twitter
    Ikutilah status semasa saya, InsyaAllah :)

SILA PILIH SIARAN YANG ANDA GEMARI. PADAMKAN RADIO UNTUK TONTON TV



Pilihlah Perempuan Beragama

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikahwini seseorang perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya, pilihlah yang beragama maka kamu akan selamat di dunia dan akhirat.
 Tetapi haruslah  kita ingat bahawa sekiranya seseorang itu menghawini seseorang perempuan kerana hartanya maka tidak akan bertambah kekayaannya melainkan kemiskinan, Sekiranya ia berkahwin kerana kecantikannya maka tidak akan bertambah kecantikan seseorang itu kecuali ia menjadi semakin hodoh, Tidak ia berkahwin dengan seorang wanita kerana kedudukannya atau darjatnya , maka tidak akan bertambah kemuliaannya kecuali kehinaan, sebaliknya sekiranya ia berkahwinan kerana agama seseorang perempuan itu baik, maka ia akan bertambah baik agamanya.

Info Bersin

Kenapa kita perlu mengucap al-Hamdullillah ketika bersin. Tahukah anda bahawa apabila kita bersin maka jantung kita berhenti daripada berdetik. Kelajuan bersin ialah 100km/j. Sekiranya kita bersin dengan kuat maka ia boleh menyebabkan tulang rusuk kita patah. Sekiranya kta cuba memberhentikan bersin secara tiba-tiba maka ia akan membawa kepada pecahnya saluran darah di leher dan kepala yang berkemungkinan akan membawa kematian. Sekiranya kita membuka mata semasa bersin maka ada kemungkinan kita akan kehilangan dua biji mata yang disayangi kerana ia akan terkeluar daripada lubangnya. Perlulah diingatkan bahawa segala organ pernafasan, organ penghadzaman dan organ perkumuhan terhenti beberapa saat semasa bersin. Oleh itu ucaplah al-hamdullillah semasa bersin kerana Allah s.w.t masih lagi menyambung nafas kita.

Hak Seorang Muslim Yang Perlu Ditunaikan Oleh Sahabatnya.

Semua muslim itu adalah bersaudara tidak mengenal sempadan tempat, masa, keturunan, darjat dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka mestilah menunaikan hak saudara seagamanya. Antaranya ialah:

* Menjawab salam. Jawab salam adalah wajib walaupun memberi salam itu adalah sunat.

* Mengucap yarhamukalallah ( semoga Allah merahmati kamu ) kepada orang yang bersin.

* Menghadiri undangan (majlis) sekiranya tiada di dalamnya unsur-unsur maksiat.

* Menziarahi sahabat yang sakit.

* Mengiringi jenazah ke kubur.

Enam Perkara Membawa Ke Syurga

Rasulullah s.a.w meminta jaminan daripada umatnya supaya melakukan enam perkara maka Rasulullah s.a.w akan beri jaminan untuk umatnya masuk syurga.

* Benar dalam percakapan.

* Menepati janji.

* Menjaga atau menunaikan amanah.

* Menjaga kemaluan atau maruah diri.

* Menjaga mata yakni menahan pandangan daripada perkara-perkara yang Allah s.w.t larang.

* Menahan tangan daripada melakukan kezaliman atau melakukan larangan Allah s.w.t.

Mudah untuk dikata tetapi susah untuk dikota.

Wanita Lebih Mudah Untuk Masuk Syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Seseorang wanita sekiranya dia:

* Solat fardhu lima waktu.

* Puasa di Bulan Ramadhan.

* Jaga maruah diri yakni jaga kemaluan mereka daripada melakukan maksiat.

* Taatkan suami.

Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah syurga dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki.

