twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Lelaki Sejati

Sebagai seorang muslim kita mesti menunaikan hak seorang sahabat. Sekiranya seorang sahabat itu meminta nasihat dalam sesuatu hal dan sekiranya kita mampu untuk menasihatinya maka wajib bagi kita untuk menasihatinya. Nasihat itu pula hendaklah diberikan dengan penuh keikhlasan dan tanpa sarat. Seorang yang mampu menasihati orang lain dengan nasihat yang berguna maka ia membuktikan sifat seorang lelaki yang sejati. Menurut Saidina Ali k.a.w lelaki itu ada tiga jenis: Lelaki yang cukup sifat seorang lelaki, lelaki yang bersifat separuh lelaki dan lelaki yang tidak bersifat lelaki.

* Lelaki yang sempurna sebagai seorang lelaki (lelaki sejati)  iaitu lelaki yang mempunyai buah fikiran (pendapat) dan ia mampu untuk menasihati orang lain bila diperlukan.

* Lelaki yang mempunyai sebahagian sahaja sifat lelaki iaitu lelaki yang ada buah fikiran tetapi tidak mampu untuk menasihati orang lain apabila diminta berbuat demikian.

* Lelaki yang tidak mempunyai sifat lelaki sejati iaitu lelaki yang tidak mempunyai buah fikiran langsung dan tidak pula mampu untuk menasihati seseorang.

P/s: Fikirkan, anda daripada golongan mana?

Jenis - Jenis Ciuman

Menurut al-Imam Mahmud Saltut r.a ciuman atau kucupan itu terbahagi kepada beberapa jenis:

* Ciuman kasih sayang daripada ibu bapa kepada seorang anak iaitu ciuman di pipi.

* Ciuman kasih sayang anak kepada ibu bapa iaitu di atas kepala.

* Ciuman kasih sayang sebagai seorang sahabat iaitu di dahi.

* Ciuman kasih sayang suami isteri iaitu di mulut.

* Ciuman kasih sayang kepada ulama' dan pemimpin yang adil menurut Islam iaitu di tangan.

Wasiat Rasulullah RAW

Daripada Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: Wahai Anas:

* Sentiasa pertahankan wudu' akan bertambahlah usiamu.
* Berilah salam kepada sesiapa yang kamu jumpa daripada umatku, akan bertambahlah kebaikanmu.
* Sentiasalah solat dhuha kerana ia adalah solat orang yang bertaubat. Seramai 15000 orang ahli sihir Firaun   telah beriman dengan Nabi Musa pada waktu dhuha.
* Berilah salam ketika memasuki rumah kamu, ia akan menambahkan keberkatan ahli keluargamu.
* Kasihanilah kanak-kanak dan hormatilah orang dewasa, kamu akan bersamaku (Rasulullah) di akhirat nanti.

SURAH AL-FATIHAH

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) 
Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Lima Amalan Yang Akan Membawa Kebahagiaan Di Dunia dan Akhirat

* Sentiasa menyebut kalimah sahadah pada setiap masa.

* Apabila mereka diuji dengan sesuatu bala' mereka akan berkata " Inna lillahi wa Inna Ilaihi Raajiuun"

* Apabila mereka mendapat sesuatu nikmat atau kesenangan maka berkata " Alhamdulillah "

* Apabila mereka memulakan sesuatu pekerjaan mereka membaca " Bismillah "

* Apabila mereka melakukan sesuatu dosa mereka mengucapkan kalimah "Istighfar"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...