twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Lailatul Qadar dan Tanda-Tandanya


Sesungguhnya Allah s.w.t telah memuliakan Umat Muhammad dengan pelbagai keistemewaan di antaranya Allah mengutuskan seorang rasul untuk seluruh alam yang bersamanya Allah turunkan kitab al-Quran sebagai petunjuk. Allah s.w.t juga telah kurniakan kepada Umat Nabi Muhammad dengan Malam al-Qadqr yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu yang mana ibadah di malam ini lebih baik daripada seribu bulan lain iaitu lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

Sebab-Sebab Dinamakan Malam al-Qadar ialah:

* Al-Qadar bermaksud mulia, oleh kerana malam itu sangat mulia maka ia dinamakan al-Qadar.

* Dinamakan al-Qadar kerana pada malam inilah ditentukan qadar apa yang berlaku sepanjang tahun.

* Kerana ibadah pada malam itu sangar besar kadar ganjarannya.


Tanda-Tanda Malam Al-Qadar:


Menurut as-Shaikh u'saimain antara tanda-tandanya ialah:

* Pada malam al-Qadar cuaca lebih terang daripada malam biasa.

* Pada Malam itu jiwa manusia menjadi tenang.

* Pada malam itu dada manusia menjadi lapang.

* Pada malam itu Manusia dapat merasakan keseronokan beribadah berbanding dengan malam-malam lain.

* Angin bertiup dengan nyaman dan tidak ada ribut taufan.

* Matahari terbit pada waktu pagi dalam keadaan tidak bersinar, ini kerana ada pendapat mengatakan bahawa ia ditutupi oleh sayap para malaikat yang hendak naik kelangit selepas waktu subuh.

* Ramai orang memberi salam pada malam itu.

* setengah pendapat mengatakan tiada bunyi salakan anjing pada malam itu.

Kelebihan Malam Al-Qadar:

* Malam diturunkan al-Quran.

* Malam yang dipenuhi keberkatan.

* Malam ketentuan ajal dan rezki pada tahun itu.

* Kelebihan beribadah pada malam itu lebih daripada 1000 bulan lain.

* turunnya para malaikat dari langit dengan kebaikan,kerahmatan,keberkatan dan keampunan.

* Malam yang dipenuhi keselamatan dan tidak ada keburukan.

* Keampunan bagi mereka yang bangun beribadah.

Azan Solat Golongan Syiah

Jauhi Empat Perkara


Empat perkara yang menyebabkan dunia anda menjadi sempit,pemikiran anda menjadi rungsing dan dada anda menjadi tidak tenang:

* Marah dan tidak redha dengan qada' dan qadar Allah s.w.t .

* Berterusan melakukan maksiat tanpa bertaubat.

* Hasad dengki dengan orang lain, suka berdendam dan cemburu dengan kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada orang lain. Bercita - cita supaya nikmat yang diperolehi oleh mereka itu hilang atau musnah.

* Enggan berzikir atau mengingati Allah s.w.t

Fikir - fikirkanlah wahai sahabatku........

Sekadar Hiburan - Kucing Bercakap

Hormatilah Ayah dan Ibu

Jangan Derhaka Kepada Ayah

Jenis-Jenis Ibadah


Ibadah itu terbahagi kepada beberapa jenis:

* Ibadah yang tidak ditentukan masa dan tempat, contohnya ialah mengucap dua kalimah sahadah.

* Ibadah yang yang dikaitkan dengan masa tetapi tidak dikaitkan dengan tempat , contohnya solat, puasa dan lain-lain.

* Ibadah yang dikaitkan dengan masa dan kadar tetapi tidak dikaitkan dengan temapt, contohnya zakat.

* Ibadah yang dikaitkan dengan masa dan tempat contohnya ibadah haji.

Only Ramadhan


Hanya Bulan Ramadhan.......

* Bulan yang disebut di dalam al-Quran.

* Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

* Bulan yang diwajibkan berpuasa.

* Bulan yang ada pada sembahyang Tarawikh.

* Bulan yang diwajibkan dalamnya zakat fitrah.

* Bulan yang ada dalamnya malam al-Qadar.

* Bulan yang diturunkan al-Quran dan kitab-kitab lain.

* Bulan yang ada dalamnya sahur.

* Bulan yang diangkat azab kubur.

* Bulan yang sekiranya umat Islam mati dalamnya dibebaskan dari azab kubur.

* Bulan yang diganda pahala amalan wajib sehingga 700 kali ganda.

* Bulan yang diberi ganjaran ibadat sunat sama dengan pahala ibadat wajib.

* Bulan yang dilakukan dalamnya tadarus al-Quran.

* Bulan yang ditutup semua pintu neraka.

* Bulan yang dibuka semua pintu syurga.

* Bulan yang dirantai dan dibelenggu semua syaitan.

* Bulan orang yang tertidur kerana keletihan berpuasa dianggap seperti sedang beribadah.

* Bulan yang mulut berbau kerana berpuasa wangi disisi Allah lebih wangi daripada wangian kasturi.

* Bulan yang orang yang menunaikan umrah diberi paha seperti haji.

* Bulan yang dimakbulkan doa oleh Allah s.w.t lebih-lebih lagi ketika berbuka.

* Bulan yang balasan pahalanya tidak dinyatakan oleh Allah s.w.t

* Bulan umat Islam rajin ke masjid.

* Bulan yang diturunkan qadar seseorang dalam satu tahun.

* Bulan yang semua orang tahu bila masuk waktu maghrib.

* Bulan yang mengajar umat Islam menepati waktu iaitu waktu berbuka dan bersahur.

* Bulan yang ada padanya BAZAR RAMADHAN.

Adab-Adab Orang Yang Berpuasa.


Seseorang yang berpuasa bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga semata-mata tetapi ia perlu juga menjaga adab-adab berpuasa. Antaranya ialah:

1 - Menjauhi perkara-perkara yang sia-sia seperti mengumpat,mencerca,mengadu domba, bertengkar, menyakiti orang lain,mendengar muzik yang tidak islamik dan lain-lain lagi.

2 - Bersahur walaupun dengan seteguk air sejuk dan sebiji buah tamar kerana dalam sahur itu ada keberkatannya.

