dalam keadaan berwudu'
* Sentiasa membaca al-Quraan , kalau boleh setiap hari sekurang-kurangnya 10 ayat.
* Sentiasa solat sunat sebagai tambahan kepada solat fardhu.
* Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
* Selalu berdoa kepada Allah s.w.t.
* Sentiasa  menjauhi segala maksiat.
* Ringan tulang untuk bersedekah atau melakukan kebaikan.
* Bersangka baik dengan Allah s.w.t. Segala ketentuan Allah pasti ada kebaikan kepada kita.
* Menjaga kesihatan dengan bersukan.
* Menjaga pemakanan yang betul ( diet )
* Hargailah kebolehan diri sendiri.
* Terimalah kekurangan yang ada pada diri kita dengan hati yang terbuka.
* Bersyukur dengan nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.
* Cintai diri sendiri.
* Terima segala kententuan Allah s.w.t ( Qada' dan Qadar Allah ).
* Luahkan perasaan dan menangis sepuas-puasnya di hadapan Allah s.w.t
* Buat solat hajat.
* Melihat ke arah lautan.
* Melihat ke arah pohon yang menghijau lebih-lebih lagi di waktu pagi.
* Melihat ikan yang sedang berenang.

Ching Ai Ching Ai

Allah Hoo Allah Hoo

Mesti Dengar Nasheed Best Punya

Apabila Ulama' Tiada



Tiga golongan manusia yang Allah s.w.t tidak akan memandang, tidak akan menyucikan mereka dan tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat nanti dan mereka akan mendapat azab daripada Allah s.w.t iaitu:

* Orang tua yang berzina.
* Pemerintah atau sultan yang membohongi rakyatnya ( raja yang berbohong).
* Orang miskin yang takabur atau orang fakir yang sombong.

Antara alamat-alamat kiamat juga ialah:

* Allah mengangkat ilmu. Allah s.w.t tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari dada orang alim tetapi Allah s.w.t akan mematikan orang alim lalu pengantinyan nanti tidak dapat menandingi ilmu yang ada pada ulama' yang terdahulu. Pada pendapat saya kemungkinan juga Allah menarik ilmu dengan cara ulama' yang ada tidak mahu menyatakan kebenaran yang mereka tahu lalu masyarakat menjadi jahil dan kucar kacir kerana jahil. Setelah ulama' tidak ada, maka orang ramai meminta pandangan orang jahil lalu orang jahil tersebut memberi pendapat mereka dan orang ramai pun beramal dengan pendapat yang sesat itu.

* Orang jahil diangkat dan diberi kepercayaan mendapat tempat di hati masyarakat berbanding dengan ulama'. Di akhir zaman orang jahil akan bercakap , maka mendapat sokongan daripada orang ramai tetapi apabila orang yang berilmu ( alim ) bercakap maka mereka akan disekat-sekat serta tidak mendapat sokongan daripada orang ramai.

* Minum arak menjadi perkara biasa dan meluas. Masyarakat sudak tidak memandang pelik kepada orang yang minum arak malah menganggap arak adalah perkara biasa. Ada juga orang yang megaku sebagi seorang muslim tetapi mengatakan bahawa dia tidak jumpa perkataan arak dalam al-Quran. Ingatlah Allah maha mengetahui dengan segala perbuatan hamba-Nya.

* Berleluasa perbuatan zina. Malahan ada di antara ibu bapa sendiri tidak merasa perbuatan anak mereka yang boleh  membawa kepada perzinaan seperti bercouple, tengok wayang bersama, keluar bersama, berkasih-kasihan, jalan bersama  dan lain-lain lagi adalah merupakan perkembangan sihat seorang remaja. Akhirnya perbuatan ini akan membawa kepada perzinaan dan seterusnya akan membawa kepada dosa membuang bayi. Inilah akibatnya apabila manusia menjauhi agama.

