twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



DOA SELSEMA BABI


Setiap penyakit ada ubatnya. Allah s.w.t menyuruh supaya kita berikhtiar . Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t supaya dijauhkan dari segala bala'. Sentiasalah kita berada dalam keadaan berwudu'.

H1N1 Satu Ujian Allah


Allah s.w.t telah berfirman dalam al-Quran surah at-Taubah ayat 51 yang bermaksud:
" Katakanlah: Tiada akan menimpa kami, selain dari apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dia pelindung kami dan hendaklah orang-orang yang beriman itu mempercayakan dirinya kepada Allah."
Kita sebagai hamba Allah mestilah menyedari bahawa tiada kuasa yang melebihi kuasa Allah. Sebagai hamba Allah kita sepatutnya menerima segala ketentuan dan hukum-hakam Allah tanpa sebarang bicara. Apabila manusia tidak mempedulikan hukum Allah s.w.t maka Allah akan menghantar ujian-Nya atau bala' sebagai peringatan kepada hambanya bahawa Ia maha berkuasa, ini kerana manusia sekarang seolah-olah tidak mengenali dan menghiraukan suruhan dan larangan Allah s.w.t. Oleh itu Allah menghantar bala'-Nya kepada manusia sebagaimana yang telah berlaku kepada kaum-kaum yang sebelum kita. Allah s.w.t telah menghantar banjir kepada kaum Nabi Nuh, Diterbalik bumi kepada kaum Nabi Luth , telah tenggelamkan Firaun ke dalam laut begitu juga telah menghantar sunami, jerebu, JE, H5N1, Denggi, AIDS,H1N1 dan lain- lain kepada umat Nabi Muhammad s.a.w sebagai peringatan. Kembalilah kita kepada Allah s.w.t iaitu dengan mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah secara holistik bukan separuh-separuh sahaja nescaya kita akan selamat dunia dan akhirat . Yakinlah.......

Tujuan Allah Menurunkan Bala':

* Untuk menghapuskan atau mengkaffarahkan dosa hamba-Nya.

* Untuk menganugerahkan pahala yang banyak kepada hamba-Nya yang bersabar.

* Untuk mengangkat darjat hambanya yang redha dengan ujian-Nya.

* Untuk memberi peringatan kepada hamba-Nya yang leka dan lalai.

* Untuk membalas kejahatan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh hamba-Nya.

Strategi Syaitan Memperdayakan Anak Adam.


Syaitan mempunyai berbagai strategi untuk memperdayakan manusia supaya melupakan Allah s.wt atau melalaikan manusi dari tanggungjawab yang telah diperintahkan sama ada berbentuk suruhan mahupun tegahan. Antara strategi syaitan itu ialah:

* Menggunakan pujuk rayu seperti katanya " kamu masih muda, lambat lagi mati buat apa pergi masjid, enjoy la dulu."

* Menakut-nakut kan manusia seperti katanya: " Buat apa tolong orang miskin tu, dia malas bekerja, nanti habis duit kamu, nanti kamu jatuh miskin ."

* Menyemarakkan perasan hasad dengki dalam kalangan manusia seperti yang telah berlaku kepada Qabil dan Habil.

* Melalaikan manusia daripada tanggungjawab seperti sembahyang, puasa , menutup aurat dan lain-lain lagi.

* Meniupkan perasaan was-was dan keraguan seperti tidak yakin dengan kewujudan Allah s.w.t, hari kiamat, syurga, neraka , ragu terhadap kemampuan hukum Allah s.w.t untuk diamalkan.

* Mencantikkan kemungkaran dan maksiat seperti minum arak dikatakan untuk kesihatan, bercouple dikatakan untuk belajar, menyanyi dan menari untuk menghiburkan hati, wanita cantik tidak menutup aurat dikatakan mengikut perkembangan fesyen semasa.

Fikir-fikirkan lah.....

Syurga Merindui Empat Golongan Manusia


Sekiranya anda ingin dirindui oleh syurga maka anda hendak sentiasa berusaha untuk melakukan perkara-perkara berikut:

* Syurga sentiasa merindui golongan yang sentiasa membaca al-Quran.

* Syurga sentiasa merindui golongan yang sentiasa memelihara lidah mereka daripada ucapan-ucapan keji dan mungkar.

* Syurga sentiasa merindui golongan yang memberi makan kepada orang yang sedang kelaparan.

* Syurga sentiasa merindui golongan yang berpuasa di dalam bulan Ramadhan.

Rahsia Allah s.w.t


Allah s.w.t telah merahsiakan beberapa perkara kepada hambaNya.

* Allah s.w.t merahsiakan keredhan-Nya kepada hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan kemurkaan-Nya kepada hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan pengabulan-Nya terhadap doa hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan malam al-Qadar kepada hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan wali dalam kalangan hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan umur hamba-Nya.

* Allah s.w.t merahsiakan solat wusta kepada hamba-Nya.

Perkara Yang Digemari Oleh Orang-Orang Soleh Di Bulan Ramadhan


* Memperbanyakkan membaca al-Quran.

* Memperbanyakkan sedekah.

* Beribadah di waktu malam ( Qiamullail ).

* Iktikaf dalam masjid.

* Ziarah Baitullah ( Kaabah )

Perkara - Perkara Sunat Bagi Orang Yang Berpuasa


Antara perkara yang disunatkan bagi orang yang berpuasa ialah :

* Sunat berbuka sebelum Sembahyang Maghrib.

* Sunat berbuka dengan buah kurma.

* Sunat menyegerakan berbuka setelah masuk waktunya.

* Memperbanyakkan berdoa ketika hendak berbuka.

* Makan sahur dan melambatkanya.

* Memberi makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa.

* Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat ke atas Rasulullah s.a.w sama ada siang dan malamnya.