3 - Berbuka dengan buah tamar kerana ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Banyak fadhilatnya.

4 - Menyegerakan berbuka puasa setelah yakin masuk waktu maghrib.

5 - Berdoa kepada Allah s.w.t ketika berbuka kerana ia merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa.

6 - Memberi makan untuk orang lain berbuka puasa kerana sesiapa memberi makan untuk orang lain berbuka maka ia akan memperolehi pahala puasa seperti orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa orang tersebut.

7 - Memperbanyakkan bersedekah kepada fakir miskin untuk meningkatkan hubungan silaturrahim.

8 - Sembahyang tarawikh pada setiap malam, ini kerana solat tarawikh hanya terdapat di bulan Ramadhan sahaja. Jadi rebutlah peluang sebelum ajalmu datang.

9 - Beriktikaf di dalam masjid terutama sepuluh malam terakhir.

Kelebihan Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah s.w.t sediakan khusus untuk Umat Muhammad s.a.w dan bersamanya Allah s.w.t sediakan lima perkara sebagaimana sabda Rasulullah s.w.t daripada Jabir r.a yang bermaksud: " Telah diberikan kepada umatku lima perkara yang tidak diberikan kepada umat nabi sebelumku." Iaitu:

* Apabila tiba malam pertama di bulan Ramadhan maka Allah s.w.t akan melihat kepada mereka dan sesiapa yang Allah melihat kepadanya maka ia tidak akan diazab selama-lamanya.

* Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada wangian kasturi di sisi Allah s.w.t.

* Sesungguhnya para malaikat sentiasa meminta keampunaan kepadanya siang dan malam.

* Sesungguhnya Allah s.w.t memerintah supaya syurga berhias dan bersiap sedia untuk menerima dan melayan hamba-Nya yang akan berehat di dalamnya daripada keletihan dunia.

* Pada akhir malam di bulan Ramadhan Allah s.w.t akan mengampunkan dosa mereka keseluruhannya.

Ya Nabi Salam

Islamic Song

Qisas

Hukum qisas adalah sama seperti hukum hudud, iaitu hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah hukumnya di dalam al-Quran dan hadith yang wajib dikenakan ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya di Mahkamah.

Hukum qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukum balas. Membunuh dibalas dengan bunuh, melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Dalil:
Firman Allah s.w.t surah al-Baqarah 178 yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu menjalankan hukuman qisas dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh ,"

Kesalahan-Kesalahan Yang Wajib Dikenakan Hukuman Qisas:

* Membunuh orang lain dengan sengaja.

* Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

* Melukakan orang lain dengan sengaja.

Kenali Hudud

Pengenalan:
Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan di dalam al-Quran dan hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah s.w.t ysng tidak boleh ditukar ganti,tidak boleh diubah suai dan tidak boleh dipinda sesuka hati mengikut selera semasa seseorang.

Hukum hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar hukum-hukum Allah s.w.t yang telah ditentukan di dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah termasuk dalam golongan orang zalim. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah 229 yang bermaksud : " Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan Allah s.w.t maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Kesalahan-Kesalahan Yang Wajib Dikenakan Hukuman Hudud Ialah:

a - Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.

b - Menuduh orang lain berzina ( Qazaf ) iaitu membuat tuduhan berzina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

c - Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

d - Mencuri iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan milik tuannya tanpa kebenaran atau persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

e - Murtad iaitu orang yang keluar dari agama Islam sama ada dengan perkataan,perbuatan atau dengan iktikad kepercayaan.

f - Merompak ( hirabah ) iaitu keluar seorang atau berkumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g - Pendurhaka ( bughat ) iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri atau pemimpin yang menjalankan syariat Islam dan hukum Allah s.w.t yakni memerintah negara dengan undang-undang Islam bukan undang-undang sekular.

Helah Yang Dibenarkan Dalam Islam


Berbohong atau helah adalah satu dosa dalam agama Islam. Namun begitu terdapat beberapa pengecualian yang akan membawa kepada kemaslahatan. Antara pengecualian tersebut ialah:

* Membuat helah dengan tujuan untuk mendamaikan antara dua pihak yang bergaduh supaya mereka berbaik semula.

* Membuat helak atau tektik di dalam peperangan.

* Membuat helah bagi mendamaikan antara isteri sekiranya berkahwin lebih dari satu.

* Membuat helah bagi menenangkan anak kecil yang sedang menangis meminta sesuatu yang tidak dapat ditunaikan.

* Membuat helah bagi menyelamatkan nyawa seseorang yang sedang diancam.

Mengumpat Yang Dibenarkan


Mengumpat itu merupakan salah satu daripada amalan dosa besar. Namun begitu ada beberapa keadaan dikecualikan antaranya ialah:

* Menyebut sesuatu kecacatan atau keaiban kerana tujuan untuk memperkenalkan seseorang. Contoh: Di manakah rumah Mamat black?
* Menyebut sifat buruk seseorang untuk memberi amaran supaya orang lain tidak terkena tipu daya seseorang. Contoh: Jangan bagi pinjam duit kepadanya kerana ia terkenal dengan tidak suka bayar hutang.
* Menyebut kezaliman seseorang pemimpin yang telah dilakukan kepada rakyatnya.
* Menyebut sesuatu yang memang telah diketahui umum seperti kejahatan Firaun, Qarun dan sebagainya.

Doa YangTiada Hijab Dengan Allah


Doa mereka yang tiada hijab dengan Allah s.w.t ialah:

* Doa seorang pemimpin yang adul lagi bertaqwa kepada Allahs.w.t

* Doa mereka yang dizalimi.

* Doa mereka yang berpuasa ketika mereka berbuka puasa.

Perbezaan Solat Antara Lelaki Dan Perempuan


Perbezaannya ada lima perkara:

1 - Lelaki merenggangkan kedua tanganya dari lambung ketiaknya ketika takbir tetapi perempuan hendaklah merapatkannya.

2 - Ketika sujud paha lelaki hendaklah direnggangkan tetapi perempuan hendaklah dirapatkan.

3 - Bacaan lelaki hendaklah dinyaringkan ketika solat Maghrib, Isya' dan Subuh sementara perempuan sebaliknya.