Penyakit Agama



Sesungguhnya pada agama itu juga ada penyakit yang membantut perkembangan agama secara sihat. Oleh sebab itulah kenapa sampai sekarang masih ada lagi golongan atau kumpulan yang tidak dapat memahami agama yang sebenarnya, seperti mana yang kita tahu bahawa barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepada diri mereka kebaikan maka Allah s.w.t akan memberinya faham tentang Islam ( agama ). Faktor yang merosakkan kesucian agama Islam sekarang adalah seperti berikut:


* Orang faqih atau alim yang jahat, yakni tidak mahu menyatakan kebenaran . Menjual agama Allah s.w.t dengan harga yang sangat murah ( kesenangan dunia yang sementara seperti pangkat, kedudukan , gaji yang tinggi, projek dan sebagainya ). Orang alim ini tidak dapat menahan dirinya daripada godaan dunia yang indah ini lalu menyembunyikan kebenaran dan tidak berani mencegah kemungkaran. Ingatlah ada satu golongan di padang Mahsyar nanti yang akan mengheret perut mereka yang terburai dan busuk di khalayak ramai, maka inilah balasan kepada orang alim yang tidak mahu menyatakan kebenaran dan tidak berani untuk mencegah kemungkaran kerana menjaga perutnya di dunia. Na'uzubillah.


* Golongan kedua yang menjadi penyakit kepada agama , lalu mereka memusnahkan kesucian agama ialah pemerintah yang zalim ( tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya ) seperti undang-undang Allah s.w.t tidak dilaksanakan kerana kurang keyakinan terhadap kemampuan hukum Allah, lalu undang-undang ciptaan manusia menjadi sanjungan. Ingatlah pemerintah yang zalim akan masuk neraka lebih awal daripada orang-orang kafir. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan disoal tentang orang yang dipimpin." Termasuk dalam golongan pemimpin juga ialah seorang suami atau bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka terhadap isteri dan anak-anak mereka. Isteri dan anak-anak dibiarkan tanpa ilmu agama dan bebas mengikut cara hidup orang barat seperti bergaul bebas , tidak menutup aurat, tidak menunaikan solat dan sebagainya. Ingatlah bahawa api neraka itu bukan seperti api mancis.....


* Penyakit agama yang ketiga ialah orang jahil yang mengaku pandai. Mereka bebas mengeluarkan fatwa mengikut selera akal mereka yang dangkal dan sempit itu. Bagi mereka kebaikan itu ialah apabila fikiran atau akal kita boleh menerima rasionalnya. Contohnya menyambut hari raya bersama dengan perayaan agama lain atas alasan perpaduan, mengadakan konsert amal dengan tujuan membantu anak yatim, artis mempersembahkan nyanyian untuk menghibur anak yatim di bulan Ramadhan, lotri kebajikan masyarakat, bersalaman lelaki perempuan itu boleh, Konsert nyanyian untuk hiburan keluarga. Bercouple untuk tujuan menuntut ilmu dan lain-lain lagi. Ingatlah bahawa Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.





Sebagai kesimpulanya:

* Orang alim wajib beramal dan amanah dengan ilmu agama yang Allah s.w.t kurniakan kepada mereka. Berkatalah benar walaupun pahit. Ketahuilah satu jihad yang sangat besar ialah berkata benar di hadapan sultan atau pemerintah yang zalim.


* Pemerintah hendaklah  berlaku adil kepada semua rakyat  yang dipimpin tidak kira bangsa, agama, status, fahaman politik dan sebagainya.


* Orang yang jahil wajib menuntut ilmu. Janganlah sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa kerana orang yang mentafsir al-Quran mengikut akalnya sedialah satu tempat di neraka. Seseorang yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu akan berdosa walaupun fatwa yang diberikan itu betul.Ingat...........Serahkanlah sesuatu urusan itu kepada ahlinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya atau pakarnya maka tunggulah saat kehancuran ".



Bilakah Qiamat ?


Apabila kita melihat ,memerhati dan berfikir dengan kejadian dan fenomena yang berlaku di sekeliling kita kemudian kita rujuk kepada al-Quran dan hadis maka kita dapati bahawa hampir kesemua tanda-tanda qiamat yang telah diberitakan oleh Allah s.w.t sama ada melalu al-Quran ataupun al-Hadis telah pun berlaku. Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhati dan Muslim.