* Memperbanyakkan sedekah.

* Mandi wajib sebelum terbit fajar.

* Menahan lidah , mata, telinga, tangan , kaki dan hati daripada melakukan perkara-perkara maksiat.

* Mengisi masa dengan memperbanyakkan ibadah.

* Solat tarawikh selepas Isyak.

* Qiamullail

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa


Antara Perkara Yang Membatalkan Puasa Ialah:

* Makan atau minum dengan sengaja.

* Muntah dengan sengaja.

* Bersetubuh pada siang hari dengan sengaja.

* Keluar haid atau nifas atau bersalin.

* Gila walaupun seketika.

* Pengsan atau pitam yang berpanjangan.

* Keluar mani dengan sengaja yakni bukan kerana mimpi.

* Murtad yakni keluar dari agama Islam.

* Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja.

* Berniat membatalkan puasa pada siang hari.

ADAB - ADAB PUASA


Seseorang yang berpuasa seharusnya menjaga adab-adab puasa supaya puasanya akan meninggalkan kesan yang baik kepada dirinya. Antara adab-adab yang perlu dijaga ialah:

* Menjauhkan diri dari segala yang merosakkan puasa seperti mengumpat, mencela, memaki hamun, berdusta dan lain-lain lagi.

* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan bersahur. Puasa seseorang itu tidak memberi erti sekiranya tabiat tamak dan rakus masih diamalkan semasa melakukan puasa.

* Mengurangkan tidur terutamanya di siang hari supaya segala keletihan dan kepenatan berpuasa dapat dirasai dan dihayati sehingga falsafah ibadah puasa itu dapat direalisasikan.

* Menahan diri dari melakukan kerja-kerja hina yang bertentangan dengan hukum Allah s.w.t seperti mencuri, melihat filem lucah dan sebagainya yang membawa kepada kurangnya pahala puasa.

* Mengenangkan bencana yang amat dahsyat di hari akhirat nanti.

* Sentiasa mengharapkan agar Allah s.w.t menerima ibadah puasa yang telah dilakukan, dengan itu ia perlu melakukan dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh.

Rukun Puasa



Rukun Puasa ada dua sahaja:

* Berniat pada tiap-tiap malam sepanjang bulan Ramadhan , kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesiapa yang tidakl berniat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya."

Niat Puasa : " Sahaja aku puasa sebulan bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku berpuasa esok hari fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."

* Menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari,kerana perintah dari Allah s.w.t sebagaiman firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud : "Dan makan serta minumlah kamu sehingga nyata kepadamu benang putih dari benang hitam yakni fajar ".

Ramadhan Dan Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengannya


Ramadhan Dan Pengertiannya:

Perkataan Ramadhan memberi erti membakar atau panas kerana kebiasaan Ramadhan berlaku di hari yang panas dan ia juga mampu membakar dosa-dosa dan lemak-lemak lebihan di dalam badan orang yang berpuasa dan beribadah sepanjang bulan Ramadhan.

Puasa Dan Kewajipannya:

Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya daripada terbit fajar sodik hingga terbenam matahari dengan niat puasa dengan mematuhi syarat-syarat tertentu.

Dalil Yang Mewajibkan Puasa.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
" Wahai orang0orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah difardhukan kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu , semoga kamu beroleh ketaqwaan. "

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Ditegakkan Islam itu di atas lima perkara, Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa bulan Ramadhan."

Tingkatan Orang Yang Berpuasa


Perlu difahami bahawa puasa itu sendiri mempunyai tingkatan dan darjah yang berbeza antara satu sama lain. Dengan itu kita dapati sebahagian mereka yang berpuasa sama seperti mereka yang tidak berpuasa, cuma yang mereka perolehi hanyalah lapar dan dahaga semata-mata, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga." ( Riwayat an-Nasai' dan Ibn-Majah)



Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga jenis:

* P
uasa umum iaitu puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut dari makan,minum dan menahan keinginan nafsu sahaja.

* Puasa istemewa ( puasa khusus ) iaitu puasa yang dapat menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perbuatan keji dan hina di samping memelihara mata,tekinga,lidah,tangan dan kaki daripada melakukan dosa.

* Puasa paling istemewa ( puasa khususil khusus ) iaitu tingkatan puasa yang merangkumi dua perkara yang telah disebut di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati dari semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah s.w.t dan merupakan puasa para rasul, nabi dan wali Allah.

Faedah Puasa


* Dapat membersihkan rohani dan jasmani kerana dengannya akan lahir kesedaran dan keinsafan, timbul keadilan dan perasaan timbangrasa kepada orang lain. Hidup jiwanya dengan ibadah dan hidup peri kemanusiaan sejati.

* Puasa merupakan sekolah yang terbesar untuk mendidik budi pekerti mukmin melalui latihan khusus untuk memiliki sifat-sifat terpuji.

* Puasa mendidik mukmin supaya memiliki sifat sabar. Manusia akan mengalami saat kehancuran dalam kehidupan mereka sekiranya tidak mengamalkan sifat sabar.

* Puasa menjadi penawar kepada penyakit-penyakit fizikal dan rohani.

* Puasa dapat menghidupkan kekuatan fikiran dan basariah (penglihatan matahati) kerana kekenyangan boleh menyebabkan kelesuan dan lemah fikiran. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesiapa yang lapar maka tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

* Ibadah puasa dapat memupuk sifat kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia. Orang kaya dapat menyelami derita kelaparan, dengan itu dia akan berbuat baik kepada fakir miskin yang akhirnya akan mewujudkan masyarakat penyayang dan bersatu padu.

* Puasa dapat mengajar mukmin berdisiplin dan berperaturan.