4 - Apabila berlaku sesuatu peristiwa dalam solat yang perlu ditegur seperti imam terlupa rakaat maka lelaki boleh berkata Subhanallah makala perempuan hendaklah menepuk belakang tangan kiri dengan pahanya.

5 - Aurat lelaki antara pusat dan lutut sedangkan perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangannya sahaja.

Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Haidh Dan Nifas.


Perkara-perkara berikut adalah haram dilakukan oleh perempuan yang sedang dalam haidh dan nifas.

* Solat atau sembahyang.
* Membaca,menyentuh dan membawa al-Quran ( kecuali tafsir al-Quran ).
* Tawaf.
* Bergurau senda antara pusat dan lutut kerna dibimbangi akan membawa kepada jima'.
* Berjima' atau bersetubuh.
* Bercerai ( bagi haidh sahaja )
* I'tikaf ( berhenti ) di dalam masjid. Adapun lalu di dalam masjid dibolehkan sekiranya aman dari kekotoran ( darah haidh ).

Apa Ada Dengan Tamar


Buah Tamar atau dikenali sebagai buah Kurma adalah sejenis buah yang banyak khasiatnya. Oleh sebab itu Allah s.w.t telah memerintahkan Maryam untuk mengoyangkan pohon Tamar supaya buahnya gugur untuk dimakan oleh Maryam semasa beliau hendak melahirkan Nabi Isa. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqas : " Sesiapa yang makan tujuh biji Tamar A'jwah maka sihir dan racun tidak dapat memudharatkannya."Tidak ada yang lebih baik dari Tamar sebagai makanan dan ubat kepada perempuan yang hamil. Antara kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada buah Tamar ialah:

* Memberi kekuatan kepada urat dan anggota badan.
* Melambatkan proses penuaan lebih-lebih lagi sekiranya diminum dengan susu.
* Khasiat yang ada pada buah Tamar lebih baik daripada daging dan tiga kali ganda daripada ikan.
* Mujarab untuk mereka yang menghadapi masalah kurang darah dan sakit dada.
* Jika diminum dalam bentuk jus maka ia sangat baik bagi kanak-kanak,orang tua,ahli sukan,buruh dan perempuan hamil.
* Menambahkan berat badan bayi.
* Menjaga kelembapan mata, menambah kilauan mata, mencegah biji mata daripada terkeluar, mencegah daripada terjadinya selaput mata dan menguatkan penglihatan.
* Menguatkan pendengaran.
* Mengurangkan gementar dan menambahkan ketenangan jiwa jika dimakan diwaktu pagi bersama susu.
* Melembutkan saluran darah serta mengekalkan kelembapan organ penghadzam yang mencegah daripada pendarahan.
* Menguatkan daya pemikiran.
* Mempercepatkan proses penghadzaman.
* Menguatkan tenaga batin dan mencergaskan badan.
* Melawaskan buang air kecil, membersih hati, mencuci buah pinggang, mengubati batuk,mengimbang kadar asid di dalam darah.
* Menguatkan rahim bagi ibu yang sedang hamil.
* Memudahkan ibu bersalin dan mengurangkan tumpah darah ketika bersalin.
* Membersih racun dalam darah.
* Membunuh cacing di dalam perut.
* Mempunyai kadar serat yang tinggi.
* Memberi tenaga yang segera selepas berbuka.



Sumber:
www.55a.net

Membunuh Dengan Kebenaran


Membunuh adalah satu dosa besar dalam Islam. Namun begitu ada pengecualian kepada tiga perkara. Tiga pengecualian ini dinamakan dengan membunuh dengan hak:

* Hukum bunuh bagi orang yang melakukan jenayah pembunuhan ( Qisas).

* Hukum bunuh kepada penzina lelaki dan perempuan yang muhson( sudah berkahwin) iaitu rejam sampai mati.

* Hukum bunuh yang dijatuhkan ke atas orang yang menukar agama(murtad ) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : " Barangsiapa yang menukar agama hendaklah dibunuh ".

Ramadhan Oh Ramadhan


Tawaran Allah s.w.t di dalam bulan Ramadhan.

Allah s.w.t telah memberi kelebihan kepada beberapa makhluk yang Dia kehendaki. Bagi golongan manusia maka Allah s.w.t telah melebihkan Rasulullah s.a.w daripada sekelian makhluk lain. Bagi kategori tempat maka Allah s.w.t telah memberi kelebihan kepada Makah atau Masjidil Haram dengan sembahyang di sana satu rakaat menyamai seratus ribu rakaat di tempat lain. Adapun bagi kategori hari maka Allah s.w.t telah memuliakan hari Jumaat dengan dijadikan penghulu segala hari. Bagi bulan maka Allah telah memuliakan bulan Ramadhan dengan kebaikan ,keberkatan dan keampunan. Bagi malam pula Allah telah memberi kelebihan yang banyak kepada Lailatul Qadar dengan beramal di dalamnya melebihi 1000 bulan yang lain.

Keistemewaan yang terdapat dalam bulan Ramadhan ialah:

1 – Bulan yang diturunkan pada al-Quran yang merupakan panduan kehidupan kea rah jalan yang benar. Di dalamnya mengandungi janji-janji baik, ancaman-ancaman , cerita-cerita tauladan dan lain –lain lagi. Maka kita sebagai mukmin sejati semestinya mengambil berat tentang al-Quran dengan membaca,menghafal, mentafsir, menghayati, mengamal dan melaksanakan semua perintah dan menjauhi semua larangan Allah s.w.t.

2 – Bulan yang dibuka pintu-pintu syurga , ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan dan jin yang jahat. Ini adalah untuk memberi kesenangan kepada hamba-Nya untuk beribadah.

3 – Bulan yang digandakan pahala bagi amalan baik sehingga 70 kali ganda bagi amalan wajib dan bagi amalan sunat diberi pahala seperti amalan wajib .

4 – Bulan yang diberi ganjaran bagi mereka yang menyediakan makan untuk orang lain berbuka , maka Allah akan memberi ganjaran pahala berpuasa kepada mereka sebanyak mana orang yang berbuka dengan makananya tanpa mengurangkan pahala orang lain itu.

5 – Bulan yang ada di dalamnya satu malam yang digelar Malam al-Qadar yang mana pahala beribadah pada malam ini melebihi 1000 bulan lain.