Antara tanda qiamat itu ialah :

* Sedikit ilmu agama, yakni orang yang mempunyai ilmu agama itu sedikit golongannya ataupun orang tidak menguasai ilmu agama sebagaimana ilmu-ilmu lain. Malahan ada orang yang tidak berminat langsung untuk mempelajari ilmu-ilmu agama yang didakwa tidak memberi apa-apa keuntungan.

* Kejahilan semakin jelas. Orang yang jahil semakin ramai daripada orang alim. Apabila orang alim bercakap orang ramai tidak mempercayai atau tidak memberi sokongan tetapi apabila si jahir mengeluarkan pendapat ramai pula orang yang mengiakan dan memberi sokongan termasuklah juga ulama' mata duitan .

* Perbuatan zina berlaku secara terang-terangan tetapi tidak ada pihak yang cuba menghalang malahan ada yang mengatakan " biasalah orang muda ". Ada beberapa tempat pelacuran yang dibenarkan beroperasi dengan halal. Sebab itu ada istilah zina halal, zina haram dan judi halal dan judi haram. Fikirlah sendiri.

* Jumlah perempuan lebih ramai daripada jumlah lelaki sehinggalah di akhir zaman nanti seorang lelaki akan berkahwin dengan 50 perempuan kerana kejahilan mereka.

* Orang tidak melaksanakan hukum Allah s.w.t yang menyebabkan semakin hari semakin banyak maksiat, jenayah yang akan menyebabkan kerosakan dan kehancuran dunia ini. Sama-samalah kita beringat.

Waktu Berjalan Cepat Tanda Kiamat Sudah Dekat

 
     Pada hari ini kita merasakan masa berlalu begitu cepat sekali. Satu hari berada ditempat kerja kadang-kadang tidak ada satu kerja pun yang dapat diselesaikan. Masa berjalan terus tanpa mempedulikan manusia yang masih lagi leka dengan maksiat dan masih lagi tidak mahu bertaubat, konong-konongnya ingin bertaubat apabila ajal hampir tiba atau setelah hari tua. Sedarlah wahai insan jangan terpedaya dengan tipuan dunia yang penuh dengan keseronokan yang berbentuk sementara. 

     Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Anas  bin Malik yang bermaksud:" Tidak akan berlaku qiamat sehingga masa menjadi singkat. Setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan pula dirasakan seumpama seminggu, Seminggu pula dirasakan seperti sehari, adapun sehari pula bagaikan satu jam dan satu jam berlalu seolah-olah bagaikan satu percikan api sahaja ."

     Rasulullah pernah menyatakan kepada kita bahawa keadaan umat akhir zaman dengan kejadian kiamat itu terlalu dekat ibaratkan dua jari yang bersebelahan. Insaflah wahai teman........

Adakah Anda Seorang Yang Zuhud ?.


Zuhud adalah satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang atau menahan jiwa dari segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik. Tanda-tanda seseorang itu zuhud adalah seperti berikut:




* Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan.

* Tidak terlalu sedih sekiranya sekiranya mendapat sesuatu kesedihan.

* Sentiasa memandang sama , sama ada terhadap orang yang memuji atau orang yang mengeji.

* sentiasa merasa tenang ketika beribadah dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal ketaatan.

Selamat Jalan Syaitan !



Cara-Cara Hendak Mengelakkan Diri Daripada Gangguan Syaitan.

Syaitan memanglah bertugas untuk menganggu dan mengoda anak Adam sampai hari akhirat. Kita sebagai seorang muslim wajib percaya adanya jin, iblis dan syaitan. Barang siapa yang tidak percaya kewujudan makhuk ini juga akan membawa kepada terjejasnya akidah. Cuma kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah s.w.t hendaklah faham bahawa mereka juga makhluk Allah seperti manusia , malaikat , binatang, tumbuhan dan makhluk lain yang tidak mempunyai apa-apa kuasa tanpa izin Allah s.w.t. Kita hanya perlu meminta,berharap dan takut kepada Allah s.w.t sahaja. Sesiapa yang meletakkan harapan kepada selain dari Allah s.w.t maka mereka tergolong daripada golongan musyrikin. Kita boleh mengelakkan diri daripada gangguan syaitan dengan melakukan perkara-perkara berikut:

* Sentiasa berada dalam keadaan berwudu' sepanjang waktu.

* Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t khususnya apabila hendak melakukan sesuatu perkara seperti makan,minum, keluar rumah, naik kenderaan,tidur, bersama isteri dan lain-lain lagi.

* Sentiasa berzikir yakni mengingati Allah s.w.t ( tidak lalai ).

* Sentiasa membaca al-Quran , sekurang-kurangnya 10 ayat sehari kerana syaitan tidak akan mengunjungi rumah yang dibaca dalamnya surah al-Baqarah selama tiga hari. Rumah yang tidak dibaca al-Quraan di dalamnya maka ia dianggap sebagai kubur.

* Sentiasa membaca ayat Qursi,surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.

* Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat kerana ahli maksiat itu sangat digemari oleh syaitan.

* Sentiasa berusaha untuk melakukan segala suruhan Allah s.w.t. ( perkara fardhu seperti solat, tutup aurat dsb)

* Jangan tinggal bersendirian sebaliknya sentiasalah berada dalam kumpulan atau jamaah.

* Elakkan diri daripada berada di tempat yang sunyi.

* Elakkan diri daripada berada di tempat yang gelap.

* Elakkan diri daripada berada di tempat-tempat kotor ( tandas ).

* Elakkan diri daripada tempat yang terlalu ramai orang seperti pasar.

* Apabila terdengar bisikan atau lintasan daripada iblis hendaklah segera mengingati Allah s.w.t.


Sebarang penambahan adalah dialu-alukan, sekian.

Taqwa


Talak bin Habib  berpendapat bahawa taqwa itu ialah:

* Beramal dengan perkara-perkara ketaatan kepada Allah s.w.t yakni melakukan segala suruhan Allah.
* Mengharapkan balasan hanya dari Allah s.w.t semata-mata.
* Meninggalkan segala larangan Allah s.w.t yakni perkara-perkara maksiat.
* Takutkan kepada azab Allah s.w.t yakni tidak takut kecuali kepada Allah s.w.t sahaja.

Manakala Saidina Ali berpendapat bahawa taqwa itu ialah kita menjalani hidup ini dengan penuh berhati-hati dari melakukan perkara maksiat sebagaimana kita berjalan di waktu malam yang gelap di tempat yang penuh duri, sudah tentu kita akan berjalan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati supaya kaki kita tidak terkena duri.

Adab-Adab Menuntut Ilmu Menurut Perspektif Islam



Menuntut ilmu adalah merupakan suatu ibadat yang sangat dituntut oleh Islam. Malahan Islam mewajibkan setiap penganutnya untuk menuntut ilmu lebih-lebih lagi ilmu fardhu ain. Wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w juga berkaitan dengan menuntut ilmu iaitu surah al-Alaq , kalimah yang pertama ialah Iqra' yang bermaksud bacalah oleh mu wahai Muhammad. Oleh itu Islam telah mengariskan beberapa adab menuntut ilmu supaya apa yang kita lakukan dikira sebagai ibadah, antaranya:



* Niat menuntut ilmu mestilah ikhlas kerana Allah s.w.t seperti niat melakukan ibadah-ibadah lain seperti solat, puasa dan sebagainya.

* Menuntut ilmu kerana untuk mencari keredhaan Allah s.w.t ( untuk kebaikan akhirat ) bukan kerana keuntungan keduniaan semata-mata.

* Menuntut ilmu-ilmu yang dibenarkan oleh Islam sahaja, adapun ilmu yang tidak dibenarkan oleh Islam ialah seperti ilmu mencuri,merompak, menipu, mencipta virus,ilmu sihir dan lain-lain lagi yang membawa kepada keburukan,kemusnahan serta kehancuran.