Sebab-Sebab Hati Menjadi Keras

Apabila hati seseorang itu sudah menjadi keras, maka ia susah hendak memahami dan mengamalkan tuntutan agama, malahan mereka tidak akan menerima kebenaran walaupun mereka mengetahui hakikat kebenaran itu sebagai contoh betapa ramai orang tidak solat walaupun mereka mengetahui kewajipan solat tersebut. Betapa ramai remaja yang mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai sedangkan mereka mengetahui kewajipan menutup aurat. Antara sebab kerasnya hati seseorang itu ialah:


* Tertipu dengan keseronakan dan tipu daya dunia yang sementara sahaja. Orang yang kurang cerdik akan menjadikan dunia sebagai matlamat kehidupan mereka. Sedangkan dalam Islam matlamat kehidupan seseorang individu itu ialah akhirat yakni untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata.

* Silap memilih kawan sehingga mereka berkawan dengan orang-orang fasik. Seseorang itu akan berada pada agama kawannya. Sekiranya ia berkawan dengan penjual minyak atar maka sekurang-kurangnya ia juga akan berbau wangi, begitu juga sekiranya ia berkawan dengan tukang besi sekurang-kurangnya ia akan terkena percikan bunga api.

* Berterusan melakukan maksiat atau dosa tanpa ada usaha untuk bertaubat. Setiap kali seseorang itu melakukan satu dosa maka Allah akan titikkan satu titik hitam pada hatinya. sekiranya ia bertaubat maka titik hitam itu akan ditarik balik, tetapi sekiranya ia tidak bertaubat maka pada akhirnya seluruh hatinya akan dilitupi oleh kegelapan lalu ia pun tidak nampak kebenaran atau hidayah yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t buat hamban-Nya.

Kelebihan-Kelebihan Rasulullah S.A.w

Kelebihan - kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan kepada Rasulullah s.a.w dan tidak diberikan kepada nabi-nabi terdahulu ialah:

* Allah s.w.t telah membuat perjanjian dengan nabi-nabi terdahulu supaya beriman dan menolong Rasulullah s.a.w. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah ali Imran : 81.

* Kerasulan baginda adalah untuk semua manusia berbanding dengan nabi terdahulu khusus untuk kaumnya sahaja , sebagimana firman Allah s.w.t dalan surah Saba' : 28.

* Rasulullah adalah rasul yang terakhir dan tiada lagi rasul selepas Baginda. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab:40.

* Rasulullah diutuskan untuk memberi kerahmatan kepada seluruh alam termasuk muslim,kafir, haiwan , alam sekitar dan lain-lain lagi. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Ambia': 107.

* Mukjizat Rasulullah s.a.w iaitu berkekalan sehingga hari kiamat, sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Hijr : 9.

* Allah menganugerahkan jawami' al-kalam ( lafaz yang ringkas tetapi makna yang luas ) kepada Rasulullah s.a.w.

ISLAM BUKAN AGAMA BERBENTUK RETORIK, SIMBOLIK ATAU MAJAZ


Pada zaman moden ini agama diambil sebagai simbol atau budaya semata-mata. Manusia akan menggunakan agama ketika ia perlu sahaja dan akan mencampakkannya apabila agama sudah tidak mendatangkan apa-apa keuntungan duniawi mereka. Islam hanya sebagai kulit atau tempelan semata-mata. Islam pada namanya sahaja tetapi pada hakikatnya mereka amat membenci, memusuhi dan menganggap Islam menyekat pembangunan negara dan kebebasan individu. Konsep ibadah juga telah disempitkan dan disalahertikan kepada ibadah-ibadah khusus ( Fardhu Ain ) semata-mata seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain. Contoh Islam sebagai retorik:

* Negara Islam: Negara Islam hanya pada namanya sahaja tetapi daripada segi perundangan, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan segala urusan di dalam negara tersebut masih lagi mengamalkan sistem jahiliah yang berkiblatkan sistem kuffar.