6 – Bulan ini banyak malaikat turun ke bumi dengan membawa seribu keberkatan dan kebaikan kepada umat manusi yang beriman.

7 – Bulan yang ada di dalamnya sahur yang mempunyai keberkatan dan yang membezakan antara puasa seorang muslim dengan kafir.

8 - Bulan yang berlaku padanya Peperangan Badar Kubra yang mendapat kemenengan besar dengan Bantu Allah s.w.t yang menurunkan malaikat dari langit.

9 – Pada Bulan Ramadhan ini juga berlakunya Fathu Makkah yang mana merupakan permulaan fajar Islam di timur dan barat yang menyebabkan berbondong-bondong manusia masuk Islam dann terhapusnaya penyembahan berhala di Kota Makkah diganti dengan Daulah Islamiyah.

10 – Melakukan umrah di bulan Ramadhan bersamaan dengan melakukan haji bersama Rasulullah saw.

11 – Bulan Ramadhan juga merupakan bulan pengampunan dosa dan penghapusan kesalahan yang dilakukan.

12 – Bulan yang ada di dalamnya Solat Tarawikh yang tidak ada dalam bulan-bulan lain.

13 – Bulan yang akan digandakan pahala amalan kebaikan berbanding dengan bulan-bulan lain.

14 – Bulan yang ada padanya satu rukun daripada rukun-rukun Islam dan tidak sempurna Islam seseorang tanpanya dan orang yang mengingkarinya adalah murtad.


Rebutlah peluang yang telah disediakan oleh Allah s.w.t dalam bulan Ramadhan ini sebelum kita dinafikan hak oleh Allah s.w.t dengan kematian yang entah bila ?.

Kenapa Muslim Mundur


Islam adalah agama yang menganjurkan kemajuan dan kejayaan. Apa yang kita perhatikan di seluruh dunia kini adalah umat Islamlah umat yang paling mundur dan tidak boleh bersatu di antara satu sama lain. Apakah faktor yang menyebabkan umat Islam mundur dan tidak dapat bersatu hati untuk menegakkan agama Allah s.w.t yang maha suci. Mari kita lihat pandangan musuh Islam yang paling ketat iaitu Yahudi. Seorang Yahudi yang bernama Morchee Dyan ada berkata , Orang Islam mundur kerana mereka :

* Tidak mengkaji sejarah silam. Yakni muslim tidak mengkaji dan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku kepada umat Islam di masa lampau. Bagaimana Rasulullah s.a.w berjaya di dalam perjuangan baginda , bagaimana para sahabat seperti Omar al-Khatab boleh menguasai dunia, bagaimana Sollahuddin dapat menewaskan tentera Salib. Umat Islam juga patut mengkaji kenapa Islam boleh runtuh di Zaman Kerajaan Othmaniah pada 1924. Apakah faktor kejatuhan kuasa Islam pada masa itu. Sepatutnya semua faktor kejayaan dan kejatuhan itu hendaklah diambil sebagai teladan dan sempadan bagi mengharungi cabaran kuffar di zaman globalisasi ini.

* Gagal merancang. Perancangan adalah merupakan sesuatu yang amat penting bagi menentukan kejayaan seseorang atau sesebuah organisasi , kegagalan merancang dengan baik akan mengakibatkan kegagalan dan kemusnahan pada masa hadapan. Oleh itu semua muslim seluruh dunia mestilah duduk bersama , merancang bagaimana untuk menjadikan Islam sebagai satu agama yang tertinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya supaya Islam menjadi satu agama yang digeruni dan dihormati oleh musuhnya seperti di Zaman Rasulullah s.a.w. Saidina Omar pernah berkata : "Kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang penuh perancangan." Pepatah inggeris juga ada menyebut : " If you fail to plan , you plan to fail".

* Malas. Sikap malas adalah satu sikap negetif yang sedang menular dalam kalangan umat Islam kini, bagi mereka sesuatu pekerjaan dibuat hanya untuk cukup makan sahaja. Sikap inilah yang menyebabkan muslim kurang berjaya dan menjadikan mereka insan tercorot seluruh dunia. Sedarlah.......

Seorang lagi berbangsa Yahudi iaitu Rabin Yahudi ada berkata : " Orang Islam tidak akan mampu untuk merampas balik Masjidil Aqsa daripada tangan orang-orang Yahudi selagimana jumlah orang yang sembahyang subuh tidak sama ramainya dengan jumlah orang yang datang sembahyang Jumaat."Haruslah kita faham bahawa iman yang ada pada diri umat Islam kini tidak mampu melawan kekejaman musuh Islam. Oleh itu seluruh umat Islam mestilah berjuang untuk menambah ketaqwaan dan keimana kepada Allah s.w.t demi untuk menjamin kejayaan dan kesejahteraan agama Islam yang tercinta.

Bulan-Bulan Islam


Pengertian Bulan-Bulan Islam.

Jumlah bulan dalan Islam ada dua belas bulan semuanya. Perkiraan hari dalam bulan Islam berdasarkan pergerakan bulan ( Qamariah ). Oleh sebab itu jumlah hari dalam setahun mengikut tahun hijriah ialah 354 hari berbanding jumlah hari dalam setahun masihi ialah 365 hari, ini kerana tahun Masihi dikira mengikut pergerakkan matahari. Oleh kerana bulan bergerak lebih laju daripada matahari maka perjalanannya setahun hanya memakan masa 354 sahaja berbanding pergerakan matahari menelan masa selama 365 hari, lebih 11 hari daripada bulan.

Makna Bulan Islam:

Muharram:
Muharram adalah merupakan bulan pertama dalam Islam yang mengandungi 30 hari, dinamakan Muharram kerana orang arab zaman jahiliyah mengharamkan peperangan dalam bulan ini.

Sofar:
Sofar merupakan bulan kedua dalam Islam dan mempunyai bilangan hari sebanyak 29 hari. Sofar bermaksud kosong iaitu kosong Makkah kerana mereka keluar musafir atau kosong rumah kerana mereka pergi berperang.