* Semasa menuntut ilmu tidak boleh sama sekali meninggalkan kefardhuan ( kewajipan syariat ) seperti sembahyang dan sebagainya.

* Semasa menuntut ilmu tidak boleh dicampur aduk dengan unsur-unsur maksiat seperti tempat duduk yang tidak mengasingkan antara lelaki dengan perempuan, tidak menuntut aurat, bersentuhan lelaki dan perempuan, mengumpat dan sebagainya.

* Memuliakan dan menghormati guru.

* Selalu mendoakan keselamatan,kesejahteraan dan keampunan untuk guru.

* Tidak melakukan sesuatu aktiviti yang tidak bersangkutan dengan P&P tanpa keizinan guru.

Berapa Umur Nabi-Nabi Kita?



Umur Nabi Adam 930 tahun.
Umur Nabi Nuh 1000 tahun.
Umur Nabi Ibrahim 195 tahun.
Umur Nabi Ismail 137 tahun.
Umur Nabi Ishak 137 tahun.
Umur Nabi Yaakob 144 tahun.
Umur Nabi Yusof 110 tahun.
Umur Nabi Musa 123 tahun.
Umur Nabi Daud 70 tahun.
Umur Nabi Sulaiman 180 tahun.
Umur Nabi Zakaria 300 tahun.
Umur Nabi Yahya 95 tahun.
Umur Nabi Syuib 254 tahun.
Umur Nabi Soleh 180 tahun.
Umur Nabi Hud 165 tahun.
Umur Nabi Isa semasa sebelum diangkat ke langit 33 tahun.
Umur Nabi Muhammad s.a.w 63 tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun ."

Kenapa Amalan Kita Tidak Diterima Allah s.w.t



Sesungguhnya Allah s.w.t menggalakkan hamba-Nya melakukan amal kebaikan sebagai bekalan kepada mereka di hari pembalasan nanti . Betapa ramai antara kita yang melakukan kebaikan , tetapi Allah tidak akan menerima amalan baik mereka kecuali mereka memenuhi syarat-syarat berikut:

* Amalan yang kita lakukan mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia.

* Amalan yang dilakukan hendaklah bertepatan dengan tuntutan syarak bukan hanya agak-agak sahaja dengan berpandukan akal semata-mata.

* Amalan yang dilakukan hendaklah suci daripada perkara-perkara yang syirik kepada Allah s.w.t seperti pemujaan, bomoh yang menggunakan jin, ajaran sesat dan sebagainya.

* Amalan yang dilakukan mestilah bebas daripada unsur-unsur maksiat seperti pertunjukan amal, sedekah dengan duit judi,bercouple semasa menuntut ilmu , belajar tanpa menutup aurat  dan sebagainya.

* Tidak meninggalkan atau mengabaikan perkara-perkara wajib, seperti belajar sehingga tinggal solat dan lain-lain lagi.

Kelebihan Umat Muhammad s.a.w

 
Diriwayatkan oleh Muslim dari Huzaipah r.a, sabda Rasulullah s.a.w telah diberi kelebihan umat muhammad (umatku ) di atas sekelian manusia dengan beberapa perkara:

* Dijadikan saf ( barisan solat ) umatku seperti saf para malaikat.
* Dijadikan bumi ini suci kepada umatku. Yakni masjid, mereka bebas untuk menunaikan solat di mana-mana sahaja asalkan tempat itu suci dari najis.
* Dijadikan kepada umatku debu tanah itu suci yang mana mereka boleh gunakan untuk tayammum semasa ketiadaan air.

Ucaplah Alhamdulillah


Ucapan Alhamdulillah adalah satu ucapan yang menandakan kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya. Menurut al-Imam an-nawawi terdapat beberapa ketika atau masa kita disunatkan untuk mengucapkan Alhamdulillah, antaranya ialah:

* Kita disunatkan mengucapkan Alhamdulillah ketika kita mendapat sesuatu kabaikan atau sesuatu nikmat.

* kita juga disunatkan mengucap Alhamdulillah ketika kita terselamat daripada sesuatu bencana atau kesusahan.