* Individu Muslim: Islamnya seseorang individu itu pada masa kini adalah terletak pada namanya sahaja seperti Ahmad, Abdullah, Mustofa dan sebagainya, tetapi hakikatnya ada di antara umat Islam pada ramai yang tidak solat, tidak tutup aurat, tidak pandai membaca al-Quran, tidak boleh mengucap dua kalimah sahadah, bergaul bebas, berzina tanpa menghiraukan batas-batas agama.

* Masjid hebat tersegam indah tetapi malangnya orang tidak mahu datang solat berjamaah di masjid walaupun Allah s.w.t telah menawarkan berbagai-bagai insentif akhirat kepada mereka. Masjid dijadikan sebagai tempat perlancongan di hujung minggu bersama keluarga untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sahaja. Imam, bilal dan AJK masjid sendiri pun tidak memahami peranan masjid yang sebenar. Cuba kita kaji masjid di Zaman Rasulullah s.a.w, masjid adalah pusat pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sebagainya, bukan khusus untuk solat sahaja.

* Perkahwinan juga banyak menggunakan Islam sebagai retorik seperti upacara akad nikah dilakukan di masjid sedangkan pengantin tidak pernah solat pun, mas kahwin sebuah al-Quran sedangkan si pengantin tidak pandai atau tidak pernah baca al-Quran. Selesai upacara akad nikah maka kenduri kahwin dihidupkan dengan lagu-lagu yang melalaikan, percampuran lelaki perempuan yang tidak terkawal, solat ditinggalkan kerana sibuk melayan tetamu. Tuan rumah pula pakai baju melayu dan tidak berganjak kemana-mana kerana mengharapkan tetamu yang datang dengan membawa wang. Kenduri kahwin bukan lagi satu majlis untuk mengumumkan perkahwinan tetapi telah bertukar menjadi satu perniagaan.

* Al-Quran hanya dilagu-lagukan sahaja tanpa mengetahui makna dan mengamalkanya. Ayat-ayat al-Quran digantung di dinding-dinding untuk tujuan perhiasan, menghalau setan, melariskan jualan dan perubatan sahaja tanpa dijadikan panduan dan amalan kehidupan. Orang yang hendak menegakkan al-Quran dan Sunnah dianggap sebagai golongan taasub agama dan pelampau.

* Majlis-majlis perpisahan atau tahunan dimulakan dengan doa selamat untuk memohon keberkatan dari Tuhan tetapi di dalamnya diselitkan dengan unsur-unsur hiburan yang tidak bersesuaian dengan Islam seperti nyanyaian dan tarian dengan alasan sekadar hiburan sambil makan. Budaya ini berterusan , tiada yang perasan dan melarang. Sedarlah wahai insan, berubahlah sekarang sebelum Tuhan turunkan balasan. Pada masa itu tidak guna lagi segala tangisan, kerana nasi sudah menjadi bubur, walaupun bubur masih lagi boleh dimakan.

* Sambutan hari-hari kebesaran Islam dijalankan dengan begitu meriah sekali. Contohnya Maulidur Rasul disambut di jalan-jalan , ada perarakan , ada pertandingan, ada yang kalah, ada yang menang, berapa kerat yang dapat pengajaran. Cintakan rasul bukan sekadar ditunjuk-tunjuk di tengah jalan tetapi ia perlu direalisasikan dengan ikutan, perbuatan , keimanan dan amalan bukan sekadar sorakan.Sekian, harap dapat pengajaran. Sebarang penambahan dialu-alukan.

Antara Keredhan dan Kemarahan Allah S.W.T


Seungguhnya Allah s.w.t suka kepada tiga perkara dan murka kepada tiga perkara.

Perkara yang Allah s.w.t redha:

* Sesungguhnya Allah s.w.t  redha kepada hamba yang menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu yang lain.

* Sesungguhnya Allah s.w.t redha kepada hamba-Nya yang berpegang teguh dengan tali Allah dan tidak berpecah-belah.

* Sesungguhnya Allah s.w.t redha kepada orang yang sanggup menasihati pemimpin yang telah diberikan kuasa memerintah supaya ia memerintah ke jalan yang benar.Sesungguhnya berkata benar di hadapan seorang raja yang zalim adalah merupakan jihad.