* Puasa mengajar mukmin supaya sentiasa bersifat amanah dan mengingati Allah s.w.t sama ada di tempat terang atau tersembunyi kerana Allah s.w.t sentiasa melihat,mendengar dan mengetahui ada yang makhluknya kerjakan.

* Puasa merupakan perisai yang boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan dosa selagi ia tidak meroboh perisai tersebut.

* Puasa dapat memberi kesan untuk mengurangkan berat badan.

* Puasa dapat menjimatkan perbelanjaan mukmin setiap hari.

* Puasa dapat menyingkirkan segala racun yang sudah lama terkumpul dalam diri seseorang. Oleh sebab itu puasa bolehlah dianggap sebagai servis tahunan bagi badan manusia.

Syaitan Menjerit .....


Syaitan pernah menjerit atau meraung beberapa kali:

* Syaitan menjerit ketika mana ia dilaknat oleh Allah s.w.t kerana enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.

* Syaitan menjerit ketika dihalau keluar daripada syurga Allah s.w.t.

* Syaitan meraung ketika Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul.

* Syaitan meraung ketika Surah al-Fatihah telah diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w ketika di Madinah.

Peristiwa Penting Di Bulan Ramadhan


Antara peristiwa yang penting dalam sejarah Islam berlaku di dalam bulan Ramadhan ialah:

* Berlakunya Perang Badar pada 17 Ramadhan tahun ke dua Hijrah.

* Peristiwa Fathu Makkah, pembukaan Kota Makkah pada 10 Ramadhan tahun ke dua Hijrah.

* Berlakunya Peperangan Tabuk pada tahun ke sembilan Hijrah.

* Panglima Islam terkemuka Khalid al-Walid berjaya meroboh tempat pemujaan berhala al-Uzza yang bertempat di Nakhlah pada tahun ke lapan Hijrah.

* Bermulanya penyebaran Islam ke negara Yaman pada tahun ke sepuluh Hijrah.

* Kedatangan rombongan Thariq bin Ziyad dari Taif menemui Rasulullah s.a.w tahun ke sembilan hijrah.

* Pada 25 Ramadhan 479 Hijrah telah berlaku Peperangan al-Zulaqah yang berhampiran negara Portugal. Dalam peperangan tersebut tentera Muslimin di bawah pimpinan Yusof bin Tashipin telah mengalahkan tentera Perancis pimpinan Alfonso.

* Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah. Peperangan Ain Jalut yang dipimpin oleh Sultan Qutuz, Sultan Kerajaan Mmamalik di Mesir telah berjaya menewaskan tentera Mongol sekaligus berjaya menyatukan Mesir dengan negeri-negeri Syam.

* kemenangan Andalusia 28 Ramadhan 92 Hijrah yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad seterusnya berjaya menakluki Cordova, Granada dan Tulalitilah pusat pentadbiran negara Andalusia.

* Berlakunya peristiwa Nuzul alQuran pada 17 Ramadhan di Gua Hira'.

* Kitab-kitab suci yang terdahulu seperti Taurat, Zabur, Injil dan suhuf juga diturunkan dalam bulan Ramadhan.

* Kemenangan tentera Mesir ke atas tentera Yahudi pada 6 Oktober juga berlaku dalam bulan Ramadhan.

* Apa yang sangat penting ialah Lailatul Qadar tidak berlaku kecuali dalam bulan Ramadhan pada setiap tahun.

Keistemewaan Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan penghulu segala bulan dan mempunyai kedudukan yang sangat istemewa di sisi Allah s.w.t. Di antara keistemewaannya ialah:

* Bulan yang diturunkan al-Quran.

* Bulan beribadah, bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

* Bulan yang mulia yang dipenuhi dengan keberkatan.

* Bulan yang terdapat padanya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan lain.

* Di samping berpuasa pada siang hari, di waktu malam juga disediakan peluang untuk beribadah lain seperti Solat Tarawikh, beriktikaf , tadarus al-Quran dan lain-lain lagi.

* Mengerjakan sesuatu ibadah fardhu pada bulan Ramadhan sama pahala seperti mengerjakan tujuh puluh ibadah fardhu di bulan lain dan mengerjakan ibadah sunat diberi pahala ibadah fardhu.

* Bulan yang Allah s.w.t bukakan pintu keampunan kepada hamba-hambanya.

* Bulan yang Allah s.w.t bukakan pintu-pintu syurga dan tutupkan pintu-pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan.

* Bulan yang terdapat padanya masa-masa yang dimakbulkan doa.

* Ramadhan adalah yang dijanjikan pada awalnya rahmat, pertengahanya keampunan dan akhirnya pembebasaan daripada api neraka.

Persiapan Untuk Menghadapi Puasa.


* Persiapan Mental.
Apabila Ramadhan hampir tiba hendaklah kita bersiap sedia dengan hati yang penuh rasa keseronokkan, penuh harapan,penuh keikhlasan. Hilangkan perasaan negetif bahawa Ramadhan mendatangkan banyak kesukaran dan kesusahan. Malahan Ramadhan menjanjikan kita dengan pelbagai keberkatan dan limpahan pahala yang berganda-ganda yang tidak dapat diperolehi dalam bulan-bulan lain. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya atau keutamaan Ramadhan, maka mereka akan inginkan sepanjang tahun itu sepatutnya menjadi Ramadhan."

* Mengulangi kembali pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita menyambut Ramadhan penuh dengan pengetahuan yang telah diperbaharui,bersedia melakukan yang terbaik daripadanya.

* Memperbanyakkan doa, semoga Allah s.w.t memberi kekuatan dan ketabahan kepada kita dalam melakukan ibadah puasa.

* Tingkatkan keazaman yang bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam latihan dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang mendalam daripada sebulan melakukan jihad, melatih diri memerangi nafsu, sifat tamak haloba di samping kita perlu berazam untuk memperbanyakkan saham dan bekalan yang ditawarkan dengan kelebihan berlipat kali ganda.