Rabiu'l awal:
Rabie' bermaksud tanah atau kawasan yang dipenuhi oleh rumput atau musim bunga , Ini bermaksud Rabiu'l awal ialah musim bunga peringkat awal. Bilangan hari ialah 30 hari.

Rabiu'l Akhir :
Rabiu'l Akhir ada 29 hari dan ia bermaksud musim bunga peringkat akhir atau kedua.

Jamadul Awal :
Jumlah hari dalam bulan ini ialah 30 hari, dinamakan jamad bermaksud keras atau beku. Ini bermaksud bulan Jamadul awal adalah musim sejuk sesi pertama.

Jamadul Akhir :
Jumlah hari berdasarkan kepada falaq dalam sebulan ialah 29 hari. Bulan ini bermaksud musim sejuk sesi kedua.

Rejab:
Jumlah hari dalam bulan Rejab ialah 30 hari. Rejab bermaksud mulia,besar ini kerana orang zaman jahiliyah memuliakan dan membesarkan bulan ini.

Saaban:
Jumlah hari dalam bulan Saaban ialah 29 hari. Saaban bermaksud bercabang,berpecah atau berpuak-puak. Ini kerana orang arab jahiliyyah keluar dari rumah dan berpecah untuk mencari
air. Bercabang bermaksud banyak kebaikan dan kelebihan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t di dalam bulan ini.

Ramadhan:
Jumlah hari dalam bulan ini adalah 30 hari .Ramadhan bermaksud :panas terik dan membakar.
Bulan puasa yang jatuh pada musim panas. Membakar bermaksud membakar dosa mukmin yang berpuasa atau membakar lemak orang yang berpuasa.


Shawal:
Jumlah hari dalam bulan ini ialah 29 hari. Shawal bermaksud mencawat ekor. Ini kerana unta-unta mengawan dalam bulan ini.

Zul kaedah:
mempunyai bilangan hari sebanyak 30 hari. Zul kaedah bermaksud duduk, tinggal di rumah tidak berperang.

Zul Hijjah:
Bilangan hari dalam sebulan ialah 29 hari. Zul Hijjah bermaksud dalam bulan ini ada ibadat haji yang telah dilakukan semenjak zaman jahiliyah lagi.

Lima Perkara Sebelum Lima Perkara


Rebutlah lima perkara di dunia ini sebelum datangnya lima perkara:

* Rebutlah masa mudamu sebelum datangnya masa tuamu.

* Rebutlah masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu.

* Rebutlah masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu.

* Rebutlah masa kayamu sebelum datang masa miskinmu.

* Rebutlah masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu.

Hikmah Mengingati Mati


Seseorang mukmin itu sepatutnya sentiasa mengingati mati pada setiap hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-bidayah wa an-Nihayah mengatakan bahwa malaikat maut akan menjengok setiap manusia itu sebanyak 5 kali sehari iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu. Oleh kerana rahmat Allah s.w.t maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu, ini adalah merupakan satu ujian kepada manusia sejauh manakah mereka meyakini dan beriman kepada malaikat. Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya ialah:

* Dengan mengingati kematian hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhan dan keikhlasan .

* Dengan mengingati kematian membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti.

* Dengan mengingati kematian manusia akan meninggalkan segala maksiat yang telah ditegah oleh Allah s.w.t kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti.

* Dengan mengingati kematian akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan . Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah dan di manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut.

* Dengan mengingati kematian juga manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi tapi bukan dengan cara yang haram seperti apa yang berlaku pada hari ini seperti riba, rasuah, mencuri , merompak, menipu dan berbagai-bagai lagi.

* Dengan mengingati kematian juga menyebabkan manusia akan rajin dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas hariannya . Ini kerana mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan halal adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala.

Pandangan saya:

Ruh itu diibaratkan sebagai arus elektrik adanya tidak kita nampak , tapi kehadirannya dirasai , adanya pergerakan ,pernafasan tanda adanya roh. Perginya tidak menentu dan tidak diketahui masa dan ketika. Lampu suluh diibarat sebagai amalan bila elektrik terpadam lampu suluh akan menerangi kegelapan malam, begitu juga dengan amalan kita apabila roh kita dicabut tiada guna segala harta dunia , kereta mewah , rumah besar , isteri yang cantik, pangkat yang bertimbun-timbun tidak lagi memberi manfaat kecuali amalan yang soleh sahaja akan menemani kita di dalam kubur yang sempit,sunyi dan gelap. Fikir-fikirkan lah ......

Peringkat Kehidupan Manusia


Mati bukanlah satu pengakhiran bagi kehidupan seseorang manusia , malah ia merupakan permulaan bagi penghidupan yang tiada akhirnya. Seseorang itu akan mengalamai beberapa peringkat kehidupan , antaranya:

* Peringkat roh, di mana semua roh manusia telah dicipta oleh Allah s.w.t dan ditiupkan ke dalam tulang belakang Nabi Adam a.s, kemudian dikeluarkan mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

* Peringkat rahim, selepas peringkat roh maka Allah s.w.t akan meniupkan roh ke dalam rahim ibu dan kita akan berada di dalamnya lebih kurang 9 bulan 10 hari. Manusia sudah merasa cukup selesa dan cukup luas ketika berada di alam rahim , oleh sebab itu mereka tidak mahu keluar dari perut ibunya. Lalu Allah s.w.t perintakan mereka keluar untuk mengalami alam berikutnya.

* Peringkat hidup di dunia , pada peringkat ini manusia tidak akan hidup lama. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :" Umur umatku di antara 60-70 tahun sahaja. Tujuan kita berada di alam ini ialah untuk mencari sebanyak-banyak dan sebaik-baik bekalan untuk menempuh alam yang berikutnya. Dunia ini ibaratkan R&R sahaja, untuk berehat seketika sahaja namun ramai di kalangan manusia yang terlalai dan tergoda dengan kemewahan dan keseronokan di R&R ini sehingga mereka terlupa bahawa perjalan mereka belum selesai.

* Peringkat alam kubur (Barzakh), setelah roh manusia keluar dari badan maka ia akan berpindah ke alam lain iaitu alam Barzakh yang merupakan perhentian (R&R) untuk perjalanan yang seterusnya. Bagi orang yang soleh mereka sudah mendapat kenikmatannya dan sebaliknya.