* Ketika selepas makan atau minum.

* ketika kita selepas sendawa menandakan kenyang.

* Selepas bersin kerana bersin itu telah mengeluarkan banyak kuman penyakit. Kajian mendapati apabila seseorang itu bersin segala organ dalamannya berhenti seketika.

* Selepas melakukan majlis pertunangan.

* Selepas melakukan aqad nikah.

* Selepas keluar dari tandas.

* Ketika hendak memulakan penulisan bagi penulis atau pengarang.

* Ketika hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran.

* Ketika hendak bermutalaah bagi seorang penuntut.

* Menjadi rukun dalam khutbah jumaat.

* Ketika hendak memulakan doa.

* Ketika hendak mengakhiri sesuatu doa.

P/S: Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak berterima kasih kepada manusia. Sekiranya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita, maka Allah akan tambahkan nikmat-Nya. Rezki yang baik itu ialah rezki yang cukup walaupun sedikit.

Fitrah




Pada diri anak Adam itu ada beberapa bahagian yang tumbuh secara fitrah dan mereka disunatkan untuk membuangnya, antaranya:





- Anak Adam disunatkan bersugi.
- Mencukur misai dan menyimpan janggut.
- Mencukur bulu ketiak.
- Memotong kuku sama ada kuku tangan atau kaki.
- mencukur bulu ari-ari sekurang-kurangnya 40 hari sekali.
- Bersunat . Menurut Mazhab Shafie bersunat adalah wajib bagi kaum lelaki dan sebagai penghormatan bagi kaum perempuan.

Semua ini ada hikmahnya tetapi oleh kerana kejahilan manusia maka mereka tidak tahu kabaikannya. Kemungkinan inilah cara Islam menjaga penampilan umat Islam.

Waktu Afdhal Membaca Al-Quran



Pada dasarnya kita disunatkan membaca al-Quran tidak kira waktu mana sekalipun selain waktu haid,junub,hadas besar,ketika khutbah, majlis ilmu dan di tempat-tempat yang tidak sesuai seperti tandas dan sebagainya. Namun begitu menurut imam Nawawi rahimahullah antara waktu yang afdhal membaca al-Quran ialah seperti berikut:


- Di dalam solat, memanjangkan solat kerana membaca al-Quran lebih baik daripada memanjangkan sujud dan rukuk.


- Membaca al-Quran pada waktu malam.


- Membaca al-Quran pada separuh atau 1/3 malam istemewanya ketika waktu solat Tahajjud.



- Membaca al-Quran ketika di antara Maghrib dengan Isyak.Barangsiapa yang menunggu waktu sembahyang , seolah-olah ia sedang beribadat lebih-lebih lagi sekiranya mereka membaca al-Quran.


- Sekiranya dibaca pada waktu siang maka waktu yang paling afdhal ialah selepas solat subuh.




P/S : Apa yang paling penting ialah bukan sekadar membaca al-Quran sahaja tetapi mestilah diamalkan secara istiqamah dan ikhlas kerana Allah s.w.t

Perkara-Perkara yang Ditegah Semasa Qada' Hajat Dan Ber............



Perkara-perkara yang dilarang ketika qada' hajat dan berjima'.


* Berzikir atau bercakap-cakap sama ada qada' hajat itu berlaku di dalam bilik yang tertutup atau di padang pasir.


* Dilarang mengucap Alhamdullillah sekiranya sendawa ketika qada' hajat dan berjima'.


* Dilarang mengucap Alhamdullillah sekiranya bersin ketika menunaikan qada' hajat dan berjima'.


* Dilarang membaca al-Quran ketika qada' hajat dan berjima'.


* Dilarang menjawab salam ketika qada' hajat dan berjima'.


* Dilarang menjawab azan ketika qada' hajat dan berjima'.


Namun begitu dibenarkan bercakap ketika darurah sahaja. Seseorang itu boleh mengucapkan alhamdullilah tapi sekadar dalam hati dan tidak dilafaz dan bergerak bibir mulut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...