* Menyediakan diri untuk menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang disemai di bulan Ramadhan agar ia sentiasa subur sehingga kita mampu memetiknya di akhirat nanti.

* Menghapuskan tradisi lama yang dilakukan semasa menyambut puasa dengan melengkapkan peruntukkan yang berlebihan untuk juadah berbuka. Sebenarnya boros berbelanja dan memberatkan diri dengan sebab puasa adalah suatu yang tidak disukai oleh Allah s.w.t dan jauh sekali untuk mencapai matlamat berpuasa yang sebenarnya.

* Mengucapkan tahniah di atas kedatangan Ramadhan dan rasa syukur kerana kita masih berpeluang lagi untuk melakukannya sekali lagi, berbanding dengan mereka yang telah kembali terlebih dahulu.

Persiapan Awal Sebelum Tiba Ramadhan


Bulan Ramadhan adalah bulan yang istemewa dari 12 bulan setiap tahun, bulan turunnya kitab suci al-Quran, bulan yang membawa berbagai barakah dan kelebihan, bulan yang tersirat padanya berbagai hikmah dan rahsia. Ia merupakan kekasih yang sentiasa dinanti-nantikan oleh orang mukmin setelah berpisah selama sebelas bulan.
Rasulullah s.a.w menyambut bulan Ramadhan dengan penuh rasa terharu, ini jelas dari ucapan baginda yang bermaksud: " Telah datang bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya, telah datang bulan membawa segala keberkatan, maka hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu."
Persediaan kita seharusnya dilakukan dengan penuh rapi kerana hendak menyambut tetamu yang bukan sebarang tetamu, tetamu yang hanya datang sekali sahaja dalam tempuh setahun. Tetamu yang datang membawa hadiah-hadiah yang sangat menarik kerana bersamanya Malam al-Qadar, keampunan dosa dan beroleh ketaqwaan. Persediaan dan persiapan ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh sehingga di suatu hari nanti kita akan menjadi tetamunya pula. Berbahagialah orang yang menyambut dan melayaninya dengan penuh keimanan kerana kelak nanti puasa ini akan melayannya dengan segala keseronokan. Allah s.w.t telah menyediakan satu pintu khas di syurga untuk orang yang berpuasa. Pintu itu dikenali sebagai pintu ar-Rayyan. Hanya orang yang berpuasa sahaja diberi peluang untuk masuk ke syurga melalui pintu ini.

Anak Boleh Tolong Ibubapa Selepas Mati ?.


Telah datang seorang lelaki dari Bani Salmah kepada Rasulullah s.a.w seraya bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w apakah masih ada peluang bagi anak untuk berbuat baik kepada kedua ibubapanya selepas mereka meninggal dunia?. Maka Rasulullah s.a.w menjawab Ya ! iaitu dengan melakukan perkara-perkara berikut:

* Menyembahyangkan mereka ( Solat Jenazah ).

* Selalu memohon keampunan untuk mereka dengan Allah s.w.t.

* Melaksanakan janji-janji mereka yang telah mereka berjanji sebelum meninggal.

* Menyambung silaturrahim dengan orang-orang yang pernah berhubung dengan mereka semasa masih hidup.

* Memuliakan kawan-kawan mereka.

Kelebihan Menjaga Solat


5 Kelebihan Menjaga Solat

* Allah akan mengangkat daripadanya kesempitan hidup.

* Allah akan membebaskanya daripada azab kubur.

* Mereka akan menerima suratan amalan dengan tangan kanan.

* Mereka akan melintasi Titian Sirot seperti kilat.

* Mereka akan masuk syurga tanpa hisab.

Syariah


Definisi Syariah Islamiah:

Bahasa : Syariah bererti aliran dan jalan yang lurus.

Istilah : Sejumlah hukum-hukum yang diperundangkan ( disyarakkan ) oleh Allah s.w.t ke atas hambanya sama ada yang berkaitan ibadah, akhlak, mu'amalat dan sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Syariah Islamiah pula bermaksud : Syariah yang diturunkan oleh Allah s.w.t khusus untuk agama Islam.

Sejarah Syariah Islamiah

Syariah Islamiah hanya berlaku di zaman baginda Rasulullah s.a.w masih hidup sahaja. Allah s.w.t tidak memberi kuasa perundangan syariah melainkan kepada nabi-Nya sahaja. Baginda berpegang kepada dua wahyu iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Oleh sebab itu pada hayat Baginda s.a.w sajalah prinsip-prinsip umum Islam dan hukum - hakam diwujudkan. Kaedah-kaedah (prinsip-prinsip ) syariat ini sudah mantap dan sempurna pada zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Pembahagian Syariah Islamiah:

1. Hukum-Hukum 'Itiqadiah: Iaitu berkaitan dengan hati nurani manusia dalam hubungannya dengan Allah yang merangkumi ilmu tauhid.

2. Hukum-Hukum Wijdaniah : Iaitu berkenaan dengan akhlak,mendidik dan membersihkan jiwa termasuk ilmu tasauf.

3. Hukum-Hukum amaliah : Iaitu berkaitan dengan perbuatan mukallaf dan tindakannya sama ada ibadah,muamalat dan termasuk juga ilmu feqah.


Perbezaan Antara Syariah dan Feqah:

1. Syariah bersifat sempurna dan tidak berubah, sedangkan feqah terus berkembang dan berubah menurut perbezaan tempat,masa dan orang yang memahaminya.

2. Ijtihad feqah yang benar boleh disamakan dengan syariah tetapi ijtihad yang salah tidak dapat disamakan dengan syariah.

3. Ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariah sama ada berbentuk suruhan atau larangan wajiblah dipatuhi oleh semua manusia tidak kira masa dan ruang sedangkan feqah yang dsifahami oleh seseorang itu menjadi keharusan bukan kemestian bagi orang lain untuk mengikutinya.

4. Hukum syariah kebenarannya mutlak, sementara pemahaman fuqaha ada kemungkinan untuk salah.


Ciri-Ciri Keistemewaan Syariah Islamiah.

1. Hukum-hakam dan peraturan syariah ini dari Allah s.w.t bukan cpitaan manusia.

2. Syariah Islamiah mementingkan kebaikan atau ganjaran dunia dan akhirat.

3. Syariah Islamiah menjadi rahmat kepada seluruh alam termasuk manusia,binatang,tumbuhan dan bukan untuk bangsa tertentu sahaja.

4. Syariah Islamiah berbentuk kekal tanpa apa-apa perubahan dulu,kini dan selamanya.

5. Syariah Islamiah berbentuk syumul merangkumi aspek kehidupan dunia dan akhirat.

Tujuan Syariah Islamiah:

* Menjaga Agama.
* Menjaga Nyawa.
* Menjaga Akal.
* Menjaga Keturunan dan Maruah.
* Menjaga Harta.

Falsafah Puasa


Falsafah puasa yang sangat penting ialah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah s.w.t, di mana ibadah puasa mengajar kita erti ketaqwaan yang sebenarnya. Kita tidak akan melakukan segala larangan puasa di waktu siang hari walaupun kita mampu untuk melakukannya. Semua ini adalah bukti ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t. Apabila ketaqwaan sudah tercapai, maka seluruh anggota badan secara mudah untuk melakukan ketaataan dan amal kebajikan. Ini dapat kita rasai di bulan Ramadhan. Bacaan al-quran terlalu mudah untuk dilakukan sama ada secara tadarus berkumpulan ataupun secara individu, begitulah juga amalan bersedekah, tabaruk dan lain-lain lagi . Rasulullah s.w.t yang bermaksud:
" Puasa adalah pintu bagi semua bentuk Ibadah "

Apa Ada Dengan Puasa


Di Sebalik Puasa

Bagi orang mukmin, ibadah puasa merupakan satu institusi pendidikan yang terbesar untuk mendidik budi pekerti mereka melalui latihan secara teori dan amali sehingga mereka mampu memiliki sifat-sifat terpuji.

Puasa adalah merupakan jihad dan penentang segala keinginan hawa nafsu, hasutan syaitan yang bermain di fikiran orang mukmin. Sebagaimana sabd Rasulullah s.a. w yang bermaksud : " Puasa itu adalah perisai."

Puasa juga dapat mendidik mukmin supaya memiliki sifat sabar dalam menghadapi perkara-perkara yang tidak dapat dicapai dan kesukaran serta rintangan yang terpaksa mereka tempuhinya.

Puasa juga mendidik mukmin supaya bersifat dengan sifat amanah dan mengingati Allah s.w.t samada di masa terang atau berselindung kerana tidak ada orang yang dapat mengawasi seseorang yang berpuasa samada ia berpuasa atau tidak kecuali Allah s.w.t.

Puasa dapat meneguhkan kemahuan serta menguatkan cita-cita seseorang individu. Lokman al-Hakim telah berkata kepada anaknya:" Wahai anakku apabila perut penuh dengan makanan,pemikiran akan menjadi lesu, kebijaksanaan menjadi kaku, manakala anggota pula menjadi malas untuk beribadah.

Puasa juga mengajar seseorang itu berdisiplin dan berperaturan sejajar dengan tuntutan orang yang ingin menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Puasa dapat menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia, juga dapat melahirkan semangat bekerjasama di antara orang - orang Islam seluruh dunia.

Ibadah puasa juga secara amalinya dapat memperbaharui hidup manusia melalui sel-sel dengan membuang sel-sel tua di samping memberi rehat kepada jentera yang melakukan tugas berat sepanjang tahun iaitu mengisar makanan. Oleh itu melalui ibadah puasa seseoramg itu dapat mempertingkatkan kualiti kesihatan jasmaninya.

Selain daripada itu puasa juga mampu untuk mendidik manusia supaya menghargai dan menepati masa. Oleh sebab itulah puasa itu mesti bermula dengan waktu tertentu yang tidak boleh terlambat walaupun seminit, begitu juga berbuka puasa itu tidak boleh di segerakan walaupun satu minit daripada waktu yang telah ditetapkan.

Marhaban Ya Ramadhan



Sejarah Puasa


Puasa merupakan suatu ibadah yang telah dikerjakan oleh umat manusia sejak dahulu lagi. Ada di kalangan mereka itu telah berpuasa kerana melahirkan rasa syukur setelah mereka berjaya menghadapi ujian yang sangat hebat daripada Allah s.w.t. Nabi Nuh a.s dan pengikutnya berpuasa setelah selamat daripada mengharungi banjir besar dan taufan. Begitu juga halnya dengan Nabi Musa a.s dan pengikutnya telah berpuasa setelah terselamat daripada kepungan Fir'aun laknatullah dan pengikutnya. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w apabila sampai ke Madinah al-Munawarah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa Asyur'a lalu Rasulullah s.a.w bertanya: " Apakah amalan yang kamu lakukan ini ?". Maka orang Yahudi menjawab:" Hari baik yang Allah s.w.t telah lepaskan Nabi Soleh, Nabi Musa dan Bani Israel daripada musuh mereka. Lantaran itu Nabi Musa melakukan puasa pada hari itu. Rasulullah s.a.w berkata . " aku lebih berhak dengan Nabi Musa daripada kamu." Lalu Rasulullah berpuasa pada hari itu dan memerintahkan para sahabat berpuasa.

Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran tentang puasa orang-orang terdahulu dengan firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu, mudah-mudahan kamu akan memperolehi ketaqwaan."

Melalui ayat tersebut , Allah s.w.t telah mewajibkan berpuasa ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w sebulan bulam Ramadhan. Perintah ini telah diturunkan pada tahun kedua hijrah. Ada juga di kalangan nabi yang berpuasa hanya semata-mata untuk melahirkan sifat 'ubudiyyah
mereka kepada Allah s.w.t. Nabi Daud a.s terkenal terkenal dengan puasanya, sehingga Rasulullah s.a.w menyatakan daripada sabdanya yang bermaksud:" Puasa yang paling afdhal ialah puasa Nabi Daud. Dia berpuasa satu hari dan berbuka puasa satu hari." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Nabi Yusuf a.s sentiasa berpuasa walaupun beliau adalah merupakan pengerusi perbekalan negara-negara di Mesir pada zamannya. Ada orang bertanya kepada baginda : " Kenapakah tuan berpuasa, padahal tuan menjadi pengerusi perbekalan negara ?." Baginda menjawab : " Aku takutkan kekenyangan kerana kekenyangan itu boleh melupakan nasib orang-orang lapar.

Terdapat juga dalam ajaran agama lain yang menggalakkan penganutnya melakukan puasa, seperti agama Hindu, tetapi perlu difahami bahawa cara perlakuan mereka jauh berbeza dari sudut masa dan patang larangnya. Mereka berpuasa sehingga beberapa hari, siang dan malam tanpa makan dan minum serta tidak boleh mencium apa saja bauan. setelah mereka cukup merasai keletihan dan rasa penuh harap terhadap tuhan , barulah mereka memohon hajat mereka . Agama Islam melarang umatnya berpuasa tanpa berbuka sehingga beberapa hari malah sampai ketikanya ia perlu berbuka walaupun dengan sedikit air.

Kita dapati juga sesetengah binatang ada yang berpuasa, seperti ayam yang mengeramkan telornya sehingga beberapa minggu tanpa makan dan minum malahan sentiasa berada di tempat pengeramannya sehingga telor itu menetas. Begitu juga ada pokok yang berpuasa ketika mana pokok itu menggugurkan daunnya. Pokok memproses makannya melalui daun-daunnya. Apabila daun-daunnya gugur maka terhentilah makanan untuknya. Itulah petunjuk kepada kekuasaan Allah s.w.t.

Amalan-Amalan Yang Membawa Keberkatan Kepada Keluarga


Perkara-perkara yang boleh membawa keberkatan kepada rumah tangga kita adalah seperti berikut :

* Sentiasa memberi salam apabila masuk atau keluar dari rumah.

* Sentiasa membaca al-Quran, walaupun hanya sepuluh ayat sehari.

* Sentiasa melakukan solat sunat di rumah.

* Selalu makan bersama-sama dalam satu keluarga.

* Sentiasa bersedia dan menanti-nanti atau menerima tamu. Ini kerana apabila rumah kita dikunjungi tetamu maka datanglah bersama tamu tersebut seribu kebaikan dan seribu keberkatan.

AJARAN SESAT !!!!!


Definisi:

Ajaran sesat bermaksud sebarang ajaran atau amalan yang bertentangan dan berlawanan dengan Akidah dan Syariah Islamiyyah, bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah , bertentangan dengan mazhab yang mu'tabar dan bertentangan dengan pegangan Ahl as-Sunnah Wal Jama'ah.

Ciri-Ciri Ajaran Sesat:

* Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.

* Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Mahdi dan mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati. Mereka akan muncul sebagai manusia istemewa seperti Imam Mahdi.

* Mempercayai bahawa roh orang yang sudah mati akan menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.

* Mendakwa bahawa pengikut-pengikut ajarannya atau tarekatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.

* Mendakwa bahawa gurunya memegang kunci pintu syurga.

* Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.

* Mendakwa bahawa semua agama ada sama.

* Mempercayai bahawa orang yang sudah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

* Memohon kepada barang-barang tertentu seperti batu,cincin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.

* Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak soleh atau anak hakikat.

* Mengaku bahawa Allah s.w.t menjelma di dalam diri.

* Mendakwa atau mengaku dirinya wakil nabi yang boleh memberi syafa'at kepada muridnya.

* Mendakwa ajaran atau tarekatnya diterima terus daripada Rasulullah s.a.w secara yaqazah ( sedar ).

* Mengaku atau mendakwa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah s.w.t melalui Nur Muhammad yang ada pada dirinya.

* Memansukhkan ( membatalkan ) Syari'at Islamiyyah seperti puasa,sembahyang,haji dan sebagainya. sebaliknya mereka membuat syari'at baru
dan apabila sudah sampai tahap hakikat maka tidak perlu lagi syari'at.

* Meninggalkan sembahyang jumaat kerana mengamalkan suluk.

* Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah , malahan ia boleh ditunaikan di mana-mana sahaja.

* Mengubah dengan sengaja ayat-ayat al-Quran dan maknanya.

* Mengaku bahawa azimat ( tangkal ) boleh memberi kesan.

* Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinya, setiap ayat diturunkan ada takwilnya dan mereka menganggap orang yang beramal mengikut syari'at hanyalah kulit semata-mata dan masih tidak sampai kepada matlamat sebenar.

Penawar Hati


Bagi hati yang sakit perlu diubati,bagi hati yang sudah mati perlu dihidupkan semula. Ada lima ubat yang sangat mujarab untuk penjagaan hati, ubat itu ialah:

* Sentiasalah membaca al-Quran walaupun hanya sepuluh ayat sehari. Fahamilah maknanya,beramalah dengan penuh keikhlasan,iltizam dan istiqamah.