* Peringkat alam Mahsyar, di sinilah manusia akan dihimpunkan setelah dibangkitkan dari kubur mereka untuk dijalankan perhitungan ke atas amalan mereka, sesiapa yang berat timbangan amalan kebaikannya akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah s.w.t dan sebaliknya.

* Peringkat seterusnya ialah alam pembalasan samada syurga atau neraka. Berbahagialah mereka yang hidup di dunia mencari bekalan yang betul iaitu bertaqwa kepada Allah s.w.t dan meranalah mereka yang menentang Allah s.w.t semasa hidup di dunia dan mati sebelum bertaubat.

Tanda - Tanda Hampir Dengan Mati


Kematian adalah satu kepastian. Setiap insan akan menuju kematian dan semakin hampir dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun kita cuba untuk melarikan diri dari kematian tetapi ia tetap akan dapat mendapati kita. Mati kadang-kadang akan datang secara tiba-tiba dan sering kali mati akan menunjukkan tanda sebelum kedatangannya. Antara tanda- tanda kematian ialah seperti berikut:

* Uban bertabur.

* Mata kabur.

* Kulit kendur.

* Gigi gugur.

* Selalu uzur.

* Jumpa doktor.

* Makan bubur dengan sayur.

* Masuk kubur.


Sama-samalah kita selalu berhati-hati dengan tanda-tanda yang telah disebutkan di atas.

Keistemewaan Umat Islam


Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umat Islam beberapa keistemewaan yang tidak ada pada musuh Islam. Keistemewaan tersebut akan menjadi punca kekuatan umat Islam sekiranya umat Islam dapat menaplikasikanya secara optimum dan betul dengan Syariah Islamiyah. Keistemewaan tersebut ialah:

1 - Kekuatan Aqidah Islamiyah yang perlu dipertahankan dan dikembangkan. Betapa malangnya jika adanya umat Islam yang tidak menyedari dan menghargai nikmat yang paling bernilai ini sehingga ada yang sanggup menjadi murtad.

2 - Kekuatan sumber tenaga manusia dengan jumlah yang ramai yang perlu kepada usaha yang bersungguh dalam mengeksploitasikanya tetapi betapa malangnya umat Islam berpecah tidak sehaluan kerana memperjuangkan dasar nasionalisme semata-mata sebagaimana yang telah dirancang oleh musuh Islam. Bersatu kita maju, berpecah kita rebah.

3 - Kekuatan hasil bumi yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, minyak, gas, besi, emas dan sebagainya yang perlu kepada usaha yang bersungguh-sungguh dalam mengambil manfaat semaksima yang mungkin. Betapa malangnya akibat kekurangan pakar dan penyelewengan terhadap hasil ini menyebabkan ia tidak mampu untuk digunakan sebaik mungkin dalam membantu umat Islam seluruh dunia yang mengakibatkan negara yang paling miskin pada masa kini adalah negara yang didiami oleh umat Islam.

Perkara Yang Ditakuti Oleh Musuh Islam


Musuh Islam tidak pernah memadamkan permusuhannya terhadap Islam dan umatnya sama ada melalui serangan fizikal ataupun penjajahan pemikiran. Mereka akan memastikan 4 perkara yang berada dalam tangan muslim mesti dihancurkan segera supaya mereka dapat menguasai negara-negara Islam dengan lebih senang dan segera. Perkara-perkara tersebut ialah:

- Al-Quran yang telah beberapa kali cuba diselewengkan tetapi ia tetap dijaga oleh Allah s.w.t. Inilah sumber kekuatan umat Islam kerana selagi mana umat Islam berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah mereka tidak akan berjaya untuk menakluki umat Islam.

- Universiti al Azhar Kaherah Mesir di mana musuh Islam cuba untuk menghancurkannya atau meminda sukatan dan sistem pengajiannya agar selari dengan kehendak mereka kerana di sinilah lahirnya ulama' yang menentang fahaman sekular dan cuba membawa masyarakat kepada perjuangan Islam yang hakiki.

- Cuba menghapuskan keistemewaan hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari dalam Islam , di dalamnya disediakan seribu kebaikan dan keberkatan yang perlu direbut oleh umat Islam. Tetapi malangnya umat Islam disibukkan dengan kerja-kerja mereka seharian sehinggakan mandi sunat Jumaat pun tidak sempat.

- Masjidil Haram, Mekah di mana telah terdapat beberapa cadangan terutamanya dari Parlimen Britain dan Isreal agar Kaabah dihancurkan atau dibom bagi menghalang umat Islam daripada terus berkunjung terutamanya pada musim haji yang dibimbangi akan dapat menyatukan hati-hati umat Islam seluruh dunia lalu terbentuklah wehdatul fikri ( bersatu di sudut pemikiran ) dalam kalangan umat Islam.


Sekiranya keempat-empat perkara tersebut berjaya dihapuskan maka hasrat musuh Islam akan dapat direalisasikan dengan lebih mudah dan terancang. Marilah kita seluruh umat Islam bersatu padu seia sekata sebulat suara berjuang untuk mempertahankan Islam yamg kita sayangi , lupakan persengketaan dan kembali bersatu di bawah naungan al-Quran dan as-Sunnah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.

Musuh Bagi Mukmin


Di dalam menjalani kehidupan seharian seorang mukmin itu akan menghadapi berbagai-bagai ujian dan cobaan dari Allah s.w.t. Di antara ujian yang dihadapi oleh mereka ialah :

* Saudara seagama yang yang sentiasa dengki terhadapnya.

* Orang munafiq yang sentiasa membencinya.

* Orang kafir yang sentiasa memeranginya.

* Syaitan yang sentiasa menyesatkannya.

* Bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncangkan keimanannya.

Kebahagian Dunia


Tanda-Tanda Kebahagiaan Di Dunia Seseorang Insan.

Seseorang itu boleh dianggap tergolong daripada insan yang mempunyai kebahagiaan di dunia dengan memiliki ciri-ciri seperti berikut:


* Mempunyai tempat tinggal (rumah) yang selesa untuk didiami.

* Mempunyai kenderaan yang baik.

* Mempunyai jiran yang baik akhlaknya atau agamanya . Pepatah arab ada berkata yang bermaksud : " Lihat jiran dahulu sebelum membina rumah."

* Mempunyai isteri yang solihah yang mentaati suaminya.

Faedah Mengamalkan Sunnah Rasulullah s.a.w


Faedah Menyimpan Janggut.

Menyimpang janggut adalah merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah s.a.w. Orang lelaki amat digalakkan untuk mengamalkannya. Rasulullah s.a.w menyuruh ummah baginda supaya tidak menyerupai kaum Yahudu. Orang-orang yahudi menyimpan misai dan mencukur janggut lalu Rasulullah menyuruh ummahnya supaya menyimpan janggut dan mencukur misai. Antara faedah yang didapati dengan menyimpan janggut ialah:

* Mendapat pahala, ini kerana menyimpan janggut merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

* Janggut adalah merupakan perhiasan bagi kaum lelaki, oleh itu kaum lelaki sepatutnya menghargai kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka.

* Mengikut kajian sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat memperbetulkan sistem haid isterinya.

* Sentuhan janggut suami juga dapat menambahkan kesuburan isterinya.

* Menyimpan janggut juga dapat menyelamatkan seseorang daripada satu penyakit yang berbahaya iaitu AIDS , kerana AIDS boleh merebak melalui perkongsian pisau cukur.

* Menyimpan janggut juga dapat menjimatkan belanja harian seseorang ini kerana orang yang mencukur janggut terpaksa menghabiskan lebih kurang RM 3.90 seminggu untuk membeli pisau cukur.

* Menyimpan janggut juga boleh menjimatkan masa , ini kerana orang yang mencukur janggut terpaksa menghabiskan beberapa minit sehari untuk bercukur. Bayangkan berapa lamakah seseorang itu akan menghabiskan masanya dalam satu tahun untuk mencukur janggutnya.

Maksiat Hati


Maksiat hati adalah satu penyakit yang tidak boleh diubati dengan ubat-ubatan moden , tetapi ia hendaklah diubati dengan kembali kepada Allah s.w.t iaitu merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah . Di antara maksiat hati ialah:

* Suka makan terlalu banyak.

* Suka bercakap perkara-perkara kosong yang tidak berkaitan dengan agama.

* Mudah marah dan tidak dapat mengawal kemarahan.

* Ada perasaan hasad dengki sesama manusia istemewanya sesama muslim.

* Bakhil , yakni susah untuk membelanjakan harta benda ke jalan Allah s.w.t

* Cinta kepada kemewahan.

* Mencintai dunia dan melupai akhirat.

* Takabur yakni merasakan dirinya lebih baik dari orang lain.

* Ujub yakni dia merasa hairan atau bangga dengan dirinya sendiri.

* Ria' yakni ingin menunjuk-nunjuk amalan yang telah dilakukan kepada orang lain supaya mendapat pujian manusia.

Perbezaan Antara Akhlak Dengan Moral



Perbezaan Antara Akhlak dengan Moral

AKHLAK

MORAL

Akhlak bersumberkan daripada alQuran dan as-Sunnah yakni daripada Allah s.w.t

Berdasarkan pengalaman ,sikap dan tingkahlaku manusia.(ciptaan manusia)

Bersifat tetap dan tidak berubah-ubah mengikut masa dan tempat ( bersifat mutlak )

Bersifat tidak tetap dan berubah-ubah mengikut tempat , masa dan keadaan ( bersifat relatif )

Bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t

Bertujuan untuk mendapat keredhaan manusia sahaja.

Bersifat universal dan boleh diterima umum.

Bersifat khusus dan hanya boleh diterima oleh masyarakat setempat sahaja.

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Bala'


Apabila Perkara-Perkara Berikut Berlaku Maka DiKhuatiri Berlakunya Bala' :

* Apabila kekuasaan ( kuasa pemerintahan ) dianggap sebagai satu keuntungan bukan lagi sebagai tanggungjawab.

* Apabila amanah itu dianggap sebagai satu keuntungan.

* Apabila membayar zakat sudah dianggap sebagai satu kerugian.

* Apabial suami tunduk kepada isterinya walaupun dalam perkara maksiat.

* Apabila orang mentaati kaum yang menyimpang dari kebenaran.

* Apabila orang menderhakai ayahnya.

* Apabila orang menderhakai ibunya.

* Apabila orang bersuara keras di dalam masjid.

* Apabila pemimpin diangkat dari golongan orang yang rendah akhlaknya.

* Apabila seseorang itu dihormati dan ditaati kerana kejahatan dan kezalimannya.

* Apabila minum ara itu berleluasa.

* Apabila semakin ramai kaum lelaki memakai sutera.

* Apabila wanita menari dikhalayak ramai dianggap perkara biasa.

* Apabila permainan muzik berlaku di mana-mana sahaja.

* Apabila ummah sekarang menghina dan merendah serta memperlekeh ummah terdahulu.

Siapa Kawan Dan Siapa Lawan


Saidina Ali Karramaallah wajhah ada berkata:

Kawan Kita Ialah:

1- Kawan Kita.
2- Kawan Kepada Kawan Kita.
3- Musuh Kepada Musuh Kita.

Musuh Kita Ialah:

1- Musuh Kita.
2- Musuh Kepada Kawan Kita.
3- Kawan Kepada Musuh Kita.


Fikir-Fikirkan lah........

Peristiwa Yang Dilihat Oleh Rasulullah s.a.w Semasa Mikraj


Semasa Rasulullah s.a.w dibawa mikraj dari Baitul Muqaddis ke Sidratul Muntaha maka Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan dengan beberapa peristiwa antaranya ialah:

* Rasulullah s.a.w melihat wanita menangis susah hati, memanggil-manggil meminta belas kasian tetapi tiada orang yang membantunya, inilah balasan bagi wanita yang keluar berhias diri bukan untuk suaminya.

* Rasulullah s.a.w melihat yang tergantung dengan rambutnya dan otaknya mendidih seperti air mendidih di dalam periuk, inilah balasan bagi wanita yang tidak menutup kepala ( Tidak pakai tudung).

* Rasulullah s.a.w melihat wanita yang mukanya hitam dan ia memamah isi perutnya, inilah gambaran wanita yang menggunakan daya penarik untuk memikat lelaki yang bukan suaminya dan menarik lelaki untuk melakukan perkara haram.

* Rasulullah s.a.w melihat wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badanya seperti keldai dan menerima pelbagai siksa, inilah balasan bagi orang yang suka membuat fitnah,mengacum,bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

* Rasulullah s.a.w melihat lelaki dan perempuan yang ditarik kemaluannya kehadapan dan ke belakang dan dilontar dengan api neraka, ditarik dan dipukul hingga keluar api neraka dari badannya, inilah balasan bagi orang yang membesar diri, takabur kepada orang ramai.

* Rasulullah s.a.w melihat lelaki dan perempuan yang dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya hingga keluar ke mulutnya, inilah balasan bagi orang yang suka fitnah,mencaci dan mengejek-ejek.

* Rasulullah s.a.w melihat wanita yang tergantung rambutnya di pohon Zaqum dan api neraka membakarnya, kering kecut dagingnya terbakar, inilah balasan bagi wanita yang meminum ubat untuk membunuh kandungannya.

* Rasulullah s.a.w melihat wanita yang dibelengu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas dan keluar api neraka dari mulutnya inilah
balasan bagi wanita yang jadi penyanyi yang mati sebelum bertaubat.

* Rasulullah s.a.w melihat lelaki dan perempuan yang dimasukkan api ke dalam perutnya melalui duburnya lalu keluar ke mulutnya, inilah balasan bagi orang yang makan harta anak yatim.

* Rasulullah s.a.w melihat lelaki dan perempuan yang kepalanya terbenam dalam api neraka dan dituangkan air panas ke atas badannya, inilah balasan bagi orang yang menjadi batu api.


Peristiwa Semasa Isra'


Rasulullah telah Isra' dari Masjid al- Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palastine dan telah menyaksikan beberapa peristiwa penting yang boleh dibuat pengajaran bagi seluruh umat Islam terutamanya di zaman sekarang di mana manusia tidak peduli ( buat-buat tidak nampak ) dengan kuasa Allah s.w.t, di antaranya ialah:

* Rasulullah s.a.w melihat orang yang bercucuk tanam yang mengeluarkan hasil dengan cepat dan banyak, inilah gambaran balasan bagi orang yang suka membelanjakan harta pada jalan Allah.

* Rasulullah s.a.w mencium bau yang sangat harum, itulah balasan yang diberi oleh Allah s.w.t kepada Mashitah, tukang sikat Firaun yang mempunyai keimanan yang teguh terhadap keesaan Allah s.w.t.

* Rasulullah s.a.w melihat satu golongan manusia yang menghempap kepala masing-masing dengan batu berulang-ulang kali, mereka inilah orang yang berat untuk melakukan solat fardhu.

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang bertelanjang,makan rumput berduri, buah Zaakum yang sangat pahit rasanya dan makan bara api neraka Jahannam , itulah balasan bagi orang yang tidak suka menderma, sedekah dan tidak membayar zakat.

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang tidak berhenti menggunting lidah. Itulah balasan bagi orang yang pandai bercakap tetapi tidak mahu mengamalkan.

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang makan daging busuk sedangkan di samping mereka ada daging yang elok, itulah gambaran balasan bagi orang yang berzina padah ia mempunyai isteri yang halal dan sah.

* Rasulullah s.a.w melihat orang yang tengelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu, itulah balasan bagi orang yang makan riba'

* Rasulullah s.a.w melihat kumpulan manusia yang mencakar muka dan dada dengan kuku yang tajam, itulah balasan bagi orang yang suka mengumpat.

* Rasulullah s.a.w melihat orang dengan berkas kayu yang banyak yang tidak terangkat olehnya dan ia menambahkan lagi bebanan ke atasnya , itulah gambaran orang yang suka menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

* Rasulullah a.a.w melihat seekor lembu keluar dari lubang kecil dan tidak dapat untuk masuk semula, itulah gambaran orang yang suka bercakap besar.

3 Golongan Yang Tidak Dipandang Allah s.w.t Akhirat Nanti


Tiga golongan ini Allah tidak akan bercakap malahan tidak akan memandang kepada wajah mereka di akhirat nanti , mereka ialah:

* Orang yang menderhakai kepada kedua ibubapanya.

* Orang lelaki yang menyerupai perempuan atau sebaliknya.

* Orang lelaki yang dayus yakni tidak berani mencegah isteri,anak-anak dan semua di bawah tanggungannya yang melakukan maksiat kepada Allah s.w.t

Gopoh Itu Amalan Syaitan Kecuali....


Gopoh - gapah atau bersegera itu adalah dari amalan syaitan kecuali beberapa perkara:

* Bersegera mengebumikan jenazah.

* Bersegera membayar hutang.

* Bersegera mengahwinkan anak gadis yang sudah ada jodoh yang sekupu.

* Bersegera melayan tetamu kerana tamu membawa seribu kebaikan dan keberkatan kepada tuan rumah.

* Bersegera berbuka puasa setelah masuk waktunya.

* Bersegera menunaikan sembahyang setelah masuk waktunya.

Kenalilah Solat Tarawikh dan Solat Witir


Solat Tarawikh adalah solat yang sunat dilakukan hanya di bulan Ramadhan sahaja,selepas solat Isyak sehingga sebelum fajar. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan perempuan, tua dan muda. Boleh dilakukan secara berjamaah atau secara bersendirian. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Barangsiapa mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan sedangkan ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah s.w.t, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu". ( Riwayat Ahmad dan Ashab as-Sunan ). Hadis ini menerangkan tentang kelebihan menghidupkan malam-malam dalam bulan Ramadhan dengan melakukan amalan-amalan ibadah terutamanya solat Tarawikah dan solat-solat sunat lain. Bilangan rakaat solat Tarawikh yang pernah dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w ialah lapan rakaat dan tiga rakaat witir. Semasa pemerintahan Saidina Umar , beliau menjadikan rakaat Tarawikh 20 rakaat dan Witir tiga rakaat . Semasa Khalifah Omar Abdul Aziz beliau lakukan 30 rakaat. Selagimana seseorang itu tidak melakukan solat fardhu Isyak maka ia tidak boleh menunaikan solat Tarawikh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...