twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Mengumpat Yang Diharuskan

Mengumpat ialah menceritakan keburukan seseorang kepada seseorang lain tanpa kehadiran orang yang diumpat dan sekiranya ia mengetahuinya maka ia akan memarahinya. Ia adalah merupakan salah satu dosa besar dan ia tidak akan terampun kecuali orang yang mengumpat meminta maaf kepada orang yang diumpat terlebih dahulu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 12, maksudnya :" Dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang dan janganlah mempergunjingkan satu sama lain. Adakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati.?". Sewaktu malam Isra' dan mikraj Rasulullah s.a.w telah dipertontonkan dengan seseorang yang memakan daging kawannya, lalu Baginda bertanyakan jibril tentang hal itu, lalu Jibril a.s menjawab bahawa itulah golongan yang suka mengumpat orang lain. Namun begitu ulama' telah mengecualikan beberapa perkara daripada mengumpat iaitu:

* Orang yang dizalimi menceritakan bagaimana ia telah dizalimi oleh seseorang kepada pihak atau individu yang mampu untuk menghapuskan kezaliman tersebut.

* Menceritakan keburukan atau maksiat yang telah dilakukan oleh seseorang kepada pihak atau individu yang berkuasa atau bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran tersebut.

* Menceritakan keburukan atau sesuatu peristiwa kepada khadi,mufti,ustaz atau pihak yang boleh menjelaskan tentang hukum - hakam dalam sesuatu urusan.( Meminta fatwa).

* Menceritakan kemungkaran, keburukan atau kezaliman yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain dengan niat untuk memberi amaran atau nasihat supaya ia tidak terjebak, tertipu atau terlibat dalam perkara tersebut.

* Mencerita sesuatu keburukan , kecacatan atau gelaran seseorang kepada seseorang lain dengan tujuan untuk memperkenalkanya seperti hitam, pendek, gemuk dan sebagainya.

* Menceritakan kemungkaran yang telah diketahui umum seperti seseorang yang telah diketahui umum dengan kaki botol, kaki judi, kaki perempuan ,kaki penipu, tidak puasa , tidak solat dan sebagainya supaya manusia berhati-hati dengannya.

7 Perkara Yang Tidak Memberi Manfaat Kecuali Dengan 7 Perkara

Sesiapa yang melakukan 7 perkara tanpa ada 7 perkara maka amalannya tidak akan diterima.

* Beramal kerana takutkan azab Allah tetapi masih melakukan perkara-perkara maksiat maka amalanya tidak akan diterima.

* Mengharapkan pahala daripada Allah tanpa melakukan amalan-amalan soleh.

* Berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan tetapi niat yang tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakanya.

* Berdoa kepada Allah untuk sesuatu kebaikan tanpa berusaha.

* Memohon keampunan daripada Allah terhadap sesuatu dosa tanpa penyesalan.

* Memperelokkan amalan depan orang ramai tetapi tidak ketika bersendirian.

* Berpenat lelah melakukan sesuatu amalan baik tanpa niat yang ikhlas kerana Allah.

Amalan-Amalan Yang Boleh Memanjangkan Umur


Semua  manusia yang normal ingin supaya umurnya dipanjangkan oleh Allah SWT. Antara amalan yang boleh membantu seseorang itu untuk memanjangkan usianya ialah seperti berikut:

* Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dilanjutkan usia.

* Sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

* Sentiasa bersedekah samada ketika senang atau susah.

* Sentiasa berusaha untuk menyambung tali persaudaraan atau silaturrahim.

* Sentiasa berbuat baik kepada semua makhluk Allah samada binatang atau sebagainya.

Solat Yang Berkualiti

Sesungguhnya solat yang berkualiti akan dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Tapi pada hari ini hanya lebih kurang 15% sahaja daripada remaja kita yang solatnya cukup lima waktu. Betapa ramai pula yang solat tapi solat mereka tidak dapat mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Berikut adalah cara - cara hendak jadikan solat kita solat yang berkualiti:

* Menghadirkan hati ketika solat. Yakni cuba sedaya upaya untuk khusyuk dan melupakan seketika urusan dunia.

* Memahami segala makna bacaan dalam solat.

* Mengagongkan Allah swt semasa solat dan merasakan diri kita hina di hadapan Allah.

* Merasakan bahawa tiada yang lebih hebat drp Allah swt.

* Mengharapkan hanya kepada Allah swt.

* Merasa malu kepada Allah swt.

Akidah Sesat Yahudi

 Inilah pokok Ghorqod yang akan melindungi orang Yahudi daripada dibunuh oleh orang Islam nanti

          Yahudi adalah satu bangsa yang berasal daripada keturunan Nabi Yaacob ( Israel). Bukan semua orang Yahudi jahat seperti yang disangkakan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai perasaan belas kasihan seperti insan lain. Golongan Yahudi yang jahat ialah Zionis yang memerintah bumi Gaza sekarang. Antara pegangan sesat yahudi ialah:

* Mereka menganggap kaum Yahudi adalah merupakan bangsa pilihan yakni yang paling mulia.

* Semua manusia selain Yahudi adalah  binatang dan dipermudahkan untuk kegunaan kaum Yahudi.

* Riba haram sesama Yahudi tetapi mereka boleh mengambil riba dengan kaum lain.

* Mereka bebas dan berhak mengambil dan merampas mana-mana tanah di atas muka bumi ini.

* Tidak menjadi kesalahan bagi kaum lelaki Yahudi sekiranya mereka memperkosa wanita lain.

* Agama Yahudi adalah khusus untuk kaum Yahudi sahaja dan tidak layak dianuti oleh orang lain.

* Mereka mendakwa bahawa Allah mempunyai anak iaitu Nabi Uzair ( Surah at-Taubah :30).

* Mereka mendakwa Allah juga mempunyai sifat kekurangan seperti fakir (Surah ali Imran: 181).

* Mereka merubah kalam Allah yakni kitab Taurat (al-Baqarah: 79 ).

* Mereka mendakwa nabi Sulaiman menyembah berhala.

* Mereka menuduh Nabi Luth minum arak dan berzina dengan anaknya sendiri.

* Mereka menuduh Nabi Yaacob mencuri.

* Mereka menuduh Nabi Daud berzina dan anaknya ialah Nabi Sulaiman.

Inilah antara pegangan dan tuduhan kaum Yahudi terhadap Allah dan para nabi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...