* Sembahyanglah pada waktu malam walaupun satu rakaat,kerana pada waktu itu merupakan waktu yang paling dekat dengan Allah dan perasaan ikhlas untuk beribadat kepada-Nya berada pada tahap maksima kerana manusia tidak mengetahui amalan kita.

* Berpuasalah kerana puasa itu dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dan dapat membersihkan hati.

* Sentiasalah bersama para ulama' di dalam majlis-majlis ilmu.

* Sentiasa basahkan lidah kita dengan zikrullah.

Sekiranya kita sentiasa melakukan perkara-perkara tersebut maka Allahlah yang mencukupkan kepada kita segala urusan kita di dunia dan akhirat. Insyaallah !.

Malaikat Jibril Berpesan Kepada Rasululullah

Pada suatu ketika Jibril datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w , lalu berpesan:

* Hiduplah kamu selama man yang kamu hendak , tetapi ingat bahawa kamu akan mati juga akhirnya.

* Cintailah kamu kepada sesiapa saja kamu mahu, tetapi ingat bahawa kamu akhirnya akan berpisah dengannya.

* Buatlah apa saja yang kamu rasa nak buat, tetapi awas suatu hari nanti segala perbuatan kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t

Ketahuilah Kasih Dan murka Allah

Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi tiga orang dan lebih mengasihi tiga orang dan sesungguhnya Allah murka kepada tiga orang dan lebih memurkai tiga orang.

Kasih Allah:

* Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi orang tua yang taat kepada perintah-Nya tetapi Allah lebih mengasihi remaja yang mentaati perintah-Nya.

* Sesungguhnya Allah mengasihi orang fakir yang rendah diri ( tawadu') tetapi Allah lebih mengasihi orang kaya yang bersikap rendah diri ( tawadu')

* Sesungguhnya Allah mengasihi orang kaya yang pemurah tetapi Allah lebih mengasihi orang miskin yang pemurah.


Kemurkaan Allah:

* Allah membenci pemuda yang membuat maksiat tetapi Allah lebih membenci orang tua yang melakukan maksiat.

* Allah membenci orang kaya yang takabbur( sombong ) tetapi Allah lebih membenci kepada orang miskin yang sombong (takabbur).

* Allah membenci orang fakir yang kedekut tetapi Allah lebih membenci orang kaya yang kedekut.


Fikir-fikirkanlah sahabatku sekelian !.

Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengertian di sudut bahasa:
Ahli: Orang yang pakar, bijak pandai.
Sunnah : Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada perkataan,perbuatan serta takrir.
Jamaah: Adalah suatu golongan yang berjalan di atas landasan kebenaran seperti yang disabdakan oleh Rasulullah( sabahat dan Taabiin.

Pengertian di sudut istilah:
Suatu golongan yang berpegang kepada prinsip-prinsip akidah yang berasaskan al-Quran dan as-Sunnah serta berpandukan kepada landasan para sahabat Baginda,taabiin,ulama' mujtahid yang muktabar,ahli hadith serta ulama' feqah daripada generasi ke generasi sehingga ke hari ini.

Ciri-Ciri Penting Ahli Sunnah Wal Jamaah:

1. Mereka menurut landasan al-Quran dan as-Sunnah dalam seleruh kehidupan mereka.

2. Ketaatan mereka adalah berdasarkan kebenaran bukan berdasarkan kesukuan,warna kulit,bangsa,tarekat,kedaerahan dan seumpamanya.

3. Mereka mengiktiraf wujudnya perbezaan pendapat di sudut feqah terutamanya dalam perkara-perkara furu' (cabang) dan ini tidak dapai dijadikan alasan bagi perpecahan.

4. Mereka meyakini al-Quran adalah kalam Allah yang Qadim dan bukanya makhluk.

5. Mereka meyakini bahawa Allah tidak dapat dilihat di dunia ini, tetapi bagi orang-orang yang beriman mereka akan dapat melihat Allah di akhirat dengan kedua-dua mata mereka.

6. Mereka meyakini bahawa iman mempunyai perkara pokok dan caband. Kemaksiatan seseorang tanpa menjejaskan perkara pokok tidak menyebabkan seseorang menjadi murtad.

7. Mereka mencintai Rasulullah s.a.w , ahlul bait,isteri-isteri.

8. Mereka berjihad mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran seperti yang dikehendaki dalam al-Quran.

9. Mereka mencintai orang-orang yang soleh dan para wali Allah.s.w.t dan memberikan penghormatan kepada mereka.

10. Mereka meyakini kermat dan kejadian luar biasa perlu berlaku keatas para a'ulia hasil kurniaan daripada Allah s,w,t

10 Orang Sahabat Rasulullah s.a.w Yang Dijamin Masuk Syurga

Rasulullah s.a.w mempunyai 10 orang sahabat istemewa yang digelar sebagai " Yang sepuluh yang terjamin syurga". Mereka ialah:

* Abu Bakar As-Siddiq.
* Umar al-Khattab.
* Uthman al-A'ffan.
* Ali bin Abi Talib.
* Talhah bin U'baidillah.
* Zubir bin A'wwam.
* Saad bin Abi Waqqas.
* Said bin Zaid.
* Abdul Rahman bin A'uf.
* Abu 'Ubaidah ibn Jarrah.

Isteri-Isteri Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w mempunyai 12 orang isteri iaitu:

- Saidatina Khadijah binti Khuwailid.
- Saidatina Saudah.
- Saidatina Aishah binti Abu Bakar.
- Saidatina Hafsah.
- Saidatina Zainab binti Khuzaimah.
- Saidatina Juwairiyah.
- Saidatina Zainab binti Jahsy.
- Saidatina Ummi Salamah
- Saidatina Ummi Habibah.
- Saidatina Maimunah.
- Saidatina Safiyah.
- Saidatina Mariah Kopti

Rahsia Ketenangan Hidup

Suatu hari Hassan al-Basri rahimahullah telah didatangi oleh seorang lelaki lalu bertanya beliau tentang rahsia ketenangan hidup beliau , lalu beliau memberi jawapan berikut:

1. Aku tahu bahawa rezki yang Allah tetapkan bagiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka
hatiku menjadi tenang.