Perkara yang Allah s.w.t murkai:

* Allah membenci orang yang banyak bercakap yakni bercakap dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah. Antara alamat kebaikan seseorang muslim itu ialah ia meninggalkan apa yang tidak ada kaitan dengannya.

* Allah membenci oarng yang banyak bertanya. lebih-lebih lagi sekiranya tujuan ia bertanya ialah hendak menjatuhkan marwah guru atau orang lain atau sekadar untuk menguji ilmu seseorang sedangkan ia telah mengetahui jawapannya.

* Allah membenci orang yang membazir atau mensia-siakan harta benda, sedangkan ia merupakan amanah Allah kepada seseorang untuk dibelanjakan kepada jalan Allah s.w.t. Segala harta di dunia ini adalah bukan milik kita tetapi ia hanya satu amanah yang perlu kita jaga dan diagihkan kepada yang berhak.

Nasihat Buat Teman Muslim

* Bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T di tempat terang mahupun tempat tersembunyi. Takutkan Allah seolah-oleh kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak melihat-Nya maka Dia melihat kamu di mana sahaja kamu berada.



* Ikutilah sunnah Rasulullah S.A.W kerana Baginda merupakan idola bagi seluruh umat Islam.Kita mesti mencontohi segala perbuatan, percakapan dan ajaran yang telah dibawa oleh Baginda.




* Hendaklah kira redha dan bersyukur dengan segala rezki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T samada sedikit atau banyak. sekiranya  kita bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan maka Allah S.W.T akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita.


* Sentiasa kembali kepada Allah S.w.t dalam apa jua urusan samada urusan duni mahupun urusan akhirat.


* Menjauhi segala larangan Allah S.W.T yakni maksiat dan elakkan diri daripada sahabat-sahabat yang boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat.

Ingatlah Mati

Barangsiapa banyak mengingati mati maka ia akan dimuliakan dengan tiga perkara.

* Segera bertaubat di atas segala dosa yang telah dilakukan.
* Sentiasa besifat dengan sifat qanaah yakni hati yang redha dengan pemberian Allah S.W.T.
* Sentiasa rajin dan cergas untuk berbuat ibadah kepada Allah S.W.T.

Barangsiapa yang melupai dari mengingati mati , maka ia akan ditimpa dengan tiga perkara pula.

* Malas dan menangguh untuk bertaubat pada masa akan datang yang belum pasti.
* Tidak redha dan tidak berpuas hati dengan nikmat yang telah Allah kurniaan kepadanya.
* Malas untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T

Mati tidak kira di mana saja


Walaupun sedang berceramah tetapi kematian itu tetap datang walaupun di khalayak ramai. Biarlah kita sentiasa mengingati mati dan semoga kita mati dalam keadaan husnul khatimah. Ambillah iktibar....

Anjing pun pandai jawab azan


Di akhir zaman ini, remaja melayu muslim tidak mempeduli bunyi azan terutamanya azan maghrib. Mereka meneruskan permainan mereka di padang bola, sepak takrow tanpa mempedulikan azan maghrib yang telah dikumandangkan, sedangkan binatang yang bergelar anjing pun pandai menghormati azan. Fikirlah sendiri siapa yang lebih beriman dan takutkan Allah S.W.T.

Perkara-perkara yang perlu semasa menuntut ilmu

Menuntut ilmu adalah merupakan fardhu a'in keatas setiap individu muslim. Bersesuaian dengan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengesa hamba-Nya menuntut ilmu dengan kalimah Iqra' yang bermaksud bacalah oleh mu wahai Muhammad. Walaupun ayat ini diturunkan kepada Rasulullah  S.A.W tetapi perintahnya merangkumi semua umat Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T ketika kita menuntut ilmu , maka kita perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

* Niat yang ikhlas: Kita hendaklah berniat menuntut ilmu untuk mencari keredhaan Allah S.W.T semata-mata, barulah kita akan mendapat ganjaran pahala daripada-Nya. Barangsiapa yang berkehendakkan kebaikan dunia maka hendaklah ia mencari ilmu, barangsiapa yang hendak kebaikan akhirat , maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang hendak kebaikan dunia dan akhirat juga hendaklah dengan ilmu.

* Meninggalkan maksiat: Maksiat merupakan penghalang kepada proses penerimaan ilmu pengetahuan , istemewanya ilmu agama. Ini boleh digambarkan melalui satu analogi iaitu: " Manusia seperti cermin, ilmu seperti cahaya dan maksiat seperti debu, bagaimana cahaya hendak menyinari cermin kalau cermin ditutupi oleh debu yang tebal". Oleh itu untuk mendapat manfaat ilmu , maka seseorang itu mestilah menyucikan dirinya terlebih dahulu daripada perkara-perkara maksiat.

* Tidak berbangga-bangga dengan ilmu yang ada. Tujuan kita menuntut ilmu adalah untuk menghapuskan kejahilan bukan bertujuan untuk memperkecilkan orang lain atau untuk berdebat untuk menentukan siapa yang lebih hebat. Namun begitu boleh berdebat untuk menegakkan kebenaran agama Allah S,W.T.

* Beramal dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi. Sangatlah besar dosa disisi Allah S.W.T bagi seseorang yang dia mengatakan apa yang dia sendiri tidak mengamalkan. Di akhirat nanti ada satu golongan manusia yang akan mengheret perutnya ke sana-ke mari di tengah khalayak. Lalu orang bertanya apakah yang telah dilakukan. Maka orang inilah ulama' yang pandai bercakap sahaja tanpa mengamalkannya.

* Menghormati guru. Guru telah mengambil tugas sebagai rasul. Kalau rasul menyampaikan agama kepada manusia , maka guru pula menyampaikan ilmu kepada pelajar. Menghormati guru adalah merupakan faktor utama yang boleh mendatangkan keberkatan kepada pelajar tersebut. Imam as-Shafie tidak pernah tidur menghulurkan kakinya ke arah rumah gurunya kerana menghormati kedudukan seorang tuan guru.

* Amanah dengan ilmu. Seseorang yang diberi nikmat ilmu yang banyak mestilah amanah dengan ilmu yang telah mereka dapati. Ilmu itu hendak disampaikan apabila diminta oleh muridnya. Mereka juga mestilah bercakap benar walaupun pahit. Seorang ulama' yang membisukan dirinya daripada menyatakan kebenaran kerana menjaga kepentingan kedudukan, harta dan sebagainya maka ia akan dibangkitkan sebagai seekor syaitan bisu.

* Tidak mempelajari ilmu-ilmu yang bertentangan dengan Islam. Kita diwajibkan menuntut ilmu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam sahaja. Adapun belajar ilmu hitam, belajar menipu, belajar mencuri belajar cara-cara hendak memujuk perempuan untuk dijadikan girl friend dan sebagainya maka ia adalah tidak dibolehkan dalam Islam.

* Tidak meninggalkan kewajipan fardhu a'in. Semasa proses menuntut ilmu , kita tidak boleh mengabaikan kewajipan asas seperti solat, puasa, menjaga batasan pergaulan, menjaga aurat dan sebagainya.Sekiranya kita meninggalkan kewajipan tersebut maka kita tidak akan mendapat pahala dan proses belajar tersebut tidak dikira sebagai ibadat malahan akan mendapat dosa pula.

* Bersabar dalam menuntut ilmu. Menuntut ilmu memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan samada berbentuk dugaan harta, masa, masalah peribadi, masalah keluarga dan sebagainya. Oleh kerana belajar juga  merupakan satu ibadah , maka sudah tentu ia tidak akan terlepas daripada halangan , godaan serta bisikan syaitan. Oleh sebab itu seorang pelajar perlulah bersabar menempuhi segala mehnah dan tribulasi tersebut.

Amalan untuk kebahagiaan keluarga

Untuk membina sebuah keluarga memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih serta bersungguh-sungguh. Ada beberapa faktor yang boleh membawa kepada kebahagian kehidupan berkeluarga.

 * Taa'ruf: Pasangan suami isteri haruslah mengenali antara satu sama lain kerana mengenali pasangan dengan lebih dekat antara faktor penting yang membawa kebahagian keluarga. Kita harus mengenali apakah kesukaan, kebencian, makanan kesukaan, perlakuan yang disukai dan dibenci oleh pasangan kita. Dengan pengetahuan yang ada , maka boleh pasangan tersebut melakukan apa yang disenangi dan menjauhi apa yang dibenci oleh pasangan masing-masing.


* Thafahum: Yakni suami dan isteri haruslah saling faham memahami antara satu sama lain. Memahami perasaan, kehendak, keinginan dan hasrat masing-masing.

* Tharahum: Yakni suami dan isteri haruslah menyanyangi antara satu sama lain. Saling cinta-mencintai. Wujudkan suasana kasih sayang yang setia dan tidak berbelah bahagi. Mestilah hormat-menghormati pandangan masing-masing. Perbincangan yang berlaku mestilah dengan penuh kasih sayang bukannya perasaan benci dan dendam. Cuba berfikir secara lebih rasional.

* Thaa'wuun : Suami dan isteri mestilah tolong-menolong dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan masalah atau tugasan rumah tangga. Sekiranya suami keluar mencari rezki, maka isteri menolong suami menguruskan hal rumah tangga dan menjaga anak-anak dengan baik.

* Tharbiah: Yakni didikan, mendidik isteri dan anak-anak dengan ilmu agama adalah menjadi tugas seorang suami. Suami akan dipersoalkan oleh Allah SWT di padang mahsyar nanti dengan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya. Sekiranya isteri dan anak-anak tidak menutup aurat, tidak solat dan tidak melakukan kewajipan terhadap Allah SWY, maka suamilah orang yang pertama akan dipertanggungjawabkan.

Tiga Perkara Yang Perlu Dilakukan Setiap Hari


* Mempertingkatkan keimanan.

   Sebagai seorang mukmin kita mestilah sentiasa memperbaharui serta memperetingkatkan keimanan kita dari   ke semasa kerana menurut Immam Ibn Kathir bahawa iman seseorang itu boleh bertambah dan berkurang.   Kita boleh menambahkan keimanan kita dengan memperbanyakkan solat berjamaah, membaca al-Quran ,  solat sunat dan lain-lain.





* Mempertingkatkan Ilmu.
   Ilmu kita boleh dipertingkatkan dengan mendampingi ulama', menghadiri majlis-majlis ilmu, mengadakan
   perbincangan ilmiah dengan kawan-kawan, membaca buku, membuat kajian. Menuntunt ilmu agama itu
   adalah fardhu ain. Oleh sebab itu ayat pertama diturunkan ialah mengenai membaca.

* Mempertingkatkan Kebajikan.
   Amal kebajikanlah yang akan memberi mamfaat kepada kita di hari Akhirat nanti, harta yang bertimbun -
   timbun tidak akan memberi mamfaat kepada kita walau sedikit pun sekiranya ia disimpan dan tidak
   dimamfaatkan atau diinfaqkan ke jalan Allah seperti bersedekah kepada perjuangan Islam, anak-anak
    yatim yang miskin, orang yang belajar ilmu agama dan lain-lain. Ketahuilah harta kita yang sebenar ialah
   bukan harta yang tersimpan di dalan bank sebaliknya ia adalah harta yang telah kita sedekahkan kepada
  jalan Allah atau kepada orang lain yang akan ditukar menjadi pahala di akhirat nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...