2. Aku tahu bahawa orang lain tidak akan dapat beramal untukku , maka aku sebukkan diriku
untuk melakukan amal kebajikanku.

3. Aku tahu bahawa Allah s.w.t sentiasa melihatku, maka aku malu untuk melakukan maksiat.

4. Aku tahu bahawa kematian sentiasa menantiku, maka aku persiapkan diriku dengan
bekalan untuk berjumpa dengan Tuhanku.

Pesan Saidina Ali Karramallaha wajhah

Saidina Ali Berkata:

Ajarlah anak-anak kamu dengan tiga perkara:

* Ajarkanlah anak-anak kamu supaya mereka mencintai Rasulullah s.a.w.

* Ajarkanlah anak-anak kamu agar mereka menyayangi keluarga mereka.

* Ajarkanlah anak-anak kamu membaca al-Quran.

4 Jenis Jahiliah


Jahiliah Sikap dan Nilai
- Perasaan kelu kesah.
- Meragui hikmah ketetapan Allah.
- Mementingkan diri sendiri.
- Bersangka buruk terhadap Allah.
- Tidak memandang penting agama.
- Meragui kebijaksanaan Allah dan Rasul_Nya.

Jahiliah Hukum Hakam
- Menolak hukum Allah s.w.t yang syumul.

Jahiliah Pemakaian dan Pegaulan.
- Wanita yang berjalan di hadapan bukan mahram tanpa segan silu
- Wanita yang berjalan di hadapan bukan mahram dengan penuh ghairah.
- Tidak menutup aurat.
- Bercouple.

Jahiliah Kesombongan
- Fanatik perkaumnya
- Nasionalisme.
- Dasar aparteid.
- Gerakan Zionis
-



-

Sebab-Sebab Untuk Mendapat Rezki

1. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkanya melalui pertanian,perniagaan,perindustrian dan sebagainya.

2. Bertaqwa kepada Allah dengan melakukan segala suruhann-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

3. Sentiasa beristighfar kepada Allah s.w.t kerana barangsiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikannya jalan keluar apabila menghadapi masalah dan mendapat rezki daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

4. Bertawawakal, berepegang dan meminta pertolongan hanya pada Allah s.w.t semata-mata.

5. Sentiasa berdoa menadah kedua-dua tangan hanya kepada Allah sahaja.

6. Sentiasa bersyukur dan memberi pujian hanya kepada Allah, nescaya Allah akan gandakan rezki kita.

7. Sentiasalah bersedekah kepada orang yang memerlukan, kerana malaikat sentiasa bersedekah supaya digantikan harta yang telah disedekahkan dan sebaliknya malaikat akan mendoakan kemusnahan bagi harta orang bakhil. What you give you get back.

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Akidah

Akidah seorang muslim boleh terbatal sebagaimana juga seperti wudu',puasa dan sebagainya. Cuma perkara-perkara yang membatalkan Akidah itu berbeza dengan perkara-perkara yang membatalkan wudu'. Dalam masalah Akidah hukum matematik tidak boleh digunakan. SEbagai contoh 6 - 1 = 5, tetapi dalam masalah Akidah sekiranya seseorang mempercayai semua rukun iman kecuali satu sahaja dia tidak yakin sebagai contoh hari kiamat maka persamaannya adalah seperti berikut: 6-1 = 0. Ini bermakna kepercayaannya kepada rukun iman itu mestilah berbentuk keseluruhan, tidak boleh beriman separuh dan tidak beriman separuh yang lain,maka ia sudah menjadi murtad. Akidah seseorang itu boleh terbatal dengan tiga cara yang paling asas:

1. Perkataan: Contoh, seseorang berkata seperti berikut:
* " Menutup aurat itu tidak wajib".
* " Hukum hudud itu zalim ".
* " Sekarang zaman moden , undang-undang Islam sudah tidak sesuai lagi"
* " Agama Islam itu sama dengan agama lain".
* " Sembahyang itu tidak wajib"
* " Kalau hukum hudud dilaksanakan,maka negara Islam akan mundur".

2. Perbuatan: Contoh
* Menyembah patung
* Bertafakur di Tugu Negara
* Memuja kubur,pokok,batu dan sebagainya.
* Meminta pertolongan daripada orang yang telah meninggal dunia atau memuja kubur.
* Memohon pertolongan daripada jin.
* Memakai salib.
* Memijak al-Quran.

3. Niat (keyakinan dalam hati ) atau i'tiqad:

* Beri'tiqad bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan.
* Beri'tiqad bahawa agama lain sama baik dengan Islam.
* Beri'tiqad bahawa undang-undang ciptaan manusia lebih baik atau sama dengan undang
- undang Allah s.w.t.
* Berniat atau berhasrat untuk keluar dari Islam pada masa akan datang.

Akidah

Pengertian Akidah:

Bahasa: Simpulan atau ikatan.

Istilah: Kepercayaan atau keimanan yang mantap di dalam hati terhadap Allah,malaikat,rasul, kitab,hari kiamat, qada' dan qadar serta semua perkara yang telah ditetapkan di dalam al-aquran dan as-Sunnah. Semua keyakinan ini hendaklah direalisasikan ke dalam kehidupan seharian sama ada dalam aspek ibadah,muamalat,akhlak,politik,ekonomi,sosial,pendidikan dan lain-lain